Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

10 Mac 2007

Biah dan Ida Wanita Bermasalah



Jangan terkejut kalu sesiapa membaca isu kali ini. Isu kali ni memang PANAZZZZZ.....Tanggal 9 Mac memang tarikh yang tidak akan dilupakan dimana 2 wanita yang berada di sini adalah salah satu contoh tak baik bagaimana institusi pendidikan kita semakin kurang kualitinya sekiranya sikap yang ditonjolkan oleh mereka berdua. Well, maybe apa yang aku tuliskan ini adalah memalukan tetapi this is a reality bila kita bekerja sebagai pendidik. Bagaimana sikap dan hidup penuh kepura-puraan mewarnai kehidupanku sebagai seorang pendidik. Setahun lebih aku berkhidmat disini dan tambah 4 sebelumnya aku mengajar di Miri. Inilah first time aku jumpa 2 orang di bawah satu bumbung yang betul-betul melampau. Aku tak tau la bagaimana seorang ustazah yang memberi didikan agama kepada anak-anak didiknya mempunyai sifat hasad dengki dan suka mengata atau kata lain mengumpat menjadi seorang pendidik. Semua orang tahu pekerjaan pendidik adalah salah satu pekerjaan yang mulia di sisi Allah SWT. Namun yang demikian tidak semua yang tahu bahawa di dalam pendidikan ini... hidup penuh kepura-puraan. Oklah sambung balik cite awal tadi, bagaimana ia terjadi kepada diriku sejak tahun lepas....dan aku menelan segala kepahitan bekerja dengan mereka. So, satu saja yang membuatkan saya masih bertahan ...BERANI menghadapi mereka dan kita perlu berani kerana benar.... Bayangkan namaku di burukkan oleh mereka yang memang suka menjaga tepi kain orang....Tahun lepas memang namaku tetap berada di ranking atas senarai umpatan mereka berdua. Bukan saja mereka... ada juga konco-konco yang terlibat. Tak perlula aku cerita yang lain. Cukupla mereka berdua saja yang aku geramkan selama ini. Berbalik 9 Mac tadi, kali ni bukan saja aku diburukkan malah kawan baikku sendiri, Zamani. Kesian dia bila aku terdengar Kak Biah betul-betul memburukkan diri dia. Hanya aku dan Aleeya yang duduk di dalam office tuh. Maybe mereka berdua tak perasan akan kami disitu. Silapnya aku disitu aku tak sempat merakamkan apa yang diperkatakan oleh mereka berdua. Dahla pagi itu, dia menghadapi masalah dengan Kak Ida yang suka bertindak sebagai seorang Guru Besar padahal dia hanya tukang sapu sekolah sahaja. Sikap kedua-dua wanita ini memang banyak menyusahkan dalam aktiviti di sekolah. Bayangkan kerja GPK1 Kak Biah yang sepatutnya di buat olehnya, diserahkan bulat-bulat kepada kami yang memang bukan keja kami. Kesian Kak Nurul dan Zam , buat keja orang. Sudahla dia mempertikaikan keja orang padahal dia yang sudah 20 tahun berkhidmat masih membuat kesilapan dalam pengisian borang markah. Yang tegurnya sapa lagi...orang yang freshie kami ni la....HUHUHUHU.... Manakala seorang lagi ni namanya Kak Ida yang memang melampau seolah-olah dialah bos kami padahal dia hanya seorang TUKANG SAPU . Selain itu , suka membuat ketupat dan menjajakannya ke seluruh kampung itula yang membuatkan kami berasa orang tu patut diberhentikan. Bukan saja aku tetapi hampir semua orang mengatakan bahawa dia patut diberhentikan.....melampau juga aku mencadangkan macam tu.... tapi apa taknya aku geram last year aku dah sound direct ngan mereka berdua...tahun ni buat lagi kali ni bukan aku sound direct tetapi Zam yang memang sudah dikenali panas baran meletupkan bom atom yang memang sudah sedia untuk diletupkan kepada mereka berdua. Zamani cukup marah bila mendapat tahu Kak Biah mengatakan dia berlagak walaupun baru mengajar setahun saja disini. Samalah dengan Kak Ida yang suka hati nak ubah tempat duduk guru yang asal. Pastu mengatakan pasal Zam dan Nurul berdua di bilik SPBT. Wah tu rupanya seorang ustazah... untuk pengetahuan pembaca, aku dah lama tak menghormatinya sebagai seorang ustazah mahupun dia guru aku dah hilang kepercayaan dengannya. Begitu juga dengan Kak Ida, dah menangis kena hentam aku masih nak buat hal dengan cikgu-cikgu disitu. Last-last kena hentam sekali lagi dengan Zamani pulak. Kalau pembaca fikir aku ni jenis tak baik... takpa...itu adalah prinsip aku. Aku memang dikenali seorang yang berani menyuarakan apabila sesuatu perkara yang tidak puas hati dan menikam diriku di belakang....its better berterus terang di hadapan...daripada bercakap di belakang....

2 ulasan:

Joey berkata...

hmm...sorry to read bout your story...

ala...orang macam ni kat mana2 ada...

luckily for you...you have detected them from the very beginning...

maybe one day they got what they will get what they deserved.....

Irwan Marcello berkata...

hihihi... ayat cekgu bahasa tuuuu...

anyway, molot org pompuan memang cenggituh... atas bawah nak bercakap kan... LOL!!! =P

Well beb... kalau u tak ske apa diaorg ckp tutup telinga... kalau dah tak tahan sangat ko lapor laa kat pihak mana2...