Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

30 April 2009

Sebab napa Tarian STPD mendapat tempat ke2 dlm pertandingan Pesta Muzik 09

Pagi tadi selepas hantar Reza ke Terminal One, aku telah menghantar sms kepada Ketua Hakim Tari iaitu Cikgu Fendi SMK Undang Jelebu.

SMS Aku : Akum, nak tanya napa STPD boleh mendapat tempat kedua dalam pertandingan semalam?

SMS Dia : Sapa ni?

SMS Aku : Cegu STPD...

SMS Dia : Name plzz...

SMS Aku : Cegu Izwan.

SMS Dia : Ok Iwan. 1st trdsnal. Ur kostum nape jd kontemporari. 2nd rentak inang u lagu yang guna dah tempo joget. Ur 2nd i tem memang kesalahan besar sebab membuat tarian yang sama ngan skol rendah u boleh guna lagu sama tp pecahan n bunga tari yang berbeza. Bile present yang sama means u menciplak kumpulan 1 yang wat persembahan dalam koreografi u dah hilang 10 dr kump 1 sbb mesti advanyage kat kum yg pertama itu hak dia. Mangsanya kump 2 walaupun kategori berbeza tp masih di anggap menciplak.

SMS Dia : Kostum show is difrent dr kostum ptandingan. X bo meriah sangat2. Kena ngan tema tarian yang dipertandingkan. Especially trdsnl. Kena jaga pakaian tradisnal jgn d tokok tambah. Kalu hakim istana budaya. Baju kontem pakai utk petdgan tradisional dia akan rejek terus. x de tempat kumpulan yang bagus. Ur pupils is good but kesalahan yg minor wat cicir dr kump yg 1.

SMS Aku : Ok saya faham cuma saya rasa kalu ada yang kata ni adalah step iban kontem minta maaf sebab tis is my culture dance so i know wat steps i show it.

SMS Dia : Betul sbb tu ur skool menang. Rend. Sbb is really2 etnik but next time jgn wat benda yang sama dalam 1 hari yang sama. K. Anyway ur kids is good k. Win or lost biasa r dlm ptdgan but kite blajar utk perbaiki karya lg penting . K.....

SMS Aku : OK tima kasih atas komen td... we ols akan gerak lebeh maju g pada tahun depan...

Komen aku :
- Aku boleh menerima ttg pakaian ... memang sudah ditegur ttg pakaian meka sebelum ptdgan.
- Tidak terima mengatakan bahawa aku menciplak walhal kedua sekolah tu adalah hasil idea orang yang sama iaitu aku.
- selepas ini diharapkan hal ini ada termaktub di dalam syarat pertandingan agar ia lebeh detail ttg pertandingan.
- Kemampuan pelajar sek ren dan men adalah berbeza sebab step kedua sekolah berbeza.

Budak Kumpulan Sari Tari semakin berkembang...



Untuk pertandingan tahun ni kebanyakkan budak Sari Tari aku sekolah-sekolah di Port Dickson bersaing melalui pertandingan sekolah masing-masing. Wah ... besnya... kumpulan aku semakin berkembang... semakin banyak lak budak tari aku kat sekolah masing-masing. Walaubagaimanapun aku salute ngan budak penari aku dari Sekolah Tinggi Port Dickson membuatkan aku terharu, seram dan sangat terkejut akan persembahan tarian mereka yang sangat cantik bentuk dan pergerakkan mereka....tambahan atas kerjasama mereka , mereka layak untuk mewakili daerah untuk pertandingan pada 6 dan 7 mei ini...Tapi sayang atas kebutaan hakim ia membuatkan kami jatuh ke Naib Johan bg sekolah menengah yang aku ajar. Aku tak tawla apa yang menyebabkan meka tiada hak untuk menang sebagai juara..sayang dan kesian pada mereka yang bertungkus lumus dalam hal ni.

Penari Sek Tinggi Port Dickson ( Sari Tari Group)

Penari SMK Teknik Port Dickson, PD (Sari Tari Group juga)
Wit my partner dalam nyanyian

29 April 2009

Tahniah atas kemenangan 3 tahun berturut-turut dalam Pesta Muzik 09

Alhamdulillah berjaya juak kali ke3 dalam Pesta Muzik dalam kategori Tarian Melayu dan Etnik...
Coretan Sepanjang Hari Tu.
  • Arash muntah-muntah dan pening kepala sehinggakan Cikgu Baizura dan Reza menjaganya sepanjang masa persediaan budak tari...
  • Aku sendiri asyik membebel je memandangkan kesihatan budak lelaki tak berapa.
  • Athirah tetiba blur gile....kan dah kena marah ngan aku selepas tarian melayu
  • Semua budak tari memberikan senyuman semasa pertandingan berlangsung.
  • dah dapat agak sapa yang menang untuk kategori sekolah rendah
  • Keta Cegu Gnam rosak dan GB yang mengambil murid.



26 April 2009

2 hari ni tanpa memikirkan kerjaya aku... arghhh leganya dapat berehat..



Akhirnya minggu ni aku barula aku dapat berehat dari kesibukkan budak tari , show dan sekolah aku yang selalu mengganggu masa terluang aku di hujung minggu... alhamdulillah... aku dapat maintain kan tenaga badan aku setelah penat berhempas pulas memerah tenaga dalam menyiapkan show budak dan aktiviti sekolah sebelum ni... aktiviti bersama teman-teman, orang tersayang juga dapat diluangkan dengan sepenuh masa pada mggu ni... ahaks... walaupun perangai party aku ni ada tapi berjaya terkawal juga pada jumaat lepas... napa ek.... maybe dah ada komitmen tu la pasal kena jaga imej kan hahhahahaa.... hanging ngan kengkawan di Alamanda PutraJaya then untuk hari ni g Mid Valley temankan si Tun Fareed memilih pakaian Padini dia untuk praktikal akan datang di Kelantan nanti... aku selaku perunding imej kenalah jadi penasihat dia kan... hahahaha... tp sebelum we ols akan ke KLIA nak amik tiket aku booking semalam ... RM 394 termasuk semua tax, insurans dan pelbagai kemudahan lain....untuk 2 orang .... aku dan Reza yang akan pulang ke Kuching masa cuti pertengahan tahun ni memandangkan adik aku akan kahwin so kenala wat persiapan untuk dia nanti.... my mom dah cadangkan aku wat pelamin lak...dan jadi photographer laks.....hehehe...takpa Adit sedia berkhidmat ahaks....anyway SELAMAT PENGANTIN BARU buat adinda puteri aku Puteri Nurfatihah Aisha dengan suami yang tercinta dia....semoga dicucuri rahmat kebahagiaan hingga berkekalan ke anak cucu kelak....aku pula dah dpt title ABANG IPAR.....gitew.....tuanbadan pula bila nak menyusul macam adik dia kan....hahahha....

22 April 2009

Persembahan Excellent (merangkap Raptai Pesta Muzik)

Alhamdulillah dengan usaha aku dari kostum, gerak tari, pola lantai, aksesori, makeup... akhirnya mendapat pujian yang baik daripada pelbagai pihak pada pagi tadi... Banyak mata yang melihat akan keunikkan pakaian lelaki... sampai meka mendapatkan beberapa tips wat pakaian camtu dari aku dan my luvly tukang jahit...Ust Peah... cuma ada benda kecil yang harus aku perbaiki untuk menjadikan sebuah gerak tari melayu yang berpotensi jauh untuk menang... Jika hari ni raptai sekaligus melibatkan persembahan khas Kumpulan Sari Tari untuk Majlis Menyemodo dari kontijen Negeri Perak .... pada hari Selasa depan pula ialah raptai tari etnik pula iaitu Iban Kajat Perang....hasil researching kajian oleh aku sendiri... yang pasti keunikkan pakaian yang aku design kali ni....Go Go SKJB....

Saksikan hari Selasa depan raptai Tarian Etnik Iban Kajat Perang....ni adalah salah satu kostum mereka.... masih mengekalkan tema HIJAU....selamatkan bumi kita atau mesra alam

21 April 2009

Raptai Tarian Melayu dan Etnik Sempena Program Menyemodo dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak

video
Alhamdulillah pagi tadi agak kalut gak terkejar-kejar menyiapkan budak untuk raptai persembahan Program Menyemodo (Minggu Anti Dadah) disamping tu raptai pertandingan Pesta Muzik pada 29 April ni....Lihat dan komen la apa yang patut...maybe boleh diperbaiki atau penambahbaikan yang perlu....

19 April 2009

Ni lah jawapan yang aku cari...

2.Bridge
Ada org kata tanam gigi. Bridge ( atau jambatan) ini bertujuan menggantikan gigi yang telah tiada tetapi masih lagi mempunyai gigi yang bersebelahan. Seperti jambatan yang mempunyai 2 tiang, bridge memerlukan 2 gigi yang sihat dan tidak bergoyang di antara ruang yang tiada gigi itu.

bridge

bridge

kebaikan
- sangat selesa, tidak terasa seperti gigi tiruan
- warna gigi sangat lawa dan berkilat seperti gigi asli kerana diperbuat dari porselin
- tidak perlu dicabut

Keburukan
- kena kecilkan gigi bersebelahan
-harganya agak mahal . Biasanya Rm450 ke atas ( bergantung pada klinik yang anda pergi) sebatang. Jadi jika nak gantikan 1 batang gigi, kena campur 2 gigi bersebelahan = 3 batang. Jika nak ganti 2 batang gigi , campur 2 gigi bersebelahan = 4 batang dan seterusnya. Jadi harga bridge biasanya dalam RM1350 ke atas.
- Jika gigi bersebelahan yang menjadi pegangan bridge goyang, bridge boleh tanggal.
-Kena floss dibawah bridge setiap hari untuk memastikan gusi sihat, jika tidak gigi bersebelahan boleh menjadi rosak.

Proses Pembuatan
- Temujanji pertama biasanya agak lama sedikit, lebih kurang satu jam. Warna gigi akan diambil, kemudian acuan gigi diambil. Gigi bersebelahan akan dikecilkan dan acuan gigi baru diambil. Gigi sementara akan disarungkan pada gigi-gigi yang dikecilkan.
- temujanji kedua, bridge boleh disimenkan. Biasanya mengambil masa seminggu sehingga 10 hari bergantung kepada lab.

Tag Dari Faiezi.....Thanks ya.... saya cuba menjawabnya...

1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

My Fabulous Life's....ermmm dah kali ketiga tukar nama pengenalan blog ni memandangkan ia berkaitan dengan kehidupan aku skank... hidup aku always dalam fabulous sama ada dalam karier dan kehidupan luar aku... ntahla maybe ni dikatakan rezeki dalam kehidupan aku... syukur alhamdulillah... fabulous diambil apa yang member aku selalu katakan yelah aku attend banyak bidang selain daripada dunia pendidikan....dari bidang kesenian, entertainer dan design. So that why la kot.... its like Kimore Lee Simon reality show...tp aku taklah segah mcm tu... but aku boleh mengambil aspirasi darinya especially cara kita bekerja....

2.Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

iezwan1981.blogspot.com....nama aku la takkan nak bubuh nama orang len kan...hehhehe...

3. Apakah 'method' dalam penulisan blog anda?

Apa yang terlintas dalam fikiran... tapi biasanya berkaitan dengan karier aku sendiri.... dan benda yang berlaku di sekeliling aku sendiri...

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

Takkan pernah .... sayang beb dah beratus da artikel dalam ni yang menceritakan asam garam dunia aku tetiba lak nak delete semuanya.... oh gosh !!!! Benda ni semua nya gambaran dunia diri aku sendiri.... thanks pada blogger yang mengikuti cite aku ni...... kalu delete pasti mereka bertanya...


5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini? selamburb??

Yeah.... aku inginkan katakan....fabulous... kreatif.... informasi.... vogue.... good presentation.... nice viewing blog.... also da stories..... hope dia akan bertambah sukses selepas ini.... keep it uwols...

6. Senaraikan 5 org yang akan anda tag.....

Ermmm aku cubala walaupun kali pertama kena tag....kalu tak da respon its ok tu hak mereka... aku tak leh paksa pun heheheheh....ok nila antara blog yang aku selalu ikuti perkembangan mereka...

  1. ejaylicious
  2. Mohd Suffian
  3. Ferr My Lil Bro
  4. Chaos Tvik My Lil Bro
  5. Adam Soul My Lil Bro




18 April 2009

Menjelang Pertandingan Tarian Melayu dan Etnik Pesta Muzik Peringkat Daerah 2009

Semakin dekat tarikh pertandingan semakin dengup jantungku berdengup kencang... tension dan tension sebab masih ada secara teknikal yang belum dikuasai walaupun kemahiran mereka dapat dibuat namun jika dinilai secara sudut teknikal masih ada yang belum menguasai ragam betul-betul.... kredit kepada budak sek rendah aku walaupun masih muda mereka boleh menguasai ragam tari dengan betul berbanding budak sek menengah aku yang masih lemah dalam teknikal walaupun mereka mahir dalam kemahiran....

14 April 2009

Perubahan Yang Baik dalam Ko-kurikulum Tahun Ni


Syabas kepada semua guru aku untuk kali kerna memberikan kerjasama yang baik dalam mengendalikan ko-kurikulum yang telah ditukarkan waktunya pada waktu pagi... sebelum ni pada waktu petang guru susah nak berkerjasama dalam hal perjumpaan ko.... namun setelah ditukarkan pada waktu pagi ia menjadi sesuatu yang lebih mudah untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing... alhamdulillah

Minggu ni memang penuh cabaran...

Mana taknya aku terpaksa berkejar ke sana ke mari memandangkan 2 aktiviti berjalan dengan serentak.... penat siot... aku kena siapkan budak untuk persembahan di PD utama dan pas tu kena g Pusat Penyelidikan Biologi di Telok Kemang memandangkan ada Kem Waja Diri diadakan... yang melibatkan kesemua guru yang ada.


Kem Waja Diri UPSR 2009

Latihan Intensif diteruskan walaupun keadaan diri dalam Ting TONg.....


07 April 2009

Residence Desa Lagoon Resort Show, PD


Akhirnya my dancer dapat gak menari dengan baik hasil tunjuk ajar selama seminggu aku bertapa mengajar segala step tarian aku yang baru ni... yang ini version ke 3 la.... version ke2 Sek Tinggi Port Dickson dan original version my luvly pupils... SK Jimah Baru.... Semalam bukan main penat la menyiapkan mereka dan terkeja sana sini latihan sekolah yang dibawah ajaran aku..... so inilah hasil nya.... aku berpuas hati dengan keja mereka...Tahniah pada Ira (x Istana Budaya person), Shasha, Ika, Anuar,Afiq dan Akai......serta pembantu-pembantu yang setia iaitu Azie, Atun dan Chong.

05 April 2009

Hasil dapatan dari YouTube berkenaan penyingkiran Rizu dari OIAM3....anyway wat my lil bro Jangan Putus Semangat Dalam Meneruskan Pejuangan Ini...


sangat mengecewakan.. kita nak cari vocal bernilai 1 juta bukan pilih muka atau persembahan. nila masalah bila kita buta seni. yang muka jambu, suara gemalai sengau nak pilih sangat.. pastu yang patut dapat tak dapat yang tak patut menang pulak diangkat.. pas habis season yang tak menang pulak glamer n berjaya.. yang menang hilang dengan sejuta hasilnya yang vote dok nga ngaaa....

I'm sad to see him go...Just love this guy. Really a lost for OAIM cos this guy doesnt deserve to be in the bottom 3 but...oh well it's up to the voters to choose who will be the OAIM.

I was hoping that Nine, Aweera or Simon will be voted out this week... no offence N,A,S fans.




04 April 2009

Mari Berdansa

Selepas nanga OIAM3 ... kami terus g makan kat Kedai Zul Yahya yang hampeh tu d Seksyen 13... serve lambat last2 blah... pastu aku terus change my clothes untuk goin tu LQ.... malam bergaya sakan... tp tak dpt pakai baju yang dibeli oleh Mel dari Bangkok tu... sebab tak sesuai ngan suar pendek.... kalu pakai juga dah mcm pelacur lorong je.... so decide pakai Zara Shirt kesayangan aku tu.....Malam tu aku g ngan Asri dan Tun yang mcm biasa la.... Memang plan nak wat kat birthday party kat LQ tp memandangkan malam tu orangnya ramai dan music best giler so decide kena wat kat luar birthday tu sebab nak menghayati keriuhan malam berdansa....hahhaha...gitew....