Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

28 Jun 2007

Badanku mula tak berapa sihat....terlalu bz kot

Wah...minggu ni memang memenatkan sebaik sahaja buka sekolah mula... Segala akiviti yang dirancang untuk penggal kedua telah mula dijalankan... latihan tarian untuk pra, projek aku iaitu Sekolah Lestari, assigment, nak abis topik dalam bulan ni exsp Science... huhu memang memenatkan. Tambahan musim dorian plaks... badan panas semacam je bila makan dorian yang diberi oleh miak skool...anway thanks...lain kali bawa lagi... dan satu g game badminton kami mulakan sekali lagi. Then next week lak... aku da perlawanan Futsall kat Jimah. So banyak aktiviti yang memenatkan tetapi badan tak gak bleh turun kan....huhuhuhu....Untuk pengetahuan , aku ada cuba untuk masuk Halls Of Fame anjuran gula2 Hall....saja suka-suka...manalah tahu ada rezeki kan...hehehe...macam perasaan muka cantik je...padahal takda apa pun...

24 Jun 2007

My Friend Suffian Suliman n Amani Awek Cun...juz a percubaan wat combine pic ni....


Aku tgh fikir camna nak combine kan pic aku ni...ni pun tgh baru belajar...Inila hasil pertama aku buat....
Pic aku dan awek yang aku minat....heheheh
cayala Amani....

23 Jun 2007

Tutorial Ke 2 Open Universiti Malaysia

Hari ni aku baru g T2 untuk sem 3 ni.... rasa cam ketinggalan gara-gara balik Kuching tempoh hari..... selamat gak aku dah prepare assignment untuk Oral Communication...

  • Aku dan Shah mohon surat sokong cuti untuk sekolah.
  • Then ambik surat perjanjian pinjaman KPM kat office...kena uruskan 2 minggu
  • Uruskan pemindahan kredit .
  • Fotokopi nota Etchic Profesional dari kakak dok depan.
  • Tanya kat Madam Mag pasal maksud dilema etika... macamana nak polah tajuk ya...uuuu kurang paham...
  • Hari ni paling bes cz aku terlibat dalam forum ttg isu buli, ponteng sekolah, Sime Darby, Isu Proton, Genting Holding dan macam-macam g.
  • Isnin ni g JPN ambik surat lantikan , surat kelulusan sambung belajar dan pmohonan tiket Mas percuma.

21 Jun 2007

Hari yang memenatkan.....

Wah....aku rasa tak larat sangat hari ni. Penat main badminton masih tak hilang walaupun aku dah tido semalam...maybe lama sangat tak main. Dengan kepala aku yang pening-pening lalat... aku bertolak ke Pusat Dakwah Islamiah...aku bukannya g kursus kahwin tau...Juz menghadiri Taklimat dan Bengkel Sekolah Lestari Anugerah ALam Sekitar (SLAAS). Fuh!! Bayangkan menahan mata mengantuk sampai aku terlelap dalam 3 slot ceramah yang diberikan. Mata dah larat sangat. Apa-apa pun berusaha gak cuba membuka mata....padahal ramai gak cikgu yang terlelap... GPK Koko macam aku gak heheheheh.... Semasa taklimat sempat gak aku serve rumah... tension gak cari rumah...banyak gak katalog aku mbak pulang. Susah gak nak cari rumah yang betul-betul memuaskan hati.....huhuhuhu..... Aku pun dah kembali zaman dulu...suka make over kening aku hehehe...Wes punya pengaruh...

17 Jun 2007

Program Perkembangan Staff....16 Jun ...


Alhamdulillah ... habis gak kursus pendek yang diberikan kepada kami sebagai warga pendidik...SK Jimah Baru dan SK Jimah .... Hari ni kami diberi pendedahan dalam etika bekerja oleh Unit Kaunseling PPD Port Dickson... ANyway kalu orang lain dengar mungkin dorang kata kami bermasalah hehehehehe... Tapi sebenarnya tidak ia sebagai pendedahan bagaimana hendak menangani masalah di sekolah terutamanya berhadapan dengan boss... So jadi hari ni kami diberi peluang bagaimana menangani masalah sikap guru-guru sekarang... banyak gak yang terasa dalam ceramah pagi tu... aku di belakang juz gelak-gelak jela... memandangkan ia adalah satu benda baik yang perlu dicontohi hasil daripada apa yang dikatakan oleh Encik Jamaludin tadi.... Then giliran Encik Zulkarnain yang sememangnya pekat bahsa Nogri nya....aku ni terkulat-kulatla nak memahami bait patah yang dicakap olehnya... tajuk yang dikupas ialah berkenaan komunikasi yang berkesan.... tentang bagaimana cara kita berkomunikasi dengan baik dan akhir sekali Puan Rosnani membentangkan isu pengurusan Stress... seronok gak dalam slot yang ini kerana menyentuh tentang bagaimana mengawal perasaan stress.... ada aktiviti yang menyeronokkan juga....teknik urutan stress... titik pengawalan saraf...wah macam doktor lak....yg pasti tahniah pada mereka bertiga kerana memberi satu input dan output yang berkesan kepada kami .... hehehe ....berkesan ? Harap yang terasa tu dapat sedarkan diri k huhuhuhu

14 Jun 2007

Pengalaman pertama mencari rumah...


Minggu ni aku meninjau satu kawasan perumahan terancang di Bandar Enstek sebuah bandar baru yang akan berkembang dalam berapa tahun akan datang... aku buat research tentang pembelian rumah di kawasan situ... Anyway rekaan rumah situ memang moden abis.... tambahan bentuknya yang unik....aku ada bincang ngan Kak Azah pasal rumah situ...kemudahan semua ada... dekat ngan airport...walaubagaimanapun aku takla nak amik terus buat keputusan amik rumah tu...aku kena fikir dan compare rumah lain disekitar negeri sembilan ni...

11 Jun 2007

Dah nak balit da......Sambung keje balik....10 Jun 07

Pic sebelum naik flight jam 0835 malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke LCCT....

Percutian di Palm Beach Resort.... 9 Jun

Wah bestnya .... bila meninggalkan kesibukkan kotaraya yang hiruk piruk bagaikan nak rak dengan teknologi dan kerakusan manusia di ceruk-ceruk himpunan manusia bagaikan air sungai yang tidak putus-putus kunjung tiba...Lalu aku dan famili melarikan diri ke daerah terpencil iaitu Sematan...Sebuah daerah yang terletak dihujung ekor negeri Sarawak... Terkenal dengan tangkapan hasil lautan terutama sekali Ketam... Feveeret adik aku dan my dad.. aku iboh jak alergik ngan Ketam... Destinasi mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke sana... lagipun aku dan my dad dah biasa ke sana...selalunya lawatan ke tapak kosensi balak di belakang Gunung Gading... tempat Raflesia tumbuh melata... Lama gak aku tak ke laut melihat ombak yang bedesir dan memukul pantai... Kehidupan aku tenang buat seketika tatkala aku menikmati keindahan ciptaan Allah SWT... Masa ni la aku kena rehatkan minda kita agar balik ke tempat keje nanti fresh sentiasa....okla aku nak kongsi pic aku ke sana...

05 Jun 2007

Seharian sepanjang cuti seminggu....

Melalui hari-hari di Bumi Kenyalang... banyak yang aku kena habiskan masa betul-betul sebelum aku pulang ke Negeri Sembilan semula pada 10 Jun ni... Aku kena berehat... meluangkan masa ngan famili... teman-teman... malah orang saya rindui di Cbu (tapi apakan daya kami berdua hanya berpakat untuk berkawan baik je.... tetapi tak mematahkan niat aku untuk merinduinya). 70% aku berada di rumah sahaja...layanz VCD, main PS2, berkaraoke.... dan layan 17 ekor kucing dirumah walaupun aku ni ada menghidap asma.... member aku pun baru balik dari kampung yelah sempena Hari Gawai.... maybe esok kami akan berkumpul... my mom plak hari ni balik kampung cz ada cousin nenek aku meninggal dunia kat Kundasang , Sabah telah dibawa balik ke sini untuk dikebumikan.... my good friend plak senyap menyepi tanpa berita...tahu-tahu ajelah kredit abis...Dan yang paling bes Sabtu ni kami sekeluarga akan pergi berkelah kat Pantai Sematan... aku nak tan badan aku ni.... asyik putih melepak je....plan aku pun nak amik pic kat area sana...wah i love pantai dan ombak... perkara yang bimbang plak pasal badan aku dah naik....waaaaaaaaaaa.....selamat aku dah tak makan nasi...kalu tidak gerenti macam ikan kembung

03 Jun 2007

Pasar Malam Satok.....Pasar Malam Minggu... Malam Minggu je ada tau

Semalam adalah sempat aku berjalan kat sekitar Kuching..... banyak perubahan yang berlaku selama aku tinggalkan. Then sebelah malam aku berjalan di pasar malam minggu its call Pasar Malam Satok... dah lama ku tak berjalan pasar yang happening ni. Banyak benda yang miss kat situ....Anyway aku sempat amik shoot sepanjang aku berada di sana pada malam itu... Dalam pada tu aku temankan my dad cari Beras Bario dan rempah BUBUr Pedas... sempat gak aku berkenan kain corak motif swak.... kalu aku bawa semenanjung gerenti laku punye....terbayang gak aku nak wat ala-ala kain pelekat dan samping...coraknya memang bes...

02 Jun 2007

Aloha....Welcome Home Adit........

Hari ketiga aku disini... di kampung yang dah lama ku tinggalkan....alaaa baru 7 bulan je...after hari raya.... anyway skank ni boring gak memandangkan takda apa aku nak buat.. member aku lak balik kpg sambut gawai....aku terkapai-kapai keseorangan... banyak layan sms lak daripada makan minum dan kuar sama kawan... Tunggu dorang balik baru dapat wat aktiviti... Anyway turun je dari kapal terbang terus je balik ke kampung... wah ada lemang, ketupat then rendang feveret ku....yelah belum gawai g aku dah beraya umah nenek aku HUHUHUHU.... then esoknya aku dan famili jalan-jalan cari makan kat Kuching... akhirnya berjaya juak cari mee kolok .... benda 1st aku nak makan bila pulang sitok.... hahahaha..... okla takat ni ajakla aku menulis tuk kelak mek sambung g sepanjang percutian mek di kampung mek tuk.....Adios Aaribaaaaaaaaaa...... nak g minum sama Reezal miak UPM........ok