Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

31 Oktober 2007

Show Situ Sini Sana... Penat Siot


Aktiviti harian aku makin bz ngan aktiviti nyanyi aku ngan band SMK SDSA... lusa aku ada show di PWTC makan malam Perdana Menteri. Barulah aku kenal erti penat bila jadual pack sampai jam11 atau 12 baru aku pulang ke rumah. Walaupun penat... bes gak bila aku buat show sendiri kat pentas... Alhamdulillah rezeki melimpah luah... maybe berkat kesabaran dan usaha aku untuk mecemerlangkan diri sendiri... Skank ni bz ngan open house je... sana sini open house sampai muka aku pun dah macam nasi impit....kembang semacam je... puas gak aku nak shape kan balik... dah la ada show... muka plak kembang semacam... Pic kat atas ni adalah contoh muka aku dah mcm nasi impit yang kena himpit..huhuhuhu............

23 Oktober 2007

Doakan kejayaan Adit Iezwan...


Jumaat 26/10- Pendaftaran akan dibuat pada jam 5 petang. Then pertandingan akan bermula pada jam 8 malam.Pertandingan Lagu Patriotik PSKPP Peringkat Negeri... insyallah andai ada rezeki dapat ke peringkat kebangsaaan di Kelantan. Doakan kejayaan gue...

Sabtu 27/10 - Ada kelas ganti lak.... petang latihan

Ahad 28/10 - Ujian pertengahan semester. Then Kuliah En Danny. Kemudian petang bergegas ke PD ada persembahan semasa pertandingan Bola Baling International kat sana.... Show sampai petang...

Isnin 29/10- Show Malam di Majlis makan malam Guru-guru BEsar di Glory Beach Resort PD....

Jumaat 2/11 - Show Makan Malam Perdana Menteri di PD

Ahad 4 /11 - Show Dinner Glory Beach Resort, PD

24/11 - Show di Istana Sri Menanti


See jadual aku mula penuh ngan aktiviti.

21 Oktober 2007

MY Root Of Famili... Who is my grandma...

Tempoh hari balik beraya sakan ke Kedah... selain bertujuan untuk berjumpa sanak saudara my dad ada misi rupanya.... ingin mengetahui asal sebenar arwah nenek saya Chik binti Hassan. Sedikit sebanyak kamu dapat mengorek beberapa rahsia yang telah disembunyikan oleh mereka...

Nama arwah nenek saya yang sebenar Jariah bt Tengku Hassan hasil perkahwinan Tengku Hassan (Orang Kaya Bijih kat sekitar Perak berketurunan kerabat diraja Perak, berdarah Daeng Marewah (5 bersaudara Bugis) merupakan pembesar di kala itu) dengan Tuk A'ha (tak tahu namanya tp gelarannya tahu). Moyang perempuan saya ni berketurunan Daeng Sedeli dari Acheh ada sangkut paut ngan Raja Haji. Memang cantik pada masa tu... menggunakan kecantikkannya untuk memikat orang-orang kaya... Sebelum dia kahwin ngan Tengku Hassan , dia juga telah berkahwin dengan orang kaya gak iaitu Mat Saleh tetapi tak tahu macamana dia boleh kahwin lagi samada Mat Saleh dah meninggalkan atau tidak sebelum tu... tp anaknya skank ada g...


Sambung lagi cerita , bagaimana nama arwah nenek saya boleh bertukar Chik bt Hassan... DIsebabkan orang perempuan ni jenis tak reti nak sabar akhirnya jadi begini... Tengku Hassan kena balik ke Kuala Kangsar untuk berjumpa dengan kaum keluarga pada masa tu tetapi Tuk A'ha enggan kerana perbezaaan darjat. Akhirnya Tengku Hassan balik seorang ke sana dan berjanji 2 bulan untuk kembali semula ke Titi Serong tempat tinggal Tuk A'ha. Maka tinggallah nenek aku dan moyang perempuan aku. Namun 2 bulan Tengku Hassan tak pulang ke rumah juga sehingga bulan 3 Tuk A'ha melarikan diri bersama orang-orangnya. Tapi sebelum tu Tengku Hassan telah meninggalkan tanda bahawa anak perempuan tunggalnya iaitu arwah nenek aku Jariah @ Chik bt Tengku Hassan berbentuk keris diraja kebesaran negeri Perak yang menandakan anak tu merupakan kerabat keluarga diraja Perak... (keris tu skank kat tangan Tok Jang yang enggan memulangkan semula keris tu kepada warisnya iaitu mydad)

Lari punya lari.... apabila Tengku Hassan balik dr kotanya dia begitu marah akan tindakan Tuk A'ha melarikan warisnya. Tengku Hassan dan orang-orang berusaha menjejaki mereka berdua.... sampai ketika itu nama asal nenek saya ditukarkan kepada Chik bt Hassan bagi mengaburi itu bukan anak Tengku Hassan. Segala harta Tengku Hassan dibawa bersama. Sebab tu la orang tidak tahu siapa nenek aku sampai kini.... Dulu ada gak orang mencari nenek aku kerna dia waris tunggal Tengku Hassan.

Sewaktu dia melarikan nenek aku, moyang aku sempat berkenalan dengan Tok Taib Semambu yang merupakan moyang atok lelaki aku iaitu Awang. Tetapi arwah Tok Awang merupakan hasil perkahwinan dengan isteri pertama. Kemudian barula Tuk A'ha berkahwin dengan Tok Taib Semambu. Tok Taib Semambu merupakan orang kaya juga pada masa tuh... dia terkenal ngan stail orang kaya zaman dulu penuh duit di tali pinggang besar dia. Dia jenis tak lokek cuma dia seorang yang tegas. Al maklumla dia berketurunan Bugis tulen...

Maka Tok Awang lak berkahwin ngan arwah nenek aku, Chik. Kiranya zaman dulu ramai sangat yang berpoligami... Yang herannya moyang aku ni mcm jenis Sahara gak macam dalam Manja Lara tuh... Suka hati nak kahwin ngan orang kaya... sebab tu dia kena sumpahan dari Tengku Hassan sepanjang hayatnya... Walaupun dia kaya pada ketika itu.... hartanya tidak sampai ke anak cucu cicit dan piut mcm aku ni... Tok Awang aku pun kahwin banyak.. nenek aku bini yang kedua....maka lahirla arwah Pak Long Talib, arwah Pak Cik Hamzah, Pak Lang Hassan, My dad aku dan Pak Su Majid aku. Tetapi dalam 5 adik beradik didapati hanya my dad yang mempunyai ritual kerabat diraja memandangkan macam-macam benda yang berlaku ke atas dirinya...adik-beradik yang lain tidak merasakan hal sebegini.

Kalu difikirkan aku tak percaya bila aku mengetahui hal sebegini. Tetapi aku kena terima bahawa keluarga kami berketurunan kerabat. Skank hanya adik aku je guna nama gelaran kerabat, Puteri Nurfatihah Aisha... waris yang berhak dalam keris tu hanya my dad dan sebenarnya aku pun susah nak terima bahawa aku la waris lelaki yang terakhir dalam cabang root yang ke8.... untuk pengetahuan Sultan Azlan Perak adalah root yang ke2... Besar juga root zaman berzaman ni...Penin dah kepala bila fikir salasilah keluarga yang dah berkurun-kurun lamanya.

16 Oktober 2007

Beraya sakan tahun ni 5 hari 4 malam ... 360*

ALHAMDULILLAH selamat pulang ke Gadong setelah 5 hari berhari raya dengan sanak saudara di sebelah utara dan Pahang... Seronok jumpa ngan kazen yang dah lama tak jumpa walaupun jarak sebenarnya dekat je. Hari pertama kami bergerak Bandar Bahru, Kedah lawat Mak Long dan Pak Lang Hassan, dan Tok Jang ... saja melawat melihat perkembangan mereka sempat sembahyang raya n ziarah kubur arwah nenek Chik dan arwah Pak Long Talib aku... Hari Kedua Raya balik ke Arau rumah member abah ... Non n famili . Jumpa balik member lama aku disana... Zul...dah kahwin rupa-rupanya....huhuhuhu dah da anak g tu.....jumpa g ngan Adam yang semakin ensem walupun masa kecil lagi comot bukan main. We all sekuarga sempat shopping kat Padang Besar.... aku hanya beli beg je (beg lagi....) dan selainnya aku belanja beli baju untuk adik pompuan aku... Kemudian petang tu terus balik ke Permatang Pauh rumah Tok Chik... bermalam di sana.... Pagi raya ke empat terus ke Felda Sertih Bentong Pahang...

Banyak cite yang diperolehi daripada saudara mara belah abah aku ni... 26 / 11 ni kena balik Kedah g cz ada kenduri kahwin Falie...kazen aku... mmm nantila aku rancang nak bawa kawan aku temankan aku disana... Dalam beraya ni tujuan abah balik kampung ni adalah untuk mengumpulkan semua salasilah keluarga nenek aku.... memandangkan sejarah nenek aku pernah keluar semasa bulan merdeka hari tu berkenaan sistem pemerintahan diraja Perak... mengungkaikan segala keturunan nenek aku yang sebenarnya...

Percaya tak berat aku dah turun sebanyak 79kg... dari 84kg.... berita menggembirakan.

12 Oktober 2007

Menjelang pulang ke kampung di Bandar Bahru, Kedah Darul Aman

Wah nampak raya akan menjelang 13 haribulan ni
Suasana ku rasa makin meriah memandang sanak saudara berkumpul bersama

Awal pagi ku bangun bersiap ala vogue ku melangkah laju ke airport menanti ibubapa yang tersayang
Ku cium dan ku peluk tanda kerinduaan selama ni.... sampai jem la org nak kuar dr balai berlepas tadi
Paksu dan famili datang gak sini ... buka pose sama
Then aku bz menyiapkan pakaian ku untuk dibawa pulang ke kampung

Yang menggembirakan aku berat aku dah turun ke 79 kg dari 85 kg .... harapan
ialah 75....chaiyuk Adit...
Anyway Selamat Hari Raya kepada my Blogger.... Wish selamat pulang dan balik berhari raya...
Maaf Zahir Batin...Muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhxxxxxxxxxxxxxx....

Bangga Dengan Anak Malaysia ... Dr Sheikh Muzaffar....

Muka Dr Sheikh yang nervous...........

Semalam adalah detik sejarah negara kita melangkah ke arah kejayaan dalam bidang aeroangkasa... 10 / 10 / 07 merupakan tarikh dimana orang Malaysia pertama meneroka angkasalepas.... apa yang membanggakan aku sendiri...ia membuktikan bahawa orang Malaysia berjaya dalam apa jua bidang... tambahan Dr Sheikh merupakan orang ISlam yang ke 9 meneroka angkasa lepas... Untung sapa yang dapat Dr Sheikh yang masih bujang trang tang tang...huhuhu... doktor HUKM, ada restoren Rebung hasil kongsi ngan Chef Ismail dan model jugak.... huhuhu berjaya betul dia tuh... Ntah napa masa aku tgk dia masa dia belepas ngan roket tu aku bertambah bangga dengan dia.... huhuhu cubalah aku macam dia....(berangan.................)
Bakal bergelar Datuk....bila pulang dr atas nanti...

07 Oktober 2007

Sehari semalam di Kay Ell

Semalam lepas kuliah aku bersiap ke Kay Ell... memandangkan aku berjanji nak buka pose ngan bro aku...Remy... Dengan kepala yang penat asyik berfikir di dalam kelas tadi petang tu aku release kan tension ke Kay Ell. Sebaik saja bro aku sampai , aku dan dia terus bergegas ke KLCC cari tempat berbuka kat sana... Ya Allah ramainya manusia yang dah booking tempat makan kat food court kat atas tu... Last2 g ke Avenue tingkat bawah... mujurla ada tempat kosong g... Aku dan Remy g order tempayaki ... lama tak makan makanan Jepun... menghabis masa berbual-bual ngan remy kat sana then balik rumahnya di Setiawangsa... Malam jam 1.oo g makan lagi kat tempat my bro tuh . Makan nasi lemak ayam.... aku pun dah mula belajar mengurangkan makan terutamanya nasi... huhuhu ... aku dah stat komitmen baru... Apa pendapat kalian aku ni dah chub ke?


Then pagi tadi sambil bro g tempat keje aku pun ikut dia ke Pavilion... baru dibuka tak sampai sebulan pun... huhuhu besnya banyak jenama yang terkenal kat situ... aku sempat g Topman my feveret jenama kalu aku nak cari t-shirt... apa yang membuat aku nak ke butik tu bukan apa... kainnya memang lembut... tak panas kalu dipakai...dan designnya aku suka...exspecially lehernya....contohnya pagi tadi aku pakai baju Topman warna oren aku... aku suka gile pakai baju tu.... Balik dari tu sempat gak aku beli beg galas... menambahkan koleksi beg tangan aku yang semakin banyak.... warna hijau army....

Menambahkan koleksi beg aku dirumah

05 Oktober 2007

Perkara yang paling menggembirakan aku...portfolio aku diterima oleh agensi modelling.....

Semalam adalah member aku Sean...chat ngan dia...dia kata aku ada talent nak ambil bidang modelling...so dia serta kan email ejen yang mencari bakat model baru...dia suruh aku sediakan portfolio yang bergambar... so aku sediakan dan sendkan ke dalam email ejen tu... akhirnya malam tuh aku dapat maklumbalas bahawa portfolio aku diterima... hanya menunggu job yang aku akan terima...Berikut adalah portfolio yang aku hantar...