Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

21 Oktober 2007

MY Root Of Famili... Who is my grandma...

Tempoh hari balik beraya sakan ke Kedah... selain bertujuan untuk berjumpa sanak saudara my dad ada misi rupanya.... ingin mengetahui asal sebenar arwah nenek saya Chik binti Hassan. Sedikit sebanyak kamu dapat mengorek beberapa rahsia yang telah disembunyikan oleh mereka...

Nama arwah nenek saya yang sebenar Jariah bt Tengku Hassan hasil perkahwinan Tengku Hassan (Orang Kaya Bijih kat sekitar Perak berketurunan kerabat diraja Perak, berdarah Daeng Marewah (5 bersaudara Bugis) merupakan pembesar di kala itu) dengan Tuk A'ha (tak tahu namanya tp gelarannya tahu). Moyang perempuan saya ni berketurunan Daeng Sedeli dari Acheh ada sangkut paut ngan Raja Haji. Memang cantik pada masa tu... menggunakan kecantikkannya untuk memikat orang-orang kaya... Sebelum dia kahwin ngan Tengku Hassan , dia juga telah berkahwin dengan orang kaya gak iaitu Mat Saleh tetapi tak tahu macamana dia boleh kahwin lagi samada Mat Saleh dah meninggalkan atau tidak sebelum tu... tp anaknya skank ada g...


Sambung lagi cerita , bagaimana nama arwah nenek saya boleh bertukar Chik bt Hassan... DIsebabkan orang perempuan ni jenis tak reti nak sabar akhirnya jadi begini... Tengku Hassan kena balik ke Kuala Kangsar untuk berjumpa dengan kaum keluarga pada masa tu tetapi Tuk A'ha enggan kerana perbezaaan darjat. Akhirnya Tengku Hassan balik seorang ke sana dan berjanji 2 bulan untuk kembali semula ke Titi Serong tempat tinggal Tuk A'ha. Maka tinggallah nenek aku dan moyang perempuan aku. Namun 2 bulan Tengku Hassan tak pulang ke rumah juga sehingga bulan 3 Tuk A'ha melarikan diri bersama orang-orangnya. Tapi sebelum tu Tengku Hassan telah meninggalkan tanda bahawa anak perempuan tunggalnya iaitu arwah nenek aku Jariah @ Chik bt Tengku Hassan berbentuk keris diraja kebesaran negeri Perak yang menandakan anak tu merupakan kerabat keluarga diraja Perak... (keris tu skank kat tangan Tok Jang yang enggan memulangkan semula keris tu kepada warisnya iaitu mydad)

Lari punya lari.... apabila Tengku Hassan balik dr kotanya dia begitu marah akan tindakan Tuk A'ha melarikan warisnya. Tengku Hassan dan orang-orang berusaha menjejaki mereka berdua.... sampai ketika itu nama asal nenek saya ditukarkan kepada Chik bt Hassan bagi mengaburi itu bukan anak Tengku Hassan. Segala harta Tengku Hassan dibawa bersama. Sebab tu la orang tidak tahu siapa nenek aku sampai kini.... Dulu ada gak orang mencari nenek aku kerna dia waris tunggal Tengku Hassan.

Sewaktu dia melarikan nenek aku, moyang aku sempat berkenalan dengan Tok Taib Semambu yang merupakan moyang atok lelaki aku iaitu Awang. Tetapi arwah Tok Awang merupakan hasil perkahwinan dengan isteri pertama. Kemudian barula Tuk A'ha berkahwin dengan Tok Taib Semambu. Tok Taib Semambu merupakan orang kaya juga pada masa tuh... dia terkenal ngan stail orang kaya zaman dulu penuh duit di tali pinggang besar dia. Dia jenis tak lokek cuma dia seorang yang tegas. Al maklumla dia berketurunan Bugis tulen...

Maka Tok Awang lak berkahwin ngan arwah nenek aku, Chik. Kiranya zaman dulu ramai sangat yang berpoligami... Yang herannya moyang aku ni mcm jenis Sahara gak macam dalam Manja Lara tuh... Suka hati nak kahwin ngan orang kaya... sebab tu dia kena sumpahan dari Tengku Hassan sepanjang hayatnya... Walaupun dia kaya pada ketika itu.... hartanya tidak sampai ke anak cucu cicit dan piut mcm aku ni... Tok Awang aku pun kahwin banyak.. nenek aku bini yang kedua....maka lahirla arwah Pak Long Talib, arwah Pak Cik Hamzah, Pak Lang Hassan, My dad aku dan Pak Su Majid aku. Tetapi dalam 5 adik beradik didapati hanya my dad yang mempunyai ritual kerabat diraja memandangkan macam-macam benda yang berlaku ke atas dirinya...adik-beradik yang lain tidak merasakan hal sebegini.

Kalu difikirkan aku tak percaya bila aku mengetahui hal sebegini. Tetapi aku kena terima bahawa keluarga kami berketurunan kerabat. Skank hanya adik aku je guna nama gelaran kerabat, Puteri Nurfatihah Aisha... waris yang berhak dalam keris tu hanya my dad dan sebenarnya aku pun susah nak terima bahawa aku la waris lelaki yang terakhir dalam cabang root yang ke8.... untuk pengetahuan Sultan Azlan Perak adalah root yang ke2... Besar juga root zaman berzaman ni...Penin dah kepala bila fikir salasilah keluarga yang dah berkurun-kurun lamanya.

Tiada ulasan: