Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

29 April 2007

Bila CINTA kita ingat kembali

AKu ni kadang-kadang tu boleh jadi sensitif kit bila bercerita tentang kisah cinta lepas... Bukan apa, sesekali tu ada gak teringat kisah lama dengan D... Budak yang aku gelarkan dia masa sekolah di SMK Sg Tapang dolok...Si panjang, Si galah... yang tu la aku ingat masa sekolah dulu... seorang pengawas nakal kat sekolah asyik menyakat orang tak habis-habis... Anyway cite bermula daripada adik angkat lalu berputik menjadi benih cinta akhirnya... 7 tahun agak lama kami berdua berhubungan then tahun ke 5 barula aku bersedia untuk bercinta yang betul-betul... walaupun masa sekolah dulu kira glam gak ler... banyak awek yang meleleh air liur...dan teringat gak aku dikira jual mahal masa sekolah dulu.. tu kisah cinta monyet... anyway kami berdua sering berutus surat sampaila aku start bekerja dan D masuk U kat KL ni... Surat adalah salah satu perhubungan aku dan dia... namun keadaan dan situasi yang dikatakan banyak merenggangkan hubungan kami berdua...bayangkan aku bekerja di Miri di ceruk hutan sana then dia belajar di U kl ni... So kami kurang berkomunikasi.... walhal kami sering berutus surat... Walaubagaimanapun D inilah insan pertama yang betul-betul membuka hatiku untuk menerima cinta... minat dan suka duka dikongsi bersama... tapi panas tidak berpanjangan bila aku mula bertukar tugas di Seremban ni... segala-galanya hancur begitu saja bila dia mula menjauhkan dirinya... dan perlu tahu bahawa aku berpindah ni semata-mata hanya dia... then tiba-tiba sahaja dia break-up ngan aku ni... Then dgr kata, masa tu dia dah ada boy baru... sampai boy dia sms marahkan aku menganggu dia... Aku baru sekali call saja , dia dah marahkan aku....huhuhu controlnya... 3 bulan aku merasa siksa bila perhubungan 7 tahun hancur begitu sahaja....anyway thanks to member n hosemate yang bisa memahami keadaan ku....sewaktu itu...Kini aku kena tabah menghadapi masa mendatang...dan pintu hatiku masih ditutup mana-mana yang bergelar wanita kini.....Adit Chaiyuk, Chaiyuk..Fighting...

28 April 2007

Synopsis My Girl - Luvly Korean Drama


Joo Yoorin (Lee Da Hae) is a tour guide in a small company in charge of running mini tours in the Jeju Island of South Korea. Her father is a gambling addict, but despite all the debts that he runs up, Yoorin always finds a way to help repay them. She leads a below-average life but is happy as long as she has her dad around her. Because of her father's gambling ways, she has had to move from country to country whenever her father runs from one place to another to avoid their debtors. This has in turn brought her the ability to converse fluently in Chinese and Japanese, which are of great help as a tour guide whenever she has to entertain tourists from China and Japan.

Seol Gongchan (Lee Dong Wook) is the only heir of the owner of L'Avenuel Hotel, which is one of the top hotels in Korea. His grandfather, Seol Woong, charges him with the duty of finding his granddaughter, who is also Gongchan's cousin. Seol Woong had disowned his own daughter, Gongchan's aunt, when she decided to marry a man not of his choice. However, when Seol Woong had a change of heart and wished to accept his daughter back, an earthquake struck where his daughter lived, and since then, he has lost all contact with his kin and perhaps the chance to make amends for his own stubbornness, to take care of his granddaughter and hopefully make things right.

Kim Seohyun (Park Si Yeon) is the girlfriend of Seol Gongchan. A rising star in the tennis world, she returns to Korea to look for Gongchan as she cannot forget him.

Seo Jung Woong (Lee Jun Ki) is the son of one of the main shareholders of L'Avenuel Hotel and also the best friend of Seol Gongchan. Unlike Gongchan who is responsible and hardworking, Jung Woong is a flirt who is known to have many girlfriends.

The story starts with Yoorin rushing to the airport. She is helping her friend delay a flight so that the tourists of her friend will not miss their flight. Out of ideas, she plays a damsel in distress, who is apparently mourning her impending death and her dying wish to see her boyfriend who is apparently on the flight. And so after much crying and the entire airport empathizing with her, she gets to get on board the plane to look for her boyfriend who never really existed. As she walks, she realizes she cannot find anyone and pretends to faint. Alas, she faints beside the seat of our male lead, Seol Gongchan, who knows a liar when he sees one. Although their first encounter is weird, it doesn't leave much of an impression in each other's mind.

Later, however, when Gongchan has to entertain a bunch of Chinese visitors and realizes he has no translator, he engages the services of Yoorin coincidentally and through Yoorin, his potential Chinese investors have a great time at the L'Avenuel Hotel branch in Jeju, and Yoorin has much credit to claim for it.

After a series of comical events including Yoorin staying at his hotel lodge without paying, and Yoorin selling his hotel fruityard's oranges to make a small profit (to clear her father's debts again), Gongchan's impression of Yoorin is one of a cheat and he would want to do anything to distance himself from her.

But then word from mainland Korea is that his grandfather is dying and at his bedside, Seol Woong, through his respirator, can only meekly repeat that he must not and cannot die until he sees his granddaughter again.

Driven by desperation and his love for his grandfather, Gongchan will do anything to ease his burden. When pointed out by his secretary that Yoorin bears a resemblance to his aunt, Gongchan hatches a plan to pass off Yoorin as his grandfather's long-lost granddaughter whilst he carries on searching for the real one.

Yoorin, who is desperate for money to repay her father's debt, is unwilling to do the job as it involves lying to a dying man, something that she staunchly refuses to do. But when Seol Gongchan desperately begs her and she realizes she is somewhat indebted to him for not bringing her to the police after her little business in his hotel, she caves in and pretends to the long-lost granddaughter.

And so things seem to be going well, with the search for Gongchan's long-lost cousin making progress and perhaps more importantly, the improvement of Gongchan's grandfather's conditions thanks to Yoorin. As Yoorin spends more time with Gongchan's family, she gets showered with the love she never received as a child and finds herself drawn to Gongchan. She finds herself changing from the liar that she once was to a person who tries to tell the truth when she can. But she knows all too well that her one-sided love will never materialize as the difference in social status between Gongchan and herself is too big.

But unknown to her, Gongchan is also slowly being drawn to her
...

24 April 2007

Gemuk sangat kah aku ni.....HUuuuuUUuuu


Kelmarin aku di airport menghantar my dad balik Kuching lepas meeting n urusan dengan Dato' Tufail Mahmud (pasal anaknya nak kahwin bulan 5 ni)... So my dad terkejut plak tgk keadaan aku yang dikatakan "GEMUK".... Aku pun terkejut... Ntahla dah usaha aku menurunkannya...skank ni aku guna Burn Fat... telan pil dan minum... buat aku jadi muak... Selain tu aku banyak kan bergerak tambahan aku ajar tarian... so gunakanla. Then aku cuba nak jogging gak... Hari ni aku cuba kat gym... percubaan je... tapi penat sgt la sampai nak drive balik pun tak larat. Walaubagaimanapun aku akan usahakan juga mcamana nak turunkan badan ni... at least aku turunkan sebelum aku balik Kuching bulan 6 tok.....Tensionnyaa......

20 April 2007

Minggu Takda Rehat .....

Minggu ni memang memenatkan sejak menjadi johan dalam Pesta Muzik minggu lepas... Aku terpaksa bekerja keras membentuk koreografer baru bagi muzik tradisional yang akan dipertandingkan untuk peringkat negeri. Tambahan beban kerja aku bertambah apabila Kejohanan Olahraga akan diadakan dalam 2 minggu ni... So keje makin bertambah dan masa semakin pack giler.... Bayangkan aku kena siapkan surat jemputan dan surat YB Dato' Sothinathan Ahli Parlimen Telok Kemang.... tension ngan semua kertas keje dan aktiviti sampingan... sampaikan dalam minggu ni tiap2 petang balik jam 6 dari sekolah... Alhamdulillah miak aku semua pandai dan cepat belajar step baru untuk tarian baru ni...cuma perlu dimurnikan saja dengan bantuan Sis Noorul dan Kak Sue... Anyway aku kena sediakan step tarian dengan prop saja... Yang paling tension bila aku kena wat padang sama dengan Zam dan Ja.... dahla tak tau apa-apa... jadi tukang angkat tali pun jadilah... di samping tu sempat gak aku menyelit wat latihan tarian senyap-senyap... Curik Tulang kit... Lagipun aku seimbangkan tugas aku yang selalu bertembung antara satu sama lain... Sampai aku demam la semalam... pening ngan keje banyak... Esok laks ada meeting kat sekolah ngan semua ajk... aku SU kenalah datang... Teringat aku kisah aku angin sangat ngan Ja.... Harap dia dah ok... aku pun dah minta maaf ngan dia... tak tahula dia camna... cuma dia jarang dok umah dah... dia dok lepak ngan zam je... maybe kami berdua kena ambil masa untuk berdiam diri dan menenangkan diri masing-masing....

08 April 2007

Waris Jari Hantu...tentang ilmu saka

Sinopsis Waris Jari Hantu
Tina (lakonan Maya Karin) dan Ari (Rusdi Ramli) berkawan baik. Tina merupakan cucu kepada Tok Wan Rimau (Azean Irdawaty) yang sedang mencari waris perempuan untuk menurunkan ilmu sakanya. Harimau saka Tok Wan melindungi keluarga dan pekan Mendekar dari bahaya. Ari pula seorang lelaki lembut yang sering diejek oleh penduduk kampung dengan gelaran Mat Kepit dan Mat Patah. Walaupun begitu, Tina tetap setia berada di sisi Ari dan berharap akan berkahwin dengannya satu hari nanti. Ari memendam rasa luka yang mendalam dengan ejekan-ejekan itu lantas menyembunyikan dirinya dan cuba melupakan realiti yang pahit melalui persahabatan dengan Tina. Tina menjadi pilihan Tok Wan untuk mewarisi harimau saka walaupun dihalang keras oleh ahli keluarga yang lain. Sehinggalah Ari menawarkan dirinya menjadi pengganti Tina. Jari hantu menjadi judul filem kerana kata Shuhaimi, dalam filem itu pewaris saka harimau harus memakai cincin warisan di salah satu jari hantunya. untuk ke laman web waris jari hantu sila klik http://www.warisjarihantu.com/

07 April 2007

Latihan Intensif...

Hari ni aku telah membuat latihan ke atas penari-penari aku yang akan bertanding pada 12 april ni di SMK SDASA PD... Lebih 80% penari aku dapat mengingat step yang telah diajar....cuma tinggal untuk murnikan sahaja... Apa yang aku banggakan ialah mereka cepat menerima ajaran walaupun kadang kala step tu baru diajar...cuma yang kena tahan kenakalan mereka la yang kadang-kadang wat aku hilang sabar gak....

Penonton Pawagam Dirasuk.....

Tepat jam 12 tengah malam 7 haribulan, satu perkara yang membuat kami terkejut dan berasa marah yang amat sangat... Dari jam 9 malam aku, Ja, Zam, Meor, Sis Noorul dan adiknya Anz menunggu jam 1155 untuk menonton filem paling seram di Malaysia... Namun nasib tidak menyebelahi apabila satu insiden yang berlaku di dalam pawagam. Jeritan beberapa pemuda di dalam mengejutkan kami....Ingatkan histeria rupa-rupanya mengamuk pasal cerita Jangan Pandang Belakang tak keluar gambar ketika di tayangkan.... Intro cerita tu punyala seram dengan bacaan ayat-ayat al-Quran membuat bulu roma meremang. Ntah tiba2 je potong stim apabila projektor wayang meletup plak sampai cite yang ditayangkan tak kuar gambar...sore adalah...frust giler cz kena kuar pawagam.... dan amik balik duit... sepatutnya mereka ada simpan spare part untuk mentol projektor tu... ke bangang pihak produksi pawagam buat macam tuh... Siap kena kutuk dek penonton kepada orang yang menyuruh kami angkat kaki dari situ... Anyway aku dan sis Noorul sempat lepak kat kaki tangga sementara menunggu Meor n Zam ambik balik duit tuh... Aura betul cite ni sampai meletup projektor...huhuhuh...yang paling lucu bukan cite tu...last-last tgk penonton laks yang macam kena rasuk....

Jangan Pandang Belakang....Don't look back!

Kisah misteri yang cukup menyeramkan ini mengisahkan seorang pemuda bernama Darma (Pierre Andre) yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya, Rose (Intan Ladynana). Rose telah didapati mati tanpa diketahui punca sebenar. Darma bersama adik kembar Rose bernama Seri (juga lakonan Intan Ladyana) yang cukup mengenali keperibadian Rose cuba mencari jawapannya. Rose yang mereka kenali adalah seorang yang periang dan ceria.

Mereka telah pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan di sana Darma telah menemui sebiji botol. Darma mengambilnya dan membawa pulang botol tersebut. Darma dan Seri mengesyaki sesuatu perkara yang pelik dan aneh berlaku di sebalik kematian Rose. Ramalan mereka dikukuhkan dengan beberapa perkara yang berlaku dan ditemui termasuk imej pada kamera digital Rose yang mereka temui.

Selepas itu, hidup Darma tidak lagi tenteram. Setiap hari dia diganggu oleh ’sesuatu’ dengan gangguan yang amat dahsyat. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas Darma. Hidup Darma berubah kepada seorang yang tidak terurus dan menjejaskan prestasi kerjanya.

Mendengar nasihat Daim (Jalaluddin Hassan) iaitu bos di tempat kerjanya, Darma mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan jiwanya. Peluang itu digunakan oleh Darma untuk berubat di kampung. Di sana, Darma meminta pertolongan ibu saudaranya iaitu Mak Lang (Khatijah Tan). Mak Lang tinggal di kampung bersama anaknya, Lin (Rio Elani) dan ibunya yang juga Opah kepada Darma (Rusminah Sidek) yang sudah nyanyok.

Di kampung, Darma semakin hampir menemui punca kematian Rose tetapi dia dikejutkan dengan satu perkara yang susah untuk diterima oleh akalnya mahu pun Seri. Apakah perkara tersebut dan mampukah Darma keluar dari belengu yang menganggu hidupnya setiap hari?

Segalanya akan terjawab dalam filem ini. Kepada anda semua, walau apapun yang terjadi, sesekali pun JANGAN PANDANG BELAKANG kerana apabila yang mati bertemu yang hidup, segala kemungkinan pasti berlaku!


Info Filem Jangan Pandang Belakang:

1. Filem ini akan menemui penonton di pawagam pada 4 April. Namun, promosi filem ini dibuat 2 bulan sebelum itu.

2. Ramai penggemar filem tertanya-tanya tentang filem ini. termasuklah pengurus panggung yang menganggap filem arahan Ahmad Idham ini sebuah filem seram yang menarik. unik dan menghiburkan berbanding filem seram tempatan lain yang sering menemui penonton. Filem paling seram di Malaysia setakat ini.

3. Pengurusan Metrowealth Movies Production (MMP) yang menerbitkan filem itu sudah mengeluarkan kos tambahan untuk membuat sari kata berbahasa Cina dan Inggeris dalam usaha mereka untuk menarik penonton daripada semua kaum.

4. Jangan Pandang Belakang filem ketiga arahan Ahmad Idham bersama MMP, membariskan pelakon seperti Mohd Pierre Andre, Intan Ladyana, Ruminah Sidek, Rio Elani, Khatijah Tan dan Hafizuddin Fadzil.

05 April 2007

2 hari je Latihan Action Singing .... 3 ????

Wah memang rezekilah bila dapat tau sekolah kami dapat no 3 slepas pertandingan Action Singing....Aku pun tak sangka cz aku mengajar hanya 2 hari je.... Huhuhu...rezekilah namanya... dalam pada ini, aku sertakan gambar-gambar ketika pertandingan...

02 April 2007

Konsert Ketiga kurang menyakinkan...


Konsert minggu ni bertemakan Ketuhanan dan Kemanusiaan... Hari Ahad jam 1.30 ptg... Memandangkan hari sabtu tu ialah Maulidur Rasul...so kira menghormatilah hari yang mulia itu... By the way, secara keseluruhan persembahan agak kureng tidak seperti konsert ke 2. Agak memborinks kan ... hanya segelintir sahaja yang membuat aku melihat sampai persembahan mereka. Anyway aku salute pada Ebi... petang itu adalah hari konsert bagi Ebi apabila mendendangkan lagu Mawi iaitu..al-Jannah.... Fuhhh..terpegun gak aku dengar...anyway mungkin itu hikmahnya dia betul-betul study lagu tu sampai menangis-nangis sepanjang diari akademi...Cuma aku tak puas hati ngan Ogy yg over sangat..... Cuba lah dia nyanyi macam dorang ... agaknya sama aje tahapnya....