Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

08 April 2007

Waris Jari Hantu...tentang ilmu saka

Sinopsis Waris Jari Hantu
Tina (lakonan Maya Karin) dan Ari (Rusdi Ramli) berkawan baik. Tina merupakan cucu kepada Tok Wan Rimau (Azean Irdawaty) yang sedang mencari waris perempuan untuk menurunkan ilmu sakanya. Harimau saka Tok Wan melindungi keluarga dan pekan Mendekar dari bahaya. Ari pula seorang lelaki lembut yang sering diejek oleh penduduk kampung dengan gelaran Mat Kepit dan Mat Patah. Walaupun begitu, Tina tetap setia berada di sisi Ari dan berharap akan berkahwin dengannya satu hari nanti. Ari memendam rasa luka yang mendalam dengan ejekan-ejekan itu lantas menyembunyikan dirinya dan cuba melupakan realiti yang pahit melalui persahabatan dengan Tina. Tina menjadi pilihan Tok Wan untuk mewarisi harimau saka walaupun dihalang keras oleh ahli keluarga yang lain. Sehinggalah Ari menawarkan dirinya menjadi pengganti Tina. Jari hantu menjadi judul filem kerana kata Shuhaimi, dalam filem itu pewaris saka harimau harus memakai cincin warisan di salah satu jari hantunya. untuk ke laman web waris jari hantu sila klik http://www.warisjarihantu.com/

Tiada ulasan: