Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

29 April 2007

Bila CINTA kita ingat kembali

AKu ni kadang-kadang tu boleh jadi sensitif kit bila bercerita tentang kisah cinta lepas... Bukan apa, sesekali tu ada gak teringat kisah lama dengan D... Budak yang aku gelarkan dia masa sekolah di SMK Sg Tapang dolok...Si panjang, Si galah... yang tu la aku ingat masa sekolah dulu... seorang pengawas nakal kat sekolah asyik menyakat orang tak habis-habis... Anyway cite bermula daripada adik angkat lalu berputik menjadi benih cinta akhirnya... 7 tahun agak lama kami berdua berhubungan then tahun ke 5 barula aku bersedia untuk bercinta yang betul-betul... walaupun masa sekolah dulu kira glam gak ler... banyak awek yang meleleh air liur...dan teringat gak aku dikira jual mahal masa sekolah dulu.. tu kisah cinta monyet... anyway kami berdua sering berutus surat sampaila aku start bekerja dan D masuk U kat KL ni... Surat adalah salah satu perhubungan aku dan dia... namun keadaan dan situasi yang dikatakan banyak merenggangkan hubungan kami berdua...bayangkan aku bekerja di Miri di ceruk hutan sana then dia belajar di U kl ni... So kami kurang berkomunikasi.... walhal kami sering berutus surat... Walaubagaimanapun D inilah insan pertama yang betul-betul membuka hatiku untuk menerima cinta... minat dan suka duka dikongsi bersama... tapi panas tidak berpanjangan bila aku mula bertukar tugas di Seremban ni... segala-galanya hancur begitu saja bila dia mula menjauhkan dirinya... dan perlu tahu bahawa aku berpindah ni semata-mata hanya dia... then tiba-tiba sahaja dia break-up ngan aku ni... Then dgr kata, masa tu dia dah ada boy baru... sampai boy dia sms marahkan aku menganggu dia... Aku baru sekali call saja , dia dah marahkan aku....huhuhu controlnya... 3 bulan aku merasa siksa bila perhubungan 7 tahun hancur begitu sahaja....anyway thanks to member n hosemate yang bisa memahami keadaan ku....sewaktu itu...Kini aku kena tabah menghadapi masa mendatang...dan pintu hatiku masih ditutup mana-mana yang bergelar wanita kini.....Adit Chaiyuk, Chaiyuk..Fighting...

Tiada ulasan: