Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

14 Ogos 2007

Adakah aku kuat membebel?

Petang ni , aku balik awal dari main badminton. Saja aku nak rehat malas gak lama-lama di dewan memandangkan mood aku agak kureng kit. Bila mood aku tak elok... mulut aku memang membebel kit. Aku cuma kata sampai bila kain baju dia kat pemidang kat tgh rumah tu nak disimpan. Dia kata aku membebel plak... wah panas betul hati aku... tapi aku cuma diam je malas gak nak balas sebabnya dia tak penah rasa bersalah atau mengalah bila ada apa masalah dia dan aku. Dah bertahun gak aku rasa gitu, tapi aku dapat bersabar...baik gak aku sebab aku jenis ambil tak kisah tetapi sampai bila... Memang betul kata member-member aku dan my dad aku kata boleh ko hidup dengan org Kelantan.... banyak peel nya n susah nak berkompromi. Tapi aku ni jenis suka menyahut cabaran so memang tak kisah.... rupanya beginila cara hidup dengan mereka... Sebab aku membebel tu bukan apa, aku tak sukala rumah bersepah tambah lagi bila baju disidai di ruang tamu... aku cukup pantang bila rumah bersepah... Oklah kalu ada member terbaca blog aku ni... tak kisahla... inila luahan ketidakpuas hati aku.... nak marah ke nak bagitau dia ke atau nak gadoh... aku tak kisahla... yang penting aku puas luahkan dalam blog aku ni...aku pun dah rasa ok ni...ok la tu je rasa tak puas hati saya.

Tiada ulasan: