Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

16 Mei 2007

3 Terbaik d Negeri Sembilan...Pesta Muzik (Tarian Rampaian)













Isnin lalu, 14 Mei merupakan hari yang memenatkan dari jam 900 - 500 petang berada di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah. Aku bertolak bersama budak, Kak Sue, Kakbiah dan GB kesana. Firstly ucapkan terima kasih banyak-banyak kat GB cz belanja sarapan dan makan petang di Ulu Bendul untuk budak tarian aku. Disini sedikit coretan sepanjang pertandingan.
  • Datang awal tapi mula jam 2.30 petang...Kesian tgk miak aku yang terlentok keletihan.
  • Sokongan daripada En Rosli n wifenya, bapa Leen Md Fadzilah, Ketua Kampung, GB cukup membuatkan aku terharu semasa pertandingan ini.
  • Make up miak kali ni adalah paling cantik yang pernah aku buat.
  • Persaingan dengan 8 daerah di Negeri Sembilan ni memang sengit dan hebat. Ku akui kita perlu bersaing hebat.
  • Daerah aku mendapat giliran kedua terakhir iaitu ke 7...
  • Kebanyakkan jurulatih yang menghantar adalah daripada Yayasan Kebudayaan Negeri Sembilan. Hanya aku sebagai guru biasa yang berani menghantar miak hasil ajaran aku sendiri.
  • Semasa Tarian Rampaian Melayu, persembahan miak aku mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton yang melihatnya terutamanya sewaktu tarian zapin Johor.
  • Kipas yang dipegang oleh Aina terjatuh namun dia pandai cover kelemahannya dan kesannya penonton tidak perasan.
  • Aku besemangat bila GB di bawah pentas standing up untuk sekolah kita....HUHUHU terharu....Sempat promotion persembahan itu adalah daripada sekolahnya. Di belakang pentas aku asyik menjerit supaya penari aku senyum dan lenggok patah. Over gak aku masa... gerenti cikgu-cikgu kat belakang tu cop aku jurulatih tarian paling garang macam jurulatih bola sepak je....padahal kebanyakkan jurulatih lain semuanya yang akak-akak....
  • 20 minit masa yang diambil untuk menukar kostum Tarian Etnik. Sampai berebut bilikla dengan sekolah lain.
  • Bermandi peluh didalam bilik persalinan kerna nak cukup masa menyiapkan penari. Kak Biah, Bapa Aleen, Wife Abg Rosli tukang kipas aku yang sibuk mengikat samping dan cucuk sanggul.
  • Melukis corak etnik di bahagian kiri muka penari lelaki... banyak bantuan...wah aku appreciate sekali lagi... UNIK....
  • Sepanjang persembahan tarian etnik , penari aku semuanya menari dengan cantik...
  • Aku hampir pengsan kerana panas di belakang pentas dan tak makan dari pagi tu sewaktu berlari-lari di belakang pentas untuk memastikan alatan tarian disediakan .
  • Sebaik sahaja selesai, aku terus terduduk di bawah dewan...penat...dan terlelap sewaktu ucapan dari PPD Kuala Pilah.
  • Kak Sue sibuk tanya kenapa nama sekolah kita tidak tersebut... namun Leen datang kata sekolah kita tersenarai dalam calon pemenang....
  • Rupanya sekolah kita berjaya menempatkan diri ke 3 daripada 8 buah sekolah untuk peringkat negeri ini... Ada sedikit frust terpancar di muka aku... memang frust pun... ke 2 SK Bandar Baru Serting dan Johan SK Paroi Jaya.
  • Terdengar ura-ura hakim bahawa kalu kami mengekalkan tarian buluh (Melanau) itu gerenti kita boleh pegang Naib Juara atau ke 2
  • Beza 3 mata dengan sek tempat ke 2
  • Pakaian sek aku tidak selengkap dengan sek yang menang . Itu yang menyebabkan kurang sedikit markah dalam bahagian Busana.
  • Namun ramai hakim mengatakan tarian sek kami UNIK dan mempunyai pembukaan dan penutupan yang menarik...satu-satunya sek yang menggunakan teknik sebegitu.
  • Balik makan pada jam 5 di Ulu Bendul....rupa frust memang ada cuma GB dan Abg Rosli asyik pujuk aku je....
  • Keesokkan hari aku terus demam cz frust kot....bila tak dapat wakil ke Sarawak walaupun tempat ke 3. Semua budak kat sekolah suspek Cikgu Iezwan frust terus tak datang ke sekolah....Datang pada Hari Guru keesokkannya....

Tiada ulasan: