Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

13 November 2009

Last aktiviti aku anjurkan seminggu sebelum sekolah bercuti hujung tahun

PERTANDINGAN FUTSALL DAN BOLA JARING ANJURAN UNIT KO-KURIKULUM
SK JIMAH BARU
2009




Futsall
Memang plan aku untuk mengadakan perlawanan futsall antara semua murid sekolah aku. Tambahan dengan adanya pertandingan , serta merta aku dapat tahu bakat dan kebolehan murid-murid aku dari usia yang muda ni... Then daripada ini juga aku membuat pemilihan untuk pertandingan bola sepak pada tahun hadapan nanti... Ini adalah salah satu strategi bagaimana nak meningkatkan unit ko-kurikulum sebagai sebuah unit yang cemerlang pada tahun hadapan. Thanks kepada Jalil dan Zamani dalam merangka kertas kerja dan mengelolakan pertandingan . tidak lupa pada Aidir, Ust Shah dan Nazir yang banyak membantu dalam pengurusan pengadilan dan pemilihan murid dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

*******************************************************************



Bola Jaring
Bola Jaring Sepertimana yang sedia maklum bahawa permainan bola jaring sekolah ini adalah satu program kecemerlangan murid dalam sukan termasuk dalam senarai target aku untuk kecemerlangan sukan menjelang 2012 akan datang ... Untuk tahun 2009 adalah tahun pembentukan dan pengenalan bola jaring kepada murid-murid, namun yang demikian didapati beberapa bintang boleh dilahirkan dan diasahkan berdasarkan prestasi dalam permainan dan skill mereka permainan ini. Tahniah kepada Roshahirah, Aisyah dan Fadzlina kerna memenangi kejuaraan peringkat negeri tempoh hari. Dengan adanya penglibatan sedikit sebanyak membuka mata pada pihak pengurusan bahawa bola jaring adalah permainan berpotensi besar untuk penglibatan dalam permainan ke peringkat negeri tahun hadapan. Insyallah... Walaubagaimanapun tahniah pada Aliyah dan Ika , dua ustazah rock yang sporting yang juga merupakan kawan baik aku walaupun aku selalu melahar mereka berdua... hehehe...







Tiada ulasan: