Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

26 Julai 2009

Al - Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad... sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi dirimu...



Pergi tak kembali itulah pepatah mengatakan bahawa negara kita kehilangan satu-satunya pengarah Malaysia yang berkualiti dan bermutu . Hidupnya penuh liku-liku kehidupan dalam memartabatkan industri perfileman negara kita walaupun di kutuk , dikeji, dihina akan karyanya. Akan tetapi disebalik kecaman masyarakat yang buta filem-filemnya meraih kejayaan di luar sana... begitulah kehidupannya suka duka anak seni yang tak mengenal erti umpatan masyarakat yang dengkikan karyanya yang banyak memaparkan realistik masyarakat Malaysia....budaya dan agama seiring mencapai sebuah karya yang menyatupadukan anak-anak Malaysia.... Aku sendiri tergamam bila mendengar berita dia koma semasa dia membentangkan kertas cadangan kepada Dato Siti dan Dtk K serta Farisha Pawanateh di Media Prima... tp malam tadi Allahyarham menghembuskan nafas terakhir setelah koma selama 3 hari di hospital... Allahyarham dikatakan tidak sedarkan diri setelah selesai pembedahan mengeluarkan darah beku di bahagian otaknya akibat strok. Semoga Allahyarham ditempatkan orang-orang yang beriman dan diselamatkan dari seksaan kubur dan akhirat...Amin.... Semoga karya-karyanya terus diingati dan dijadikan contoh sebagai sebuah filem yang bukannya hipokrit dan memaparkan masyarakat Malaysia yang penuh keharmonian....


Karya-karya hebat Allahyarham Yasmin Ahmad


Filem yang belum sempat ditayangkan di Malaysia

Tiada ulasan: