Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

29 November 2010

Hampeh la ... 2 Alam




Aku pun tak faham camne dia nak target 40 juta ngan cerita dia asyik diulang scene yang sama je kt cerita dia ni... DR dah tak pandai menilai ke mana cerita yang berkualiti dan tidak berkualiti...

Adam adalah anak kepada seorang bekas pelakon bangsawan bernama Zainal. Dia bersahabat baik dengan dua orang temannya iaitu Ishak dan Hassan. Sewaktu kecil Adam adalah seorang kanak-kanak yang sangat petah dan pandai mengaji Al-Quran berbanding dua temannya.

Keranan kecemerlangannya di dalam pelajaran dia akhirnya dihantar untuk meneruskan pengajiannya di London. Manakala teman baiknya Ishak dihantar oleh bapanya di Al-Azhar, Mesir. Hassan di hantar oleh bapanya ke Amerika meneruskan pengajian dalam bidang perundangan. Sewaktu di London, Adam telah melakukan pembedahan menukar jantina selepas terpengaruh dengan budaya songsang barat. Dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang jejaka Inggeris dan meneruskan kehidupan di London sebagai pelakon pentas bagi meneruskan legasi bapanya.

Apabila dia ditinggalkan oleh lelaki Inggeris tersebut Adam telah menukar namanya kepada Amy itu pun kembali ke tanahair untuk memulakan sebuah kehidupan baru. Sekelip mata sahaja Amy menjadi popular kerana Aura dari London yang dibawa bersamanya itu menjadi.

Dia terbabit lagi dengan cinta seorang lelaki bernama Juan Agustin seorang bintang Pop Malaysia yang sangat popular di Taiwan. Saban hari kehidupannya semakin jauh dari Tuhannya sehingga pada suatu hari segala tembelangnya pecah kerana dia dirogol bergilir-gilir oleh 3 lelaki di dalam sebuah ladang getah.

Kini 7 dosa besar yang dilakukannya mula mengejarnya satu persatu akhirnya dia nekad dan menggantungkan diri. Perjalanan jenazah Adam ke kubur adalah satu kembara terakhir seorang manusia yang melakukan 7 dosa besar. Apakah perjalanannya ini hanya seperti membawa seorang bangkai untuk di timbuskan ke dalam perut bumi? Apakah kesukaran yang bakal diterima oleh jenazah yang cukup popular ini?

Bagaimanakan Hj Ishak seorang sahabat baik kepadanya menerima dan menguruskan sahabat baiknya itu pada hari-hari terakhir jasad itu di atas muka bumi? Dimanakah sebenarnya tempat untuk manusia yang tidak tahu membezakan antara sesuatu kekal dan batil akan ditempatkan pada simpanannya sebelum dibangkitkan semula?

Yang pasti sinopsis yang aku dapat ni ada yang takda kena mengena dan tak diceritakan dalam filem nie.... apa da.....

Bolehla aku puji pada DR ni... percubaan yang berani walaupun siap kena kutuk pas kuar pawagam cite ni.... mesej yang disampaikan memang baik dan pengajarannya yg disampaikan mudah diterjemahkan namun kualiti gambar dan jalan cerita membuatkan perjalanan cerita ini umpama syok sendiri.... sedeh....

Lagi satu DR perlu kehendak penonton... ingat penonton bukan hanya mahu membeli tiket untuk melariskan filem ... penonton sekarang inginkan kepuasan dalam menikmati sesuatu filem tersebut... so buat filem ni bukannya satu perniagaan seperti herba-herba dan produk... buat filem adalah sebab tuk menyampaikan mesej dengan berkesan dan berkualiti...

*

Satu bintang yang mampu aku berikan dari 5 bintang yang ada

Komen mengapa aku beri satu bintang je :

1) Pengenalan awal memakan masa yang agak lama...

2) Lagu Amy Search (Salam terakhir) asyik diulang sepatut dalam satu filem boleh ada lebeh kurang 12 muzik yang dijadikan muzik latar dalam sesuatu filem... ini 2 je.... takkan kurang budget kot....

3) Terlalu banyak flash back sampai kiteorang boleh agak selepas ni dan kami tetido sekejap sebab scene yang sama banyak diulang... agaknya 3 hari je boleh siapkan filem ni....

4) Thumb up fo Aaron Aziz sahaja..... kepada watak Amy... wataknya sebagai pondan tu tak menjadi sorry to say... pondan tak jerit macam tu.... dan pondan tak lemah camtu jugak....






Tiada ulasan: