Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

17 Oktober 2008

Kumpulan Sari Tari Mula bergerak aktif semula selepas berehat pada bulan Ramadhan lepas...



Memandangkan beberapa permintaan daripada pihak tertentu , kumpulan Sari Tari mula bergerak aktif semula setelah sebulan berehat pada bulan Ramadhan lepas. Kesungguhan penari-penari aku membuatkan aku bersemangat walaupun aku ada problem dengan housemate aku sendiri sebelum tu.... Anyaway tahniah pada pelapis-pelapis yang baru ku pilih untuk memajukan kumpulan giat budaya aku ini. Dalam bulan ni aku dah ada perancangan tertentu dan membuat satu kareografer baru untuk beberapa jenis tarian yang aku pilih. Antaranya, Tari Silat Melayu, Gambus Jodoh, Yaladan, Hatinya Tak Tahan dan Tarian ULU. Namun yang terdekat aku kena latih penari-penari aku lagu Yaladan dan Gambus Jodoh...memandangkan tarian ini akan dipersembahkan semasa hari perkahwinan adik Zakwan nanti. Walaupun masa dah suntuk, aku yakin penari aku ni mampu mengingati step tarian ini. Chaiyuk Kumpulan Sari Tari... terus mercu di persada kebudayaan Melayu.

Tiada ulasan: