Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

23 Mei 2008

Naib Johan Tarian.... kontroversi di sebalik kemenangan...

Alhamdulillah selesai sudah pertandingan tarian Pesta Muzik 2008 di SMK Bkt Kepayang. Pelbagai jenis gerakan yang dihasilkan oleh 8 buah sekolah rendah yang bertanding namun demikian tidak dapat menandingi sekolah aku yang sudah setahun berlatih untuk mencapai target ke Terengganu peringkat kebangsaan dalam bulan 8 ni. Namun malang tidak diduga keputusan jatuh kepada sekolah tidak sepatutnya johan untuk pertandingan ini iaitu SK Tuanku Besar, Tampin. Ini kerana terdapat banyak kelemahan yang diperolehi semasa sekolah itu membuat persembahan. Ketidakpuasan para penonton , guru besar2, guru2, pelajar SMK dan aku serta penari Sari Tari terpamer di air muka kami... tidak ada sebarang sorakkan daripada kami yang kami hanya mendapat Naib Johan. Seperti kami sudah biasa menerima Naib Johan atau tempat ke2.... kesian pada penari saya yang kecil2 tu asyik tanya kenapa kita boleh kalah walhal tarian kita lebih cantik dari mereka.... bukan sahaja pakaian, aksesori kepala, gerakkan tari, interaksi penari semuanya penari aku tu buat.... Sememangnya memang sekolah aku yang menjadi juara... tetapi atas sebab tertentu markah sekolah aku ditolak... padahal ia adalah benda yang remeh temeh sahaja bukan perkara besar... kalau pendapat aku, adalah lebih baik memperbaiki kelemahan jika kita akan diumumkan sebagai pemenang.... bukan seperti ni kerana ia seolah-olah tidak memberi peluang kepada kami untuk memperbaiki kelemahan sekaligus membawa nafas baru dalam peringkat kebangsaan. Walaubagaimanapun sekolah kami masih mengekalkan sekolah terbaik dalam mengekalkan kemenangan setiap tahun... tidak seperti sekolah SK Tuanku Besar dan SK Sikamat... setiap tahun tidak berjaya mengekalkan kejuaraan dalam top 3. Thats mean we all masih yang terbaik.... harapan dan doa pihak JPNS memilih sekolah kami untuk mewakili Negeri Sembilan dalam Pertandingan Tarian Peringkat Kebangsaan di Terengganu.

Teguran dari Hakim Tarian Sekolah Rendah
1) Pakaian yang tidak sesuai dan tidak more tradisional tulen
Alasannya : Pakaian tradisional nafas baru ... selesa dan senang pergerakkan. Boleh dibaiki jika berjaya masuk peringkat kebangsaan. Budget...lainla sekolah dorang...sponsor banyak... kami sekolah kampung je...

2) Lelaki tidak menari dalam rentak asli
Alasannya : Diakui tidak sedar akan kesalahan itu. Namun boleh dibaiki jika diberi peluang.

3) Ada tarian kotemporari
Alasannya : Sedikit sahaja benda tue.... kalu salah boleh diperbetulkan.

Apa kata penonton yang didengari

1) Sekolah awak lain dari yang lain... Unik...

2) Wah ! Cantiknya baju penari sekolah tue....

3) Sekolah awak berpotensi besar untuk menang pada tahun ni...

4) Kalu berjaya ke Terengganu , eden sanggup cuti 3 hari ikut awak semua ( xGB Cikgu Fadzillah)

5) Suka ngan tarian etnik kumpulan awak... tarian apa tue?

6) Budak lain tak mampu nak buat ala-ala helikopter yang sedang berpusing....

7) Sekolah ni yang akan menang (majoriti murid lain, guru dan GB serta pihak penganjur)

Pendapat orang ramai sekolah SK Tuanku Besar Johan 2008

1) Kesemuanya perempuan.... tak menarik tarian mereka

2) Pakaian tak seragam dan warna yang kureng

3) Kordinasi pergerakkan yang tidak sekata dan berulang-ulang ragamnya

4) Aksesori tersangatla kureng

5) Tarian etniknya berteraburan tidak kosisten... lemah dilihat oleh penonton...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hu,hu,hu maaf kalau aku menyampuk ditengah-tengah kebengangan kau dalam pertandingan tu.
Tapi apa pun aku raselah....Ada satu jer yang menyebabkan sekolah tu juara...sebab aku rasa cara gayanya lebih berimejkan 'negeri sembilan'.
Walaupun aku tak tengok tarian tu tapi cara pemakaian sekolah yang juara tu aku rasa fluent markah hakim banyak kot.
Imej tu penting kan?Ciri2 tradisi tu pun penting gak kan?Mungkin sekolah kau boleh menang kalau kau berada kat negeri lain.
Tapi bagi aku,imej 'minang' memang trademark N9 dan walaupun tarian tu kucar-kacir tapi aku tetap percaya,semangat kenegerian tu pun mempengaruhi judge gak..
He,he,he
Jangan marah..
Next year cuba lagi k.
pzamrud
aka Fairuz Hazami

Tanpa Nama berkata...

OOoooo... Jangan ler serik. Memang kat Swk pun diaorg pentingkan keaslian yang teramat sangat. Salah sket, OUT!! Salah kira/langkah, OUT!! Baju colourful/berkilat/cerah/berfesyen2, OUT!! Pendek kata, scaryyyy...

So kitaorg improve, tanding tarian ASAT, improve.. tup tup, JOHAN KEBANGSAAN! Huhu...

Tapi apa2 pun, memang diakui, setiap pertandingan, citarasa hakim/juri memang lain & takleh dijangka. So, iboh jerak aok deng!