Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

17 Mei 2008

Sesi refleksi kembali tarian yang sedia ada....

Sebagai hakim pertandingan tarian untuk tahun ni... aku banyak wat research pasal jenis-jenis tarian yang ada di Malaysia.... memandangkan pertandingan tarian sering kali menjadi kontroversi setiap tahun. Ada saja pihak yang tidak puas hati.... tak cukup dari tu... surat layang pun ada datang..... so beberapa perkara yang perlu dipertekankan untuk tahun ni...

  • Kategori tarian yang menjadi tanda tanya ialah tarian etnik. Etnik yang dipilih hendaklah berdasarkan etnik yang ada di tanahair kita sendiri.... seperti orang asli, melanau, iban, kenyah, ulu, kedazan, bajau, dan banyak lagi cuma jangan mengambil tarian asal di negara asal contohnya Jawa.... kalu barongan dan kuda kepang diterima kerna di Johor mereka hanya menggunakan tarian itu sahaja.... kalu tarian Jawa asli seperti persembahan Kak Ani Hatinya Tak Tahan adalah tidak digalakkan kerna ia mengambil 100% di Tanah Jawa Sumatra.... that why permarkahan akan ditolak jika tarian ini dipersembahkan.... sebab aku mengatakan begini adalah dahulu org Jawa yang datang ke Tanah Melayu semuanya terdiri daripada beragama ISlam , oleh itu mereka tidak mengamalkan tarian Jawa Asli kerna ia melanggar tatasusila sebagai orang ISlam mereka hanya membawa tarian Kuda Kepang dan Barongan sahaja ke Tanah Melayu ketika itu. Sebab itu, Malaysia tidak mengiktirafkan tarian Jawa itu sebagai tarian etnik Malaysia.
  • Pemilihan lagu juga kena bersesuaian sebagai contoh lagu yang dipersembahkan perlulah lagu yang dicipta sebelum kemerdekaan... jika lagu itu telah dipermodenkan juga diterima tetapi lagu seperti Hati Kama, Cindai, Tandang Bermadah tidak digalakkan kerna ia bukannya ciptaan sebelum merdeka... hati-hati...
  • Pakaian mestilah mengambarkan pakaian tradisional bukannya kotemporari
  • Pergerakkan bunga dan buah tari mestilah asli bukannya pergerakkan moden kotemporari
  • Pergerakkan bunga dan buah tari mestilah tepat dan jitu
  • Pola lantai yang beraneka
  • Interaksi antara penari
  • Bilangan penari di atas pentas....
  • Kesopanan dan kesusilaan penari di atas pentas mengikut jenis tarian yang ditarikan...

Tiada ulasan: