Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

12 Mac 2008

Percutian Singkat 3 hari di Kuching...


Memandangkan dah lama sgt aku tinggalkan cerita dalam blog...aku kenalah cover up apa yang aku alami masa aku balik bercuti baru-baru ni.... Anyway terubat juak aku balit sinun...seeing my famili, old fren and my lovely hometown... banyak perubahan yang ketara... arus pembangunan yang semakin pesat membuatkan Kuching tampak pack ngan manusia dan bangunan pencakar langit tambahan lagi dah banyak lak fly over kat bandar Kuching ya... Dengan menaiki Air Asia tambang murah RM368 pergi dan balik, akhirnya sampai juak aku disana.
Dewan Undangan Negeri.... huhuhu besarnya...

Tambahan demam pilihanraya yang memuncak pada ketika itu, kenalah pada masanya my dad yang bz ngan urusan pilihanraya sampai aku terjebak sama masa malam kira undi di Dewan Suarah Kota Samarahan. BN menang pada malam tu... aku dan my dad dengan Datuk Tuhfail Mahmud melihat kemenangan pada malam tuh yang berpihak kepada Datuk Seri Sulaiman b Taib (anak Taib Mahmud). Dengan tak kena mengena kami semua dikeliling press pada ketika itu menanyakan tentang keputusan election pada malam tu.... aku plak terinterfrem lak.... so wajah aku pun keluar pada warta berita jam 5.30 petang pada hari Ahad berikutnya... lawak kan...

My dad pun berpuas hati dengan perkembangan badan ku yang semakin susut. Kini berat ku sudah mencapai 78 kg. Target 70 kg. tinggal 8 kg lagi... Hari tu 87kg. Chaiyuk Adit!!!!! Sebab tu dia berani bawa aku ke majlis skank... dan introduce pada kenalan dia... My mom pun kata ok... sampai member pun kata aku dah kembali langsing cuma dorang kata jangan kurus sangat...Aku dan Pris.....

Meeting famili pun dah settle... my mom pun dah kenal aku yang suka berfesyen.... so dia pun tak boleh bising dah apa yang aku pakai.... sebab aku dah semakin bijak memakai pakaian mengikut majlis dan waktu yang sesuai... Pasal adik aku....biarla menjadi rahsia.... namun pada petang ak mendapat berita terkejut bahawa adik mengalami kemalangan di jalan Sg Empit....motor ku rosak teruk namun syukur adik saya mengalami kecederaan minor sahaja...

Masa aku tahu adik aku accident aku bersama Man, Khamis, Pris dan An ngah makan dan jalan2 kat Waterfront... Aku terpaksa balik dan diikuti Man dan Khamis sebab dorang tumpang keta aku kat sana. Namun tak jadi aku mencadangkan my dad dan mom cari klinik yang buka pada ketika itu. Mujur Klinik Wan Alwi (klinik dato selalu g) buka pada masa tu... Sempatlah buat rawatan sedikit. Man dan Khamis ikut sekali. Dah wat rawatan adik aku pun dah ok then aku dan man serta khamis singgah Pasar Minggu Satok yang berdekatan dgn tempat tuh.... teman dorang cari alas meja corak Pua KUMBU.
Malam pilihanraya tu memang meriah. Meriah juga di kampung pada masa yang sama memandangkan pada malam ada kenduri kahwin Abg Munir di sebelah rumah... My mom pun terlibat , tambahan malam tu ada bergendang.... my mom feveret show ... Kebetulan pada esok hari aku , man dan Khamis pun ada tgk acara bergendang kat Waterfront... sambil acara bertandak ...wahhh besnya...rasa nak ikut je tapi takut terover lak cz nanti aku kuarkan banyak step menari memandangkan aku ni jurutari kebudayaan....hehehehehe..........
Acara bergendang dan bertandak (menari)