Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

13 Februari 2011

Persediaan Pertandingan Tarian Rampaian Melayu sudah bermula...


Alhamdulillah tahun ni tahun ke 5 aku menyertai pertandingan Tarian Rampaian Melayu dan Etnik untuk tahun 2011.... ada beberapa bulan lagi masa pertandingan akan dijalankan... pelbagai usaha aku buat tuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk tahun ni... memandangkan tahun lepas aku dikalahkan teruk dengan SK Port Dickson yang menang secara tiba-tiba... walaupun kalu kite tgk dalam youtube... tariannya tidakla seberapa yang pernah aku tengok sebelum... walaupun dengan kekalahan itu kami dapat berehat untuk tahun lepas...


2011 kami bangkit semula untuk mendapatkan kembali title JUARA bertahan 3 kali berturut-turut sebelum ini... pelbagai pendekatan aku akan gunakan untuk tahun ini... apa pun semuanya terserah kepada penari-penari aku.... sebagai permulaan aku memaklumkan ujibakat khas untuk anak murid aku yang berminat untuk menyertai pertandingan... akhirnya seramai 22 orang murid terpilih namun hanya 12 orang akan dipilih sekali lagi untuk mendapatkan mereka yang terbaik.... kemudian ditambah lagi 2 orang sebagai simpanan... Khamis lepas aku dah wat pemilihan ... beberapa murid telah tersenarai dalam list aku dan bersedia utk membuat latihan pada kali ini yang dirancang agak ketat dan kena berusaha kuat....



Pemilihan lagu telah dibuat pada hari ini... dah kali ni aku kembali kepada lagu2 basic tapi gempak ngan bunyi gong dan alatan tradisional... Pemilihan agak lama juga memandangkan aku kena melihat dari sudut pemilihan, konsep dan jiwa lagu tersebut... dari jam 12 tengahari hinggala jam 715 petang tadi akhirnya aku memilih...


1) Tarian Selendang Mak Inang
2) Zapin Jerangan Budi

3) Joget Serampang Laut...


Yang pasti tahun ni ... we back to the basic dalam tarian tp more improvement dari segi gerakan dan tari lantai nya.... insyallah... sama2 la mendoakan kejayaan kami untuk tahun ini...

Tiada ulasan: