Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

09 Disember 2009

Sorry beberapa hari tak update!

Beberapa hari kebelakangan ini aku tidak ada peluang untuk menyempurnakan rutin aku di dalam blog ni memandangkan aku menumpukan sepenuh hati dengan exam sem aku di OUM seremban... segalanya aku lupakan termasukla proses menyiapkan gambar wedding member aku di Batu Caves baru-baru ini dan menyiapkan kertas kerja pengurusan pentadbiran unit ko-kurikulum untuk tahun 2010 . Walaubagaimanapun urusan exam sudah selesai petang tadi memandangkan last paper Enviromental Biology adalah subjek kegemaran aku... so mudah untuk aku mengeluarkan idea yang bernas. Dalam pada yang sama aku juga telah menyiapkan organisasi baru untuk tahun baru di bawah unit Ko-kurikulum yang sudah masuk tahun ke4 aku menyandang guru kanan koko. Selepas ini aku dihendaki menyiapkan perancangan strategik dan pelan pembaharuan sukan sekolah serta takwim aktiviti dan pertandingan yang akan diadakan pada tahun hadapan... Insyallah segala kesukaran dalam penyediaan pengurusan baru ini akan dijadikan pembakar semangat untuk terus maju dunia profesion aku.


Tiada ulasan: