Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

28 Oktober 2009

Baby Sulung Zara Creative & Art Production

Tanggal 24 Oktober adalah tarikh keramat bagi pasangan Noorazman dan Rina di dalam satu majlis resepsi ringkas di sebuah masjid di Puchong Jalan Klang Lama... Aku , ZZ and Azly boleh dikatakan orang kuat dalam membantu menyelenggarakan majlis ini walaupun famili Redzuan ada membuat perancangan namun tanpa kami bertiga kesempurnaan majlis tidak dapat di lihat. Tahniahla pada ZARA Creative & Art Production kerana berjaya mengeluarkan produk sulung kami buat julang kalinya hasil kreativiti kami bertiga... tenaga dicurahkan kepada pelamin yang tersergam indah dan sesi photoshoot yang di buat di waktu petang Putrajaya. Tahniah kepada pasangan mempelai semoga bahagia ke anak cucu dan dimurahkan rezeki.



16 Oktober 2009

13 Oktober 2009

Provokasi Sekolah


Ketidakpuasan tindakan kepala sekolah menyebabkan aku semakin bosan untuk hidup di sekolah aku skank... Bayangkan diri dilanda masalah atas orang lain... tetapi diri dipersalahkan manakala orang yang terlibat tiada diberi tindakan apa-apa... gila apa... tu bukan sifat yang boleh aku terima.. maafkan aku jika ni bisa memalukan ketua jabatan aku sendiri dan org kanannya ... bukan untuk mengaibkan tetapi sekadar berkongsi cerita senario lakonan di sekolah aku ni... mengapa sampai kini aku memang tak respect dengan mereka kerana mereka sendiri tidak tahu menilai mana yang benar dan salah malah tindakan yang diambil memang di luar jangkaan dan tidak rasional... atau sekadar menjaga diri sendiri sahaja... anak-anak buah dipersalahkan ... ini lah sikap provoke yang aku lalui sepanjang aku berada di sekolah aku ni... sampai ada masanya aku down giler pasal tegurannya memang betul teguran itu tetapi caranya bagai menusuk ke dalam jantung aku... sampai aku mengatakan aku mulai membenci profession perguruan memandangkan contoh orang di sekeliling mulai menampakkan wajah mereka yang sebenar di sebalik topeng kebaikkan yang mereka tonjolkan.... sedeh kan ... bagaimana aku dapat bekerja dengan cara hidup mereka begini dan kini aku bertambah meluat jika aku melihat mereka... aku citekan bukan kena pada aku tp pada teman-teman aku yang len itu yang membuat aku tak puas hati...

12 Oktober 2009

Going Jalan2 To Melaka after Open House GG

Open house skank ni makin banyak sampai tak tau nak p mana satu... Last2 aku wat keputusan g umah member aku yang rapat kemudian baru g umah jemputan len... malam sebelum nye aku open house kat umah Ustz Ruhaidah pekena nasi dagang... my feveret so malam tu mmg melantak habisan... hanya Ustz Ruhaidah jelah yang mmg sedap masakan Trengganu nye... Then esoknye aku g Melaka kat Selandar umah bes fren aku merangkap PA aku hehehehe.... GG... bertolak jam 3 petang memandangkan aku kena tggu si Wan Besar dan Aliyah... so punyela lama aku menunggu sampai nak tido balik rasanya.... kalu masak kat umah gerenti dah siap... nak je hangin tp selamat la aku ni penyabar... tambahan Azly pun ada so tak dpt nak marah hahahah.... sengalz.... pas open house umah GG... aku, azly, wan besar dan GG plan ke bandar Melaka...Bandar Hilir saja jejalan sambil cuci mata dan wat shoot sepanjang berjalan di Bandar Melaka.... around jam 3 pagi barula aku sampai di rumah di Gadong.... huhuhu... jalan sakan...



09 Oktober 2009


Ni marathon open house Umah Kak Ida ... Kak Semah dan Al'

Open House kat umah Kak Sue... we alls melantak spaggeti kak sue....huh sedap sangat sampai tak ingat dunia.... then selain spaggeti ada juga dihidangkan sate yang di order oleh Kak Sue... masing-masing melahap sampai bercucuk-cucuk la nampaknye.... hehehe.... yang penting kiteorang ingat pada Kak Ruhaidah yang belum datang g....pas makan terus duduk kekenyangan di sofa sempatla juga wat photoshoot tanda kenangan open house untuk tahun ni...


07 Oktober 2009

Boring takda keja ... apa lagi editting la

My Lovely School

Final Fantasy Bagan Lalang Sepang


Shoot kat H&L Enterprise....

GG selaku modelnye... hehehe

Me and Aliyah at Steven Tea Garden

My New Shoot Pic... after berHari Raya


New Collection of Zara Man
RM199.00
Zara Pavillion

06 Oktober 2009

Malaysia - Indonesia


Konflik 2 negara serumpun sebangsa masih tegang apabila isu lagu Terang Bulan adalah milik Indonesia... Rakyat Indonesia masih marah dengan mengatakan Lagu Kebangsaan Malaysia Negaraku 'maling' lagu mereka. Tidak tahu kesahihan akan kebenaran itu tetapi Allah SWT telah menunjukkan bala yang maha dashyat untuk menyuruh umatnya agar sedar akan ketelanjuran mereka... Kita yang telah dikurniakan akal fikiran oleh Nya menyuruh umatnya berfikir sejenak mengapa bala dan hikmah yang diberikan disebalik kejadian yang berlaku... Bersama-samalah berdoa agar lebeh ramai lagi saudara Islam kita di Indonesia terselamat daripada malapetaka gempa bumi di tanahair mereka. Amin....

05 Oktober 2009

Open House... Full setiap hari ada jek...

Lepas raya ingatkan kurangkan kesibukkan tapi banyak plak undangan open house di sekeliling aku ni... nak tak nak kenalah g bagi menjaga hati meka... at least dpt makan percuma cuma kena beringat je... aku dan gg dan tidak ketinggalan wan besar join tis open house... kebanyakkan meka yg wat open house ni kawan-kawan guru gak... so banyak kenal banyakla open house hehehe... Kalu ikutkan minggu ni memang everyday open house... siap bagi jadual plak tuh...hehehehe...

02 Oktober 2009

Berisi Gila

Aku kenalah keja keras untuk dapatkan semula bentuk badan aku yang ideal memandangkan lepas raya ni terus badanku naik mendadak... Antara sebabnya biasalah lepas raya banyak rumah mula buat open house so kenalah attend, tambahan makanan yang disediakan begitu menyelerakan. Kemudian tabiat malas nak bergerak sejak bulan pose dulu masih membellenggu... tu pasal badan asyik naik je... huh tension gak bila suar skinny aku dah tak longgar macam dulu... nak nangis pun ada bila petang tadi shopping

Next week... sibukkan diri dengan latihan tarian memandangkan banyak jemputan daripada orang ramai berkenaan persembahan yang ditarikan. Nak fitkan semula ... sebelum menjadi menggeleber semula...