Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

10 Januari 2009

Goodbye 2008... Welcome 2009




Januari 2008

New Year di Shah ALam...celebrate wit Indra n Lanz in TV3 Carnival....juz g makan-makan n hanging out together then meet Kimz.... then 1st jan also aku decide beli tv lcd plasma samsung..

************************************************

Februari 2008
Bulan yang amat perit kerna aku ditipo oleh seseorang yang aku sayangi selama ni... bukan kali pertama malah kali kedua aku memberi peluang kepadanya. Akhirnya setelah lama aku menderita kerna dia aku memutuskan hubungannya. Tak sangka dia g ke jantan kaberet tue..... Dari itula aku memulakan hidup yang baru ... yang lebey wild and agresif... tekad aku untuk membina imej baru..... 3 month aku merana... walaubagaimanapun kerja mengajar aku tetap diteruskan.

*****************************************



Mac 2008

Aku dalam dunia gelapku... masa ni aku tak menentu sangat memandangkan kisah bulan lepas...anyway aku mula menyibuk diri dengan latihan tarian aku di sekolah aku... aku wat research dan kajian tentang tarian untuk dipertandingkan tahun ni. Dalam sibuk2 tu aku sempat menambahkan koleksi handphone aku....kali ni sony ericsson w910i.

*******************************************



April 2008

Kesibukkan aku dalam latihan tarian membuatkan aku mula melupakan segala pemasalahan dan aku mula membina hidup aku yang baru... New of me.... masa ni banyak dugaan tapi aku menganggap ia sebagai cabaran diri aku. Stronger (britney spear) buatkan aku menjadi lebih kuat dalam menghadapi apa-apa jua keadaan.

Aku mulai menyediakan aksesori dan pakaian budak tarian aku sebelum hari pertandingan semuanya hasil buatan tangan aku sendiri. See all the preparation untuk tahun ni aku sediakan hasil titik peluh aku....huhuhu berjaya juak aku.


Perlawanan Bola Sepak Bwh 12 tahun Peringkat Negeri di SK Dusun Nyiur

*********************************************




Peringkat Daerah Port Dickson SMK SDASA

Mei 2008

Aku kembali dengan penampilan baru dan mula mengorak langkah yang lebey berani... bulan ni merupakan bulan kejayaan aku dalam nyanyian solo , Taza dan kumpulan tarian aku Sari Tari.....smuanya hasil didikan aku dan belajar dari pengalaman... lebey membanggakan Kumpulan Sari Tari menggondol Johan dua kali berturut-turut dan pertama kali sekolah kami memenangi johan petandingan nyanyian solo....



Naib Johan Pertandingan Tarian Melayu dan Johan Pertandingan Tarian Etnik ( Melanau )



Kem Motivasi UPSR di Marin UPM Telok Kemang



Bulan ni aku terpaksa cancel my photoshoot atas kepadatan jadual aku. Sorry bagi pihak Deballz ek....

****************************************




Jun 2008

Persediaan Tarian Jawa untuk Kempori di Bt Kikir....
hanya meraih Naib Johan sahaja di peringkat daerah. Sekali aku design dan buat pakaian sendri dengan design jawa gabungan moden.


Persembahan khas nyanyian untuk Hari Guru Peringkat Negeri .

*************************************************



Ogos 2008

Jamboree N9 di Jelebu....(Jeram Toi)
Johan Kebudayaan Peringkat Negeri.....wakil PD gabungan SMK Lukut, SMT PD, SM Teknik PD, SMK Tanah Merah Site C.



Kembara Berbasikal ke SK Jimah sempena bulan kemerdekaan




Merdeka Runway Sempena Bulan Kemerdekaan



Show Pesta Kompang Kebangsaan



Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk murid tahun 6 (UPSR)

*********************************




September 2008

Bulan pose dah tiba... berbuka pose ngan member memang dah jadi kemestian bila berada di KL.... Chili KLCC dan Pavillion tempat kunjungan kami semua.... sempatla shopping hahhaha
dah lama tak shopping.... masa ni aku tgh mengenali seseorang yang sangat baik.... Takda apa yang dibuat dalam bulan Ramadhan ni.... betul-betul berehat dari segala aktiviti....huhuhu cuma rajin memasak ... biasalah bulan pose mcm2 nak masak.



Majlis Tadarus Al-Quran

***************************




Oktober 2008

Selamat Hari Raya semua.... beraya di Kuching Sarawak lama aku tak balik sana.... banyak perubahan yang ketara termasuklah diriku sendiri totally change especially my image...
Dalam bulan syawal ni aku sibuk ngan rumah terbuka yang sampai tak terkejar dibuatnya.

*******************************




November 2008

Heppy Birthday untuk aku yang pelupa ni.... sebab show makin banyak selepas berehat selama 2 bulan dari kebudayaan....walaupun sibuk ngan exam di sekolah aku tetap meneruskan kegiatan di sekolah aku sampai ke peringkat negeri dan international. Show Hari Anugerah Kokurikulum Cemerlang Port Dickson show terbaik yang pernah Kumpulan Sari Tari mempersembahkan tarian kotemporari Tari Tualang Tiga versi Siti Nurhaliza



MAJLIS RIMUP




Glory Beach Resort...Hari Anugerah Ko-kurikulum 2008



Majlis Kahwin di rumah Cikgu Zakwan



Dance Culturer International Competition....Johor Darul Takzim....pencapaian tertinggi aku tahun ni





The last show for Sari Tari Group.... next year new face were joined this group. Hari Anugerah Sekolah SK Jimah Baru...Thanks to them becoz 3 years give da great names for school.




Kumpulan Sari Tari got second award again.....

************************************



****************************

Disember 2008

At last aku berjaya juga ke sesi photoshoot Deballzz walaupun berkali-kali aku menangguh atas jadual aku yang sentiasa padat. I'm a model now in third agency...




New images in early morning raya haji....





Vacation wit ejalz, wan besar, wan kecil, dan tun - Kelantan Darul Naim




New Year 2009

09 Januari 2009


SEPANG 8 Jan. - AirAsia Bhd. (AirAsia) tidak berhasrat membuka terminal lapangan terbang tambang murah miliknya, KLIA-East di Labu yang dijangka mula dibina selewat-lewatnya Mac ini, kepada mana-mana syarikat penerbangan lain.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes berkata terminal yang dijadualkan siap pada 2010 akan menempatkan operasi dua syarikat penerbangan milik AirAsia iaitu AirAsia dan AirAsia X sahaja.

Beliau berkata: ''KLIA-East diluluskan kerajaan hanya untuk AirAsia sahaja.
Lagipun idea membinanya bukan untuk tujuan perniagaan tetapi memberi kemudahan yang selesa kepada para penumpang,''

Ditanya sama ada AirAsia akan menjadi pemilik LCCT baru itu, Fernandes berkata, setakat ini, AirAsia mempunyai pilihan sama ada memiliki terminal berkenaan ataupun hanya bertindak sebagai penyewa sahaja.

''Kami masih memikirkan perkara itu. Bagaimanapun kami terfikir daripada memiliki KLIA- East adalah lebih baik sekiranya AirAsia menggunakan wang tersebut untuk membeli 12 pesawat A320.

''Bagi saya adalah lebih baik, kami menggunakan wang untuk membeli lebih banyak pesawat atau menambah laluan berbanding memiliki aset (KLIA-East),'' tambah beliau.

Fernandes berkata, pihaknya juga telah menerima beberapa tawaran daripada penyedia dana yang berminat untuk memiliki KLIA-East dan menyewakan kepada AirAsia.

''Kami masih meneliti semua pilihan yang ada dan berharap dapat membuat satu keputusan muktamad dalam dua bulan lagi,'' kata beliau.

Fernandes juga berkata, pihaknya tidak pasti sama ada Sime Darby Bhd. (Sime Darby) akan hanya terlibat dalam pembinaan atau sekadar menjual tanah mahupun hanya memiliki ekuiti dalam KLIA-East.

''Itu semua bergantung kepada kelulusan lembaga pengarah Sime Darby dan saya tidak boleh mengulas lanjut mengenainya,'' kata beliau.

Sebelum ini, Sime Darby dilaporkan akan membina KLIA- East dengan kos RM1.6 juta tidak termasuk harga tanah dan kemudian menjualnya kepada AirAsia.

Berikutan itu, katanya, AirAsia juga telah membuat persediaan sekiranya berlaku sebarang perubahan berhubung urusan pembinaan KLIA-East.

Pada sidang akhbar itu, Fernandes sekali lagi menegaskan bahawa pembinaan terminal LCCT baru itu penting sekali bagi AirAsia dan AirAsia X menjelang 2011 kerana LCCT sedia ada di KLIA hanya mampu menampung 10 juta penumpang berbanding penumpang Airasia kini mencecah 11 juta.

Katanya, AirAsia juga masih mengalami masalah kekurangan dua tempat letak kapal terbang.

Beliau mendakwa operasi AirAsia akan 'hancur' sekiranya kemudahan yang disediakan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) tidak selaras dengan pertumbuhan syarikat penerbangan tambang murah itu.

''Kami tidak boleh memperlahankan pertumbuhan apatah lagi AirAsia sudah membeli kapal-kapal terbang baru,'' ujarnya.


AirAsia akan memiliki 184 buah pesawat termasuk 159 pesawat berbadan kecil dan 25 pesawat berbadan besar menjelang 2013 berbanding Malaysia Airlines System Bhd. (MAS).


Fernandes berkata, syarikat itu mengunjurkan menjelang 2013, penumpang AirAsia dan AirAsia X mencecah 60 juta penumpang setahun, melebihi penumpang SIA.

''Menjelang 2013, AirAsia akan muncul sebagai syarikat penerbangan kedua yang memiliki penumpang terbesar selepas Japan Airlines.

''Tetapi syarikat ini akan menjadi syarikat yang memiliki pesawat terbanyak pada 2030,'' tambahnya.

Tak Tahu nak Join ke tak....berbelah bagi la plak...

Property TV Commercial (Hong Kong)

Usage:
All Electronic media in all Asia for 1yr only.

Dress code:
Woman - Elegant, night dress with high heel shoes and with simple make-up ( light make-up pls, don't colorful )
Man - Mature, dark color suit with jacket and tie and wear leather shoes.

Note: Please bring your passport (photocopy)

Casting Date: January 17, 2009, 11AM @ Deballz.Com Studio
Detail: Contact: 0162175456 (Lin)

Login as a model to join this casting or click here!

(A PRIORITY WILL BE GIVEN TO DEBALLZ.COM MODELS / TALENTS WITH ACTIVE PORTFOLIO.)

06 Januari 2009

Kembali ke sekolah dengan cabaran baru..

Alhamdulillah dah 2 hari sekolah dibuka dengan lancarnya walaupun tahun ni menampakkan pertambahan murid yang mendadak sekaligus membuatkan beberapa perubahan kelas pada tahun ni.... akan datang kelas Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 akan dipecahkan kepada 2 kelas... memandangkan murid sudah melebihi 40 orang....

Dengan bangunan blok sekolah yang baru membuat aku dan guru-guru len bersemangat untuk menaburkan bakti kepada anak-anak bangsa di kampung ini.... dan seperti biasa aku masih memegang Guru Kanan Ko Kurikulum memandangkan belum ada pengganti lagi untuk memegang jawatan ini.... tambah g tahun ni ... aku dapat merasa pejabat aku sendiri di office.... huhuhuhu... alhamdulillah hasil berkat doa dan usaha aku dalam memantapkan profesion aku ni...

Cabaran tahun ini yang betul mengugatkan diri aku ialah kumpulan penari aku skank akan berpecah memandangkan ada yang menarik diri atas permintaan ibu bapa meka.... aku hormati keputusan meka.... walaupun aku sedikit terkilan memandangkan tahun ni adalah kemuncak tarian aku di peringkat negeri. Bulan ni aku akan buat rombakan kumpulan aku dan akan mencari pengganti yang akan memegang status penari KUmpulan Sari Tari aku untuk generasi yang Ke 2.....

Hasrat aku nak pindah ke tempat baru juga harus aku fikirkan memandangkan aku masih study di OUM agak sukar untuk membuat petukaran kelas mengikut negeri nanti...akhirnya aku postpone je la hasrat aku tu..... Skank ni aku dan Ja cadang nak beli motosikal plak memandangkan kami memohon pinjaman komputer riba....ttp duit tu nanti boleh dipusing pusing kan untuk beli motosikal.... mcm melampau laks... tp tu keperluan gak tu....taklama g jadi mat rempit la ke sekolah..... ahaks...

02 Januari 2009


Cantiknye...Bandaraya Miri ya.....thanks to LUaq DomE Blogspot... rindu kamek ngan kenangan sia..... 2002 - 2005

01 Januari 2009

Heppy New Year 2009

Heppy New Year to all my blogger.... to all my sweetest friends...to all my pupils.....


Azam apa tahun ni?

  • Meningkatkan daya keja aku dalam profession aku dengan lebey cemerlang
  • Johan negeri dan layak ke kebangsaan dalam Tarian...
  • Target show dalam modelling
  • memantainkan badan aku dengan fit kan badan aku 74kg 179cm tinggi
  • mohon perpindahan ke tempat untuk memulakan keja dan suasana yang baru
  • mengumpulkan ramai kengkawan
  • to be kind for myself try to solve my attitude problems ...