Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

22 Jun 2011

Teater Mak Yong "Dewa Indera Indera Dewa"

One of my dream akhirnya tercapai juga apabila dari dulu lagi niat dihati ingin membuat persembahan di atas pentas Istana Budaya... Tanggal 17 Jun merupakan tarikh bertuah kerna berjaya merealisasikan impian aku ... berbaloi usaha aku dalam menjalankan latihan selama 3 bulan di bawah bimbingan dan tunjuk ajar Pak Yong negara kita iaitu Cikgu Rosnan Rahman... yang lebeh sedekad mendalami ilmu mak yong ... Pelajar jurusan seni bina dari USM ini begitu mencintai dunia mak yong sehingga tertubuhnya kelas mak yong untuk generasi yang baru ini... Alhamdulillah aku adalah orang yang terlibat sekali dalam kelas bimbingan ini... dan merupakan pelajar batch pertama untuk kelas ini. Namun yang demikian terdapat tulang belakang yang selama ini berdiri di belakang dan menyarankan agar mewujudkan kelas mak yong ini... Beliau adalah bonda yang aku hormati dan segani ... Puan Fatimah Abdullah @ kak hasmah boleh dikatakan sebagai principle dalam kelab ni. dilahirkan dalam keluarga mak yong di kelantan pada 7 ogos 1959, banyak pengalaman dan ilmu2 mak yong dapat di kongsi bersama ahli2 kelab. kak hasmah juga merupakan tenaga pengajar di ASWARA. Kak hasmah pada mulanya nampak seakan2 seorang yang garang dan tegas tetapi sebenarnya beliau seorang yang kelakar dan memang peramah. seronok kenal dengan dia dan boleh dikatakan beliau adalah DIVA mak yong (kau ade?)hehehehehe

My principle : Puan Fatimah Abdullah aka Kak Hasmah


Tenaga pengajar : En Rosnan Rahman aka Che Nan

Berbalik kepada tajuk utama blog aku kali ni... daripada Tarian Mengadap Rebab hingga Barat Anjung aku terlibat dalam seni persembahan teater Mak Yong ini .... Ya Allah aku bersyukur sangat aku adalah salah seorang tenaga dalam menjayakan teater ini... Alhamdulillah... cerita mengisahkan dua beradik anak raja iaitu Dewa Indera dan Indera Dewa yang pergi berburu di dusun lama pusaka peninggalan ayahanda dan bonda mereka. Semasa sedang asyik berburu, Indera terasa amat dahaga . Jadi Dewa Indera telah mengarahkan pengasuhnya pergi mencari air untuk diberi minum kepada adiknya Indera Dewa. Lalu pengasuh ( Peran Tua) pun pergi mendapatkan air di persekitaran dusun dan apabila dibawa pulang air tersebut diberikan kepada Indera Dewa akan tetapi air yang diminum itu dirasakan terlalu hanyir, maka dikerahkan pengasuh untuk membawanya ke tempat air yang diperolehi.

Apabila tiba di lopak air tersebut, baginda berdua ternampak Puteri Selindungan Daun sedang pengsan. Rupanya air yang hanyir itu adalah air mata Puteri Selindungan Daun. Maka bertaruhlah Dewa Indera dan Indera Dewa untuk memikat puteri tersebut yakni Puteri Selindungan Daun akan dimiliki oleh sesiapa yang berjaya memulihkannya dari pengsan. Maka bermulalah pelbagai kisah yang ditempuhi oleh mereka.

Tarian Mengadap Rebab








Aku bangga menjadi salah seorang dari pelajar mak yong...

1 ulasan:

timmy iskandar berkata...

hurm.... cam ade unsur2 cetak rompak je ni... hehehehehe