Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

21 November 2008

Jamboree Antarabangsa JOhor ke 24


Alhamdulillah dah abis da perkhemahan kali ni... walaupun aku skank ni mengalami demam yang teruk untuk kali ini. Aku mewakili kontinjen N9 dapat mengenali beberapa orang pemimpin yang sebelum ni aku kurang mengenali mereka... ada juga yang aku kenal tp jarang tegur dan ada juga yang tak kenal langsung sampai memandang ringan akan kemampuan aku... Tugas aku adalah membawa kotinjen n9 dalam pertandingan kebudayaan dan apa-apa jua aktiviti kebudayaan dalam memperkenalkan N9 kepada umum. Alhamdulillah aku berjaya membawa nama N9 dengan baik walaupun tidak memenangi dalam pertandingan kebudayaan dan hanya sekadar no 2 dalam subcamp tp aku berjaya membuat satu persembahan kebudayaan yang besar dan menggabungkan pemuzik cak lem pong dalam malam pertandingan itu. Satu pencapaian yang besar yang pernah aku buat selama ni. Walaubagaimanapun aku sangat berpuas hati kerna saingan yang begitu hebat dengan negeri-negeri lain pada malam itu. Especially randai yang merupakan suatu tarian yang unik diperkatakan pada malam tu... tahniah untuk diri sendiri. Kemudian aku juga membuat beberapa aktiviti yang melibatkan kebudayaan seperti mainan muzik N9 oleh pemuzik cak lem pong dan bengkel tarian piring dan endang... sambutan adalah amat menggalakkan ....

Tiada ulasan: