Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

25 Februari 2008

I LoVe Beach....sekali lagi kami ke PanTai

Kat sini....aku letakkan pic yang boleh dikatakan menarik bagiku...so lihatla k..

24 Februari 2008

AKtiviti HUjung MinGGu


Semalam aku , indra and Lanz gi Telok Kemang..... dorang plan nak ke sana...mandi laut...aku pun joinla... daripada aku boring dok umah dan menahan ubat duramin aku tu..... better aku ke laut ... dah lama tak mandi laut... sempatla aku amik pic untuk dikongsi bsama.... sorie seksi lak kali ni..hehehe

17 Februari 2008

Aku , Boi, Karl n Indra...Lalalalala Jalan-jalan di PD n Pavilion...






Bila Aku Rasa Bahagia...


Kini aku telah menemui seseorang yang mampu membuatkan aku bahagia dan menjadikan aku lebih semangat.... Love is like a tatoo seperti mana nyanyian Jordan Spark... aku begitu tenang dan menyenangkan...hehehe....tak perlu aku kenang kehidupan yang lepas... juz mulakan hidup baru dengan lebih bermakna...
Luv u Akma.............Muahhhh

14 Februari 2008

Perkara gila aku buat dan aku terfikir nak buat...


  • Menunggu si dia pagi-pagi buta sebelum dia g keje... semata-mata nak antar kad untuk dia... dan ucap Happy Valentine Day...
  • Dari jauh datang semata-mata nak jumpa dia dalam 5 minit je... pelik kan...tapi puas...
  • Nak wat dinner kat tepi tasik..dengan dihiasi candle di sekeliling nya... huhuh da romantic situation
  • Beri kad hasil kreativiti kite sendiri...pasti dia terharu..

09 Februari 2008

Bila Hati Menyintai Tapi Takut Terluka Kembali....

Aku berasa serba salah bila mengenali seseorang .... kerna dia aku dapat meneruskan hidup aku dengan kembali ceria...kerana dia aku merasa diri begitu dihargai dan kerna dia aku mampu melaksanakan tugasan aku dengan baik... dan kerna dia aku telah jatuh hati... Memang benar cinta itu buta. Buta untuk menilai siapa diriku dan dirinya... malah cinta tak memilih sesiapa pun... namun hati ku terus tabah menjalani hidup ini walaupun insan yang teristimewa itu sudah dimiliki oleh orang....Orang yang jauh berada di United Kingdom. Apa yang ku kagumi terhadap dirinya ialah kesetiaan menunggu orang yang disayanginya. Terdetik dalam diriku orang sebeginila yang sepatutnya aku miliki. Tidak seperti cinta-cinta ku yang lepas hanya sekerat jalan sahaja kerna org ketiga dan keegoaan masing-masing. Namun ku tak salah sapa-sapa lama hal ini kerna mungkin belum tiba masanya aku menemui orang yang sebenar-benarnya dalam hidup ku ini.

Kini aku telah membuat keputusan bahawa aku perlu menjauhkan dirinya buat seketika...kerna semakin hari aku bertemu dengannya semakin lama aku semakin menyayangi dirinya... Sakit bila aku memendamkan hati... Aku berbuat demikian adalah untuk mengelakkan diriku terus terluka atas perasaan ku sendiri... kadang kala kawan-kawan ku tak faham akan perasaan ku ini namun dorang banyak bagi aku support dalam permasalahan perasaan ku ini... thanks guys...
walaubagaimanapun dia tetap istimewa dalam hidupku.....

07 Februari 2008

Worried about my sis...

2 hari ini aku masih memikirkan masalah adik dengan famili ku memandangkan dia banyak memberikan masalah dalam famili...aku pun tak tahu nak wat camna... tambahan aku sedeh sangat akan perihal adikku....sampai bila ia harus jadi begini... fikiran ku buntu memikirkan masalah ini.....skank aku hanya memastikan adik aku tidak membuat perkara yang melampau je....Aku sentiasa berdoa agar adik aku berubah untuk dirinya.... untuk kebaikkan dia sendiri dan keluarga kami... memandangkan dia adalah satu-satunya adik perempuan ku... Harapanku moga hati dia terbuka dan meminta maaf pada my mom dan mu dad....hopefull

"Ya Allah, bukakanlah hati adikku ini agar ia menerima cahaya petunjuk atas kesalahan yang telah dia lakukan, ampunilah dirinya agar dia diletakkan dalam golongan muslim yang solehah...Amin"

04 Februari 2008

Kisah aku...Kim, Ajeb dan Pyan...


2 hari aku berada di Kay Ell menghayati hujung minggu yang penuh bermakna…Bermakna sebab apa….huhuhuhu…. pertama aku dapat selesaikan masalah aku dengan Kim…segala yang terkusut aku leraikan pada masa tu…kini aku sudah bebas….aku pun dah semakin kurang perasaan dengannya tambahan aku sudah menganggap dirinya sebagai adik aku je….kedua masa malam minggu tu aku berjumpa dengan Ajeb..nice guys….n so innocent…sayangnya dia dah berpunya dan aku wat keputusan untuk berkawan dengan dia…so cute….huhuhuhu….malam tu aku bermalam dekat rumahnya di Pandan Indah…. Then dalam kebetulan rumah x aku berdekatan kat situ…aku pun sms la dengan dia…dia ajak aku kuar minum then aku cadangkan Ajeb temankan aku malam tuh… teringat aku ngan dia pada masa dulu…argh aku cuba lupakan. Yang ada didepan ku adalah kisah silam aku….keesokkan hari kami bertiga pergi menonton wayang bersama….tgk cite meet the spartan’s….