Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

31 Oktober 2007

Show Situ Sini Sana... Penat Siot


Aktiviti harian aku makin bz ngan aktiviti nyanyi aku ngan band SMK SDSA... lusa aku ada show di PWTC makan malam Perdana Menteri. Barulah aku kenal erti penat bila jadual pack sampai jam11 atau 12 baru aku pulang ke rumah. Walaupun penat... bes gak bila aku buat show sendiri kat pentas... Alhamdulillah rezeki melimpah luah... maybe berkat kesabaran dan usaha aku untuk mecemerlangkan diri sendiri... Skank ni bz ngan open house je... sana sini open house sampai muka aku pun dah macam nasi impit....kembang semacam je... puas gak aku nak shape kan balik... dah la ada show... muka plak kembang semacam... Pic kat atas ni adalah contoh muka aku dah mcm nasi impit yang kena himpit..huhuhuhu............

23 Oktober 2007

Doakan kejayaan Adit Iezwan...


Jumaat 26/10- Pendaftaran akan dibuat pada jam 5 petang. Then pertandingan akan bermula pada jam 8 malam.Pertandingan Lagu Patriotik PSKPP Peringkat Negeri... insyallah andai ada rezeki dapat ke peringkat kebangsaaan di Kelantan. Doakan kejayaan gue...

Sabtu 27/10 - Ada kelas ganti lak.... petang latihan

Ahad 28/10 - Ujian pertengahan semester. Then Kuliah En Danny. Kemudian petang bergegas ke PD ada persembahan semasa pertandingan Bola Baling International kat sana.... Show sampai petang...

Isnin 29/10- Show Malam di Majlis makan malam Guru-guru BEsar di Glory Beach Resort PD....

Jumaat 2/11 - Show Makan Malam Perdana Menteri di PD

Ahad 4 /11 - Show Dinner Glory Beach Resort, PD

24/11 - Show di Istana Sri Menanti


See jadual aku mula penuh ngan aktiviti.

21 Oktober 2007

MY Root Of Famili... Who is my grandma...

Tempoh hari balik beraya sakan ke Kedah... selain bertujuan untuk berjumpa sanak saudara my dad ada misi rupanya.... ingin mengetahui asal sebenar arwah nenek saya Chik binti Hassan. Sedikit sebanyak kamu dapat mengorek beberapa rahsia yang telah disembunyikan oleh mereka...

Nama arwah nenek saya yang sebenar Jariah bt Tengku Hassan hasil perkahwinan Tengku Hassan (Orang Kaya Bijih kat sekitar Perak berketurunan kerabat diraja Perak, berdarah Daeng Marewah (5 bersaudara Bugis) merupakan pembesar di kala itu) dengan Tuk A'ha (tak tahu namanya tp gelarannya tahu). Moyang perempuan saya ni berketurunan Daeng Sedeli dari Acheh ada sangkut paut ngan Raja Haji. Memang cantik pada masa tu... menggunakan kecantikkannya untuk memikat orang-orang kaya... Sebelum dia kahwin ngan Tengku Hassan , dia juga telah berkahwin dengan orang kaya gak iaitu Mat Saleh tetapi tak tahu macamana dia boleh kahwin lagi samada Mat Saleh dah meninggalkan atau tidak sebelum tu... tp anaknya skank ada g...


Sambung lagi cerita , bagaimana nama arwah nenek saya boleh bertukar Chik bt Hassan... DIsebabkan orang perempuan ni jenis tak reti nak sabar akhirnya jadi begini... Tengku Hassan kena balik ke Kuala Kangsar untuk berjumpa dengan kaum keluarga pada masa tu tetapi Tuk A'ha enggan kerana perbezaaan darjat. Akhirnya Tengku Hassan balik seorang ke sana dan berjanji 2 bulan untuk kembali semula ke Titi Serong tempat tinggal Tuk A'ha. Maka tinggallah nenek aku dan moyang perempuan aku. Namun 2 bulan Tengku Hassan tak pulang ke rumah juga sehingga bulan 3 Tuk A'ha melarikan diri bersama orang-orangnya. Tapi sebelum tu Tengku Hassan telah meninggalkan tanda bahawa anak perempuan tunggalnya iaitu arwah nenek aku Jariah @ Chik bt Tengku Hassan berbentuk keris diraja kebesaran negeri Perak yang menandakan anak tu merupakan kerabat keluarga diraja Perak... (keris tu skank kat tangan Tok Jang yang enggan memulangkan semula keris tu kepada warisnya iaitu mydad)

Lari punya lari.... apabila Tengku Hassan balik dr kotanya dia begitu marah akan tindakan Tuk A'ha melarikan warisnya. Tengku Hassan dan orang-orang berusaha menjejaki mereka berdua.... sampai ketika itu nama asal nenek saya ditukarkan kepada Chik bt Hassan bagi mengaburi itu bukan anak Tengku Hassan. Segala harta Tengku Hassan dibawa bersama. Sebab tu la orang tidak tahu siapa nenek aku sampai kini.... Dulu ada gak orang mencari nenek aku kerna dia waris tunggal Tengku Hassan.

Sewaktu dia melarikan nenek aku, moyang aku sempat berkenalan dengan Tok Taib Semambu yang merupakan moyang atok lelaki aku iaitu Awang. Tetapi arwah Tok Awang merupakan hasil perkahwinan dengan isteri pertama. Kemudian barula Tuk A'ha berkahwin dengan Tok Taib Semambu. Tok Taib Semambu merupakan orang kaya juga pada masa tuh... dia terkenal ngan stail orang kaya zaman dulu penuh duit di tali pinggang besar dia. Dia jenis tak lokek cuma dia seorang yang tegas. Al maklumla dia berketurunan Bugis tulen...

Maka Tok Awang lak berkahwin ngan arwah nenek aku, Chik. Kiranya zaman dulu ramai sangat yang berpoligami... Yang herannya moyang aku ni mcm jenis Sahara gak macam dalam Manja Lara tuh... Suka hati nak kahwin ngan orang kaya... sebab tu dia kena sumpahan dari Tengku Hassan sepanjang hayatnya... Walaupun dia kaya pada ketika itu.... hartanya tidak sampai ke anak cucu cicit dan piut mcm aku ni... Tok Awang aku pun kahwin banyak.. nenek aku bini yang kedua....maka lahirla arwah Pak Long Talib, arwah Pak Cik Hamzah, Pak Lang Hassan, My dad aku dan Pak Su Majid aku. Tetapi dalam 5 adik beradik didapati hanya my dad yang mempunyai ritual kerabat diraja memandangkan macam-macam benda yang berlaku ke atas dirinya...adik-beradik yang lain tidak merasakan hal sebegini.

Kalu difikirkan aku tak percaya bila aku mengetahui hal sebegini. Tetapi aku kena terima bahawa keluarga kami berketurunan kerabat. Skank hanya adik aku je guna nama gelaran kerabat, Puteri Nurfatihah Aisha... waris yang berhak dalam keris tu hanya my dad dan sebenarnya aku pun susah nak terima bahawa aku la waris lelaki yang terakhir dalam cabang root yang ke8.... untuk pengetahuan Sultan Azlan Perak adalah root yang ke2... Besar juga root zaman berzaman ni...Penin dah kepala bila fikir salasilah keluarga yang dah berkurun-kurun lamanya.

16 Oktober 2007

Beraya sakan tahun ni 5 hari 4 malam ... 360*

ALHAMDULILLAH selamat pulang ke Gadong setelah 5 hari berhari raya dengan sanak saudara di sebelah utara dan Pahang... Seronok jumpa ngan kazen yang dah lama tak jumpa walaupun jarak sebenarnya dekat je. Hari pertama kami bergerak Bandar Bahru, Kedah lawat Mak Long dan Pak Lang Hassan, dan Tok Jang ... saja melawat melihat perkembangan mereka sempat sembahyang raya n ziarah kubur arwah nenek Chik dan arwah Pak Long Talib aku... Hari Kedua Raya balik ke Arau rumah member abah ... Non n famili . Jumpa balik member lama aku disana... Zul...dah kahwin rupa-rupanya....huhuhuhu dah da anak g tu.....jumpa g ngan Adam yang semakin ensem walupun masa kecil lagi comot bukan main. We all sekuarga sempat shopping kat Padang Besar.... aku hanya beli beg je (beg lagi....) dan selainnya aku belanja beli baju untuk adik pompuan aku... Kemudian petang tu terus balik ke Permatang Pauh rumah Tok Chik... bermalam di sana.... Pagi raya ke empat terus ke Felda Sertih Bentong Pahang...

Banyak cite yang diperolehi daripada saudara mara belah abah aku ni... 26 / 11 ni kena balik Kedah g cz ada kenduri kahwin Falie...kazen aku... mmm nantila aku rancang nak bawa kawan aku temankan aku disana... Dalam beraya ni tujuan abah balik kampung ni adalah untuk mengumpulkan semua salasilah keluarga nenek aku.... memandangkan sejarah nenek aku pernah keluar semasa bulan merdeka hari tu berkenaan sistem pemerintahan diraja Perak... mengungkaikan segala keturunan nenek aku yang sebenarnya...

Percaya tak berat aku dah turun sebanyak 79kg... dari 84kg.... berita menggembirakan.

12 Oktober 2007

Menjelang pulang ke kampung di Bandar Bahru, Kedah Darul Aman

Wah nampak raya akan menjelang 13 haribulan ni
Suasana ku rasa makin meriah memandang sanak saudara berkumpul bersama

Awal pagi ku bangun bersiap ala vogue ku melangkah laju ke airport menanti ibubapa yang tersayang
Ku cium dan ku peluk tanda kerinduaan selama ni.... sampai jem la org nak kuar dr balai berlepas tadi
Paksu dan famili datang gak sini ... buka pose sama
Then aku bz menyiapkan pakaian ku untuk dibawa pulang ke kampung

Yang menggembirakan aku berat aku dah turun ke 79 kg dari 85 kg .... harapan
ialah 75....chaiyuk Adit...
Anyway Selamat Hari Raya kepada my Blogger.... Wish selamat pulang dan balik berhari raya...
Maaf Zahir Batin...Muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhxxxxxxxxxxxxxx....

Bangga Dengan Anak Malaysia ... Dr Sheikh Muzaffar....

Muka Dr Sheikh yang nervous...........

Semalam adalah detik sejarah negara kita melangkah ke arah kejayaan dalam bidang aeroangkasa... 10 / 10 / 07 merupakan tarikh dimana orang Malaysia pertama meneroka angkasalepas.... apa yang membanggakan aku sendiri...ia membuktikan bahawa orang Malaysia berjaya dalam apa jua bidang... tambahan Dr Sheikh merupakan orang ISlam yang ke 9 meneroka angkasa lepas... Untung sapa yang dapat Dr Sheikh yang masih bujang trang tang tang...huhuhu... doktor HUKM, ada restoren Rebung hasil kongsi ngan Chef Ismail dan model jugak.... huhuhu berjaya betul dia tuh... Ntah napa masa aku tgk dia masa dia belepas ngan roket tu aku bertambah bangga dengan dia.... huhuhu cubalah aku macam dia....(berangan.................)
Bakal bergelar Datuk....bila pulang dr atas nanti...

07 Oktober 2007

Sehari semalam di Kay Ell

Semalam lepas kuliah aku bersiap ke Kay Ell... memandangkan aku berjanji nak buka pose ngan bro aku...Remy... Dengan kepala yang penat asyik berfikir di dalam kelas tadi petang tu aku release kan tension ke Kay Ell. Sebaik saja bro aku sampai , aku dan dia terus bergegas ke KLCC cari tempat berbuka kat sana... Ya Allah ramainya manusia yang dah booking tempat makan kat food court kat atas tu... Last2 g ke Avenue tingkat bawah... mujurla ada tempat kosong g... Aku dan Remy g order tempayaki ... lama tak makan makanan Jepun... menghabis masa berbual-bual ngan remy kat sana then balik rumahnya di Setiawangsa... Malam jam 1.oo g makan lagi kat tempat my bro tuh . Makan nasi lemak ayam.... aku pun dah mula belajar mengurangkan makan terutamanya nasi... huhuhu ... aku dah stat komitmen baru... Apa pendapat kalian aku ni dah chub ke?


Then pagi tadi sambil bro g tempat keje aku pun ikut dia ke Pavilion... baru dibuka tak sampai sebulan pun... huhuhu besnya banyak jenama yang terkenal kat situ... aku sempat g Topman my feveret jenama kalu aku nak cari t-shirt... apa yang membuat aku nak ke butik tu bukan apa... kainnya memang lembut... tak panas kalu dipakai...dan designnya aku suka...exspecially lehernya....contohnya pagi tadi aku pakai baju Topman warna oren aku... aku suka gile pakai baju tu.... Balik dari tu sempat gak aku beli beg galas... menambahkan koleksi beg tangan aku yang semakin banyak.... warna hijau army....

Menambahkan koleksi beg aku dirumah

05 Oktober 2007

Perkara yang paling menggembirakan aku...portfolio aku diterima oleh agensi modelling.....

Semalam adalah member aku Sean...chat ngan dia...dia kata aku ada talent nak ambil bidang modelling...so dia serta kan email ejen yang mencari bakat model baru...dia suruh aku sediakan portfolio yang bergambar... so aku sediakan dan sendkan ke dalam email ejen tu... akhirnya malam tuh aku dapat maklumbalas bahawa portfolio aku diterima... hanya menunggu job yang aku akan terima...Berikut adalah portfolio yang aku hantar...

29 September 2007

Amali Kimia di UniKL MICET , aLOr GaJah

Awal pagi lepas sahur aku g terminal nunggu Shah nak ke UniKL Micet... kat sana kami ada amali kimia ... so hari ni dan esok aku bz ngan amali kimia...kena wat eksperimen tentang bahan-bahan kimia yang merbahaya... campur itu ini lalu jadi apa... pastu kena kira balik apa yang kita campur tuh.. selamat ada member so boleh bincang, buat dan copies hahhahaha.....

Dalam pada hari ni ... aku boleh tertido bila prof ada kat depan aku... malu siot... napala tak dapat control plak hari ni...hampeh... tension gak melayan O2 yang kurang kat dalam otak aku ni... berulang kali aku ke tandas... asyik cuci muka je... mujurla selepas solat zuhur aku sempat tido kat dalam surau.

Then petang aku continue ujikaji aku yang terakhir....H2So4 .... bahaya tuh...asid...then ujikaji aku kejap je...pastu terus balik ikut jalan Rembau....

27 September 2007

Sibuk ngan keja , study dan peribadi...

Dah beberapa hari ni, aku bz ngan keje, studie n peribadi sampai aku nak meluangkan masa nak wat blog pun takda...jadi skank ni aku curi masa nak wat memandangkan tak baik gak aku meninggalkan cerita yang panas suam-suam kuku ni...

Keja
Dari ISnin hingga kini...keje aku banyak sehinggakan membuatkan aku sedikit tension . bukan kerana murid ku yang nakal tapi sebab ada cikgu yang jenis mulut tak berinsurans... yang patut aku kejakan dia.... dah la tua sepatutnya insaf ... kerna mulut jadi binasa... sebab tu banyak bala berlaku ke atas dia... tapi dia tak sedar pun....wahai Biah insafla dikau....bulan pose pun nak wat hal....


Study
Assignment aku belum siap... skank bz cari bahan....Dan terkini aku bz akan bz ngan amali Kimia di UniKL - MICET kat Alor Gajah... Harap kali ni result lebih baik daripada result lepas... Chaiyuk!!!!!!

Peribadi
Aku sibuk deco rumah minggu ni.... sibuk beli langsir... dan mengecat dinding ruang tamu... rumah aku dah nampak mcam dalam Casa Impian lak...setiap petang aku cat dan hias setiap ruang dalam umah aku....tak lama g jadi Eric la aku ni.... memandangkan parent n member nak dtg raya ni so kena cantikkan rumah aku ni

20 September 2007

Pembinaan Sudah Bermula....

Dah seminggu aku berpose menghadapi pelbagai dugaan dan godaan...ahaks... yeke.... dah seminggu gak dah 7 resepi masakan aku buat... pasni tak tahu nak masak apa g... kena fikir dan dapatkan idea dari kakak-kakak kat sekolah la jawabnya... cadang nak wat nasi ayam... tapi masalah periuk kukus lak takda.... pastu teringin lak nak wat Laksa Sarawak dan Umai Ikan Bawal Putih...nafsu makan lah ....kata nak diet .... hahaha...macam-macamla...Budak nakal aku....

Hari ni...aku masih menumpang kasih di kelas tahun 3 aku... aku , mak tiri dan anak-anak aku yang seramai 25 orang tuh....dah 3 hari aku dok situ memandangkan bilik guru sementara takda karen... so daripada aku jadi ayam panggang kat dalam better aku dok kat kelas aku... sempat lah gak aku melihat kerja-kerja pembinaan yang sudah bermula.... macam manager laks aku ni meronda-ronda keliling sekolah... takpa sekurang-kurangnya adalah gak tugas GPK kat sekolah ni... macam Big Momma madah tek...Gila Kuasa...hahahahhahhah......... huhu kawal perasaan bolan pose tuk...Umah Hantu yang aku cakapkan dulu.... dah jadi office laks....hahahahhaha........Pejabat lama yang sedang dirobohkan...Library baru.....Kantin lama nak ditukarkan kantin baruTandas baru.....View satu g office lama dirobohkan....


Al-fatihah kepada adik Nurin Jazlin Jazimin.....mangsa pembunuhan kanak-kanak yang kejam...shit that man who kill this children...Ku doakan Allah SWT memberikan balasan kepadanya...

19 September 2007

Untuk Dia Yang Ku Sayang....S......

Ungu - Kekasih Gelapku

Kumencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tau
Kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Kutahu ku takkan bisa memberikanmu
Waktu yang panjang dalam hidupku


Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang kucari s’lama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku

Haa…hidupku…haa…

Kumencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tau
Kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Hoo..oooo..

Wooooww…
Kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tau
Kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Kekasih gelapku…
Huuu…huu…

16 September 2007

Aku Cuba Melupakan Dirinya namun....... hatiku tak mampu untuk melupuskan segala kenangan dengannya...


Disini tempat aku menamatkan segala permainan cinta yang ku pendamkan selama ini...ternyata aku terpaksa mengundurkan diriku dari hidupnya....demi masa depan dia... aku terpaksa korbankan diriku yang selama ni.... Sedih gak kerna aku terpaksa melupakan perasaan aku terhadap dirinya selama ini... bukan mudah jika aku pendamkan tetapi tak bisa untuk meluahkan perasan ni dihadapannya... Selamat tinggal S.... akan ku lupakan sedikit demi sedikit segala memori kita dua... namun secebis kasih itu tetap menjadi ingatanku terhadapnya... selamanya.

15 September 2007

Saat aku rajin ke dapur....


Dah 3 hari aku berpose.... dah tiga hari juga aku masak untuk berbuka... Dulu aku memang rajin masak tp memandangkan aku ni asyik nak jaga badan je... jadi aku hentikan memasak. Sekarang bulan pose aku mula memasak kembali ... yelah mengisi masa aku nak menunggu waktu berbuka.. better aku masak... Aku dah stat beli barang dapur... bagi memastikan semua barang dapur aku cukup... tak perlu aku mencari...



Skank ni macam-macam harga barangan naik.... aku sempat gak meninjau bazar ramadhan kat depan umah aku... mak oiii... harga mencekik darah betul... kuih tak seberapa tapi harga mahal giler.... tu pasal aku tak mau beli barang makan kat depan umah aku tu... better wat sendiri... skank aku dan ja tgh sibuk cari periuk....periuk kukus...yelah aku ni yang teringin nak masak kuih dan ikan kukus.... dan kalu ada duit lebih boleh aku beli oven.... huhuhuh ntah napa aku semangat nak memasak ni....

Bulan Pose yang menduga...

My new room......
Semalam kami kena berkerja bertungkus lumus memindahkan semua barang office kat pejabat ke tempat office sementara di quarters guru memandangkan kontraktor dah nak mulakan keje pada hari Ahad ni... Bangunan asal akan dirobohkan dan akan digantikan dengan bangunan 4 tingkat. Dijangka siap pada pertengahan tahun hadapan... So kami ni bertungkus lumus mengangkat semua barang yang ada ke atas. Tambahan bulan pose memang penat giler...

10 September 2007

ADIT dah kena tag....haaaaaaaaaaaaa... thanks Mr Green

Apa itu tag? kalau ikut kamus ia seperti main kejar-kejar. Adakah ia bersifat sedemikian? hahaha seriusnya aku. buat pengetahuan semua. aku telah di tag oleh miss Belladonna. Terima kasih miss Belladona sebab tag aku dan pergi melawat blog aku. Mari kita membaca apakah syarat-syarat permainan tag ini:

SYARAT-SYARAT PERMAINAN TAG:
1. Setiap blogger haruslah menyiarkan peraturan-peraturan ini terlebih dahulu.
2. Setiap blogger harus memulakan dengan menyatakan 8 fakta mahupun minat diri mereka sendiri secara rawak.
3. Para blogger yang terkena tag perlu menulis pada blog mereka sendiri tentang 8 perkara tersebut dan menyiarkan semula peraturan-peraturan permainan ini. Di akhir penulisan, anda haruslah memilih 8 orang untuk dikenakan tag dan senaraikan nama mereka.
4. Jangan lupa untuk meninggalkan komen yang menyatakan kepada mereka bahawa mereka telah di tag dan harus membaca blog anda. selamat mencuba.

Tanpa membuang masa, berikut aku senaraikan 8 fakta serta minat mahupun yang sewaktu dengannya mengenai diriku Adit Iezwan

Perlakuan/fakta rawak yang pertama:

Perkara pertama yang terlintas dalam hati aku ialah aku nak pakai apa esok hari kalu berkerja... puas macthing baju kat bilik yang mana sesuai... Cita-cita nak jadi designer tapi beralih pula ke arah pendidikan... anyway i likes all this job to me.... aku boleh berbakti pada anak bangsa saya sendiri dalam membentuk sebuah genarasi yang cemerlang.... Yang penting bila bekerja mesti tip top selaras dengan gaya aku yang tip top jugak .... ahaks.....i love fashions


Perlakuan/ fakta rawak yang kedua:

I love music.... al kinds of music.... asal aku kemana saja, I POD aku mesti ada, takpun lagu dalam handset aku memang sudah sedia ada.... so walau dimana saja aku berada hidup aku tak pernah kesunyian malah ceria sepanjang masa. Skank aku sibuk mendengar album Anuar Zain... album yang baru aku beli semalam.... tgh menghayati lagunya ni...


Perlakuan/ fakta rawak yang ketiga:

Saya sukakan laut dan pantai.... memang tempat feveret aku kalu ada masa. Then kalu ada masalah ia merupakan tempat untuk menenangkan diri. Kalu kat sini... ada masa aku lepak kat Telok Kemang.... walaupun ramai sometimes aku suka tengok gelagat manusia...


Perlakuan/ fakta rawak yang keempat:

Aku ni gila-gila...paling gila menyanyi... dulu cita-cita nak jadi macam Allahyarham Sudirman dan skank nak jadi macam Anuar Zain.... sampai range sore pun stail dia gak.... now saya kira dah jadi penyanyi untuk band di Port Dickson.... show pertama akan dibuat di Putra Jaya masa majlis makan malam PM. Member ada kata ,"Napa tak masuk AF ke, OIM or MI,"..... aku kata takyah la juz suka-suka....


Perlakuan/ fakta rawak yang kelima:

Travelling..... kemana saja destinasi yang ingin ditujui... wah seronok tau.... dengan beg galas aku akan travelling ke tempat orang.... jadi sudah jadi kebiasaan gamble sorang-sorang... naik bas turun bas memang salah satu cara aku jalan-jalan makan angin... huhuhuhu... bes...

Perlakuan/ fakta rawak yang keenam:

Dance..... ada 2 kategori... moden n tradisional.... but memandangkan diriku ni klasik kit.... aku more to tradisional... i love cultural in malaysia... everything u can find here.... skank aku dah menguasai tarian asli, inang, canggung, ngajat, sumazau, joget, endang dan yang paling aku suka ialah zapin.... i love zapin so much..dan aku skank tgh mengajar budak-budak tarian aku...

Perlakuan/ fakta rawak yang ketujuh:

Masakan ibu.... i love her cooking... anything.... kalu balik kampung pasti aku dah lupa rutin diet aku.... sebab badan aku cepat naik kalu aku balik... tapi aku puas makan semua... pastu aku turunkan balik.... kenalah maintain...

Perlakuan/ fakta rawak yang kelapan:

Photography..... i luv it.... gambar sendiri atau situasi or apa-apa je.... merupakan hobi baru ... dah banyak sgt amik pic sendiri....hahahaha... takda keja la tuh.... keja mengeeedit jak bah....

Puas ku menunggu....

Semalam aku menunggu my dad kat KLIA dekat 2 jamla aku nunggu flight dari Jeddah.... lasz2 my mom call my dad delayed balik ke Malaysia 3 hari lagi ... huhu ... puas aku tunggu... Selamat dalam pada masa tu aku nunggu my bes fren... Suffian yang datang ke KL untuk pertandingan sajak n syair peringkat kebangsaan di DBP Kuala Lumpur.... Seronok dapat jumpa dia walaupun aku masih terkejut kerna .... hanya Tuhan saja yang tahu.... heheheh..... His not bad.... Sempat la borak-borak dengan dia... pastu dia terpaksa pergi memandangkan kengkawan dia dah nak cepat berangkat ke tempat penginapan.
Pastu aku balik.... then terus ke Seremban....Gi shopping ... cari baju untuk show nanti .... habis RM600 lebih gak .... macam membazir je.... tapi baju yang aku cari tu memang cantik la.... puas hati cuma kena turunkan badan ni je kalu nak cantik.....

08 September 2007

Kuliah Pertama SEm 4 OUM Seremban


Wah penatla.... baru balik dr kuliah tadi...pas abis g window shopping ngan Shah di JJ n Terminal One.... nak cari neck tie (ala korean) dan vast (japan imej) .... hampeh takda yang menarik... so kena tunggu la ada masa nanti g kat Berjaya Times Square atau LOYat jak bah. Sana banyak pilihan...

Kelas Matematik (Algebra) - Datang lambat tadi.... masuk je terus belajar dengan palak masih penin2 lalat gik... anyway aku dapat catchup sikit je memandangkan mata aku dah stat ngantuk...lecturer asyik bercakap je...takda take 5 langsung.....

Kelas Kimia Organik - Pensyarah tak da la plak... ni la buat susahkan orang je bila ditangguh ke mggu depan... jadual dah disusun so ikutla jadual tu.... kalo dia wat mggu depan, aku tak dapat dtg cz ada keje lain plak

Kelas Mikrobio - Encik Danny yang kiut tu masih g jadi lecturer kami... so kami belajar awal cz lec kimia takda. Belajar ttg bakteria dan virus..... so nampaknya kena wat reference ttg apa yang dia diberi tadi... bincang dalam online nanti...

Hari yang menenangkan bila kembali ke sekolah...

Hari Khamis 6 hari bulan aku kembali ke sekolah setelah dekat 3 minggu ku tinggalkan.... banyak benda yang berubah bila aku menjejakkan kakiku semula di sana.... Dengan imej baru yang aku bawa, aku banyak membuka mata warga sekolah aku disana.... malah mereka turut hairan perubahan imej aku yang seterusnya. Tambahan miak tahun 3 aku bertambah heran melihat penampilan aku... dekat 20 minit aku di dalam kelas mereka terdiam malah aku pun berasa heran.... Malah beberapa guru melihat perubahan diriku yang ketara. Bukan apa kan aku dah kata setiap cuti semester aku akan muncul dengan imej baru... so benda ni biasa bagi aku ... bila aku fikirkan balik pagi tu... memang melucukan....hahahahahaha...........

02 September 2007

Demam aje 2 3 hari ni....waaa....tak larat da...

Dari balik tarian hari tu badan aku dah tak sedap badan memandangkan kerja aku bertindih-tindih tambahan no time to rest.... tension gak... sampaila aku jatuh sakit... sakit aku bertambah teruk bila aku g Kay Ell berjumpa ngan member special aku.... aku dan indra lepak kat KLCC sambil2 tu date.... malam lepas balik dr klub badan aku terus sakit...sehingga kini.... mujur ada member yang betul2 baik baik hati jaga aku sampai hari ni.... kesian dia cz jaga aku ni anyway thanks to kim.... keja banyak tergendala memandangkan sakit aku ni menangguh segala keje... harap esok demam aku dah kebah....dan yang paling bes.... aku pun dah potong rambut kesayangan aku ni.....huhuhuhu sayang gak... tapi nak wat camna g.... rimas je....takpala dah lama tak wat rambut pendekHantar Kim pulang huhuhuhu....
My old hair......lovely hair but.....now im change..... rambut pendek lak...