Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

28 Disember 2010

New Year 2011... Hampa...

2009 - Alone
2010 - Alone
2011 - and be alone again....

i hope someone i love can celebrate tis year together.. but again i will be alone again...

25 Disember 2010

Sesuci CintaMu.... Khairul & Ain


Shooting Siri Awan Dania




Syukuran atas diberi peluang dalam siri Awan Dania Musim Ke3 ini... alhamdulillah peluang kedua yang diberikan mmg gembira sangat... Aku berharap selepas ni lebeh banyak rezeki aku dalam bidang ini... Alhamdulillah


20 Disember 2010

Hubungan kite dipenuhi dugaan bersabarla..

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kina
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta
Masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan

FB aku kena HACKED org dengki

Kesal dengan sikap manusia yang tak bertanggungjawab mencerobohi facebook aku "Iezwan Malek" ... dasar orang yang berguna dan tak pernah makan ajar oleh ibu bapa... statement yang menghina itu dibuat pada jam antara pukul 4 - 6.30 ptg semalam... mendukacitanye 21 orang dah baca dan aku kena menerangkan semula apa yang telah berlaku... aku rasa aku kenal siapa dalang disebalik kejadian ini... bukan nk menuduh ttp naluri hati aku berkata orang yang beselindung di sebalik Rhofeq itu la puncanya... Personal Assistant yang mengaku dia artis pelakon dan model Malaysia ni... siapa agaknya... takpa Malaysia tak besar sangat satu hari pecah tembelangnya... kalu dia PA pada si Feq ni ... napa nk cover nama, muka dia.... nampak sangat dia menyembunyikan dirinya... takut dan pengecut... kalu dia artis napala nak PA Feq pula... agaknya dia pun dah tak laku dah lakonan dia... ke hulu ke hilir bawa feq sampai FB dan phone number pun di jaga rapi.... hingga privasi diri Feq takda... sian... jaga orang mcm tu...seeeeeeeeeeedeeeeeeeeeeeeehhhh kenal orang mcm tuh...

16 Disember 2010

Drama Bersiri : Alauddin



Thanks to Jebat Talent memberi peluang kepada diri aku untuk mengembangkan bakat aku dalam bidang lakonan pula.... sedikit pic semasa shooting dijalan di Sungai Buloh







Coretan memori aku dengannya

"Hidup hanya satu saja yang boleh mengubah hidup awak.... usaha , usaha dan usaha jika ingin mengubah keadaan famili awak. Pelajaran la yang no satu dalam hidup ni. tanpa pelajaran hidup kite tidak berubah... buktikan pada orang kampung awak, bhw awak bukan selemah dan senang dipijak sesuka hati .... dah jgn nangis.... abg ttp disisi dan menyokong hidup xxx spjg kite bersama...."


teringat kata2 dan situasi memilukan yang menyaksikan betapa berat kasih syg aku pada my bff aku dahulu dalam perjalanan pulang dr ipoh ... dengan keadaan hujan lebat pada tika itu.... mengiringi kesedehan dia....dan menyapu airmata di pipinya.... masa itula.. aku dah nekad untuk menjaga dirinya walaupun apa jua yang akan berlaku.... dialah satu-satunya nyawa aku yang harus aku jaga... itula niat aku pasang dalam hati aku semasa situasi itu sedang berlaku....

13 Disember 2010

11 Disember 2010

Welcome to New World.... Acting

Alhamdulillah casting pagi semalam berjalan dengan lancar... berbekalkan pengalaman aku sebagai pelakon teater 9 tahun yang lepas... aku melalui sesi casting dengan mudah... skank aku sudah menjadi pelakon di bawah Jebat Talent Entertainment ... sebagai permulaan aku akan bermula sebagai extra sebagai langkah pembelajaran awal... Aku sangat bersyukur kerana di beri peluang untuk menambahkan pengalaman aku dan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan aku yang sentiasa mendoakan dan memberikan sokongan pada aku selama ini....


Isnin ini bermula shooting pertama aku... Lapan Jam ... sebagai extra... kemudian jika rezeki aku ada kemungkinan besar akan muncul dalam Awan Dania , video klip dan akan terlibat dalam AJL akan datang.... doa-doakan la yea....

29 November 2010

Hampeh la ... 2 Alam




Aku pun tak faham camne dia nak target 40 juta ngan cerita dia asyik diulang scene yang sama je kt cerita dia ni... DR dah tak pandai menilai ke mana cerita yang berkualiti dan tidak berkualiti...

Adam adalah anak kepada seorang bekas pelakon bangsawan bernama Zainal. Dia bersahabat baik dengan dua orang temannya iaitu Ishak dan Hassan. Sewaktu kecil Adam adalah seorang kanak-kanak yang sangat petah dan pandai mengaji Al-Quran berbanding dua temannya.

Keranan kecemerlangannya di dalam pelajaran dia akhirnya dihantar untuk meneruskan pengajiannya di London. Manakala teman baiknya Ishak dihantar oleh bapanya di Al-Azhar, Mesir. Hassan di hantar oleh bapanya ke Amerika meneruskan pengajian dalam bidang perundangan. Sewaktu di London, Adam telah melakukan pembedahan menukar jantina selepas terpengaruh dengan budaya songsang barat. Dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang jejaka Inggeris dan meneruskan kehidupan di London sebagai pelakon pentas bagi meneruskan legasi bapanya.

Apabila dia ditinggalkan oleh lelaki Inggeris tersebut Adam telah menukar namanya kepada Amy itu pun kembali ke tanahair untuk memulakan sebuah kehidupan baru. Sekelip mata sahaja Amy menjadi popular kerana Aura dari London yang dibawa bersamanya itu menjadi.

Dia terbabit lagi dengan cinta seorang lelaki bernama Juan Agustin seorang bintang Pop Malaysia yang sangat popular di Taiwan. Saban hari kehidupannya semakin jauh dari Tuhannya sehingga pada suatu hari segala tembelangnya pecah kerana dia dirogol bergilir-gilir oleh 3 lelaki di dalam sebuah ladang getah.

Kini 7 dosa besar yang dilakukannya mula mengejarnya satu persatu akhirnya dia nekad dan menggantungkan diri. Perjalanan jenazah Adam ke kubur adalah satu kembara terakhir seorang manusia yang melakukan 7 dosa besar. Apakah perjalanannya ini hanya seperti membawa seorang bangkai untuk di timbuskan ke dalam perut bumi? Apakah kesukaran yang bakal diterima oleh jenazah yang cukup popular ini?

Bagaimanakan Hj Ishak seorang sahabat baik kepadanya menerima dan menguruskan sahabat baiknya itu pada hari-hari terakhir jasad itu di atas muka bumi? Dimanakah sebenarnya tempat untuk manusia yang tidak tahu membezakan antara sesuatu kekal dan batil akan ditempatkan pada simpanannya sebelum dibangkitkan semula?

Yang pasti sinopsis yang aku dapat ni ada yang takda kena mengena dan tak diceritakan dalam filem nie.... apa da.....

Bolehla aku puji pada DR ni... percubaan yang berani walaupun siap kena kutuk pas kuar pawagam cite ni.... mesej yang disampaikan memang baik dan pengajarannya yg disampaikan mudah diterjemahkan namun kualiti gambar dan jalan cerita membuatkan perjalanan cerita ini umpama syok sendiri.... sedeh....

Lagi satu DR perlu kehendak penonton... ingat penonton bukan hanya mahu membeli tiket untuk melariskan filem ... penonton sekarang inginkan kepuasan dalam menikmati sesuatu filem tersebut... so buat filem ni bukannya satu perniagaan seperti herba-herba dan produk... buat filem adalah sebab tuk menyampaikan mesej dengan berkesan dan berkualiti...

*

Satu bintang yang mampu aku berikan dari 5 bintang yang ada

Komen mengapa aku beri satu bintang je :

1) Pengenalan awal memakan masa yang agak lama...

2) Lagu Amy Search (Salam terakhir) asyik diulang sepatut dalam satu filem boleh ada lebeh kurang 12 muzik yang dijadikan muzik latar dalam sesuatu filem... ini 2 je.... takkan kurang budget kot....

3) Terlalu banyak flash back sampai kiteorang boleh agak selepas ni dan kami tetido sekejap sebab scene yang sama banyak diulang... agaknya 3 hari je boleh siapkan filem ni....

4) Thumb up fo Aaron Aziz sahaja..... kepada watak Amy... wataknya sebagai pondan tu tak menjadi sorry to say... pondan tak jerit macam tu.... dan pondan tak lemah camtu jugak....






Akhirnya aku lepaskan semua...



Kenangan bes giler mandi kat Sungai Gabai memang tetap terpahat di dalam minda aku... ketenangan aku alami tak seperti aku alami sebelum ni... disini juga aku lepaskan segala kesedehan dan kemarahan aku simpan dan pendam selama ini... akhirnya terlerai jua semua kepedehan aku... dengan masakan oleh Kak Nora sememangnya melazatkan selera makan aku walaupun aku tahu badan aku naik at least ia bukan halangan aku untuk makan... lepas ni kenala workout kuat2 agar dapat kembalikan Iezwan Malek dahulu... hahahha... Anyaway terubat hati aku dengan menikmati keindahan alam sekeliling yang menghijau... aku rasa tenang sangat... dan lapang... Alhamdulillah... ku mohon dariMu agar aku menjadi lebeh kuat dan semangat selepas ni...


See happy sungguh meka... bes kan jika aku camtu sentiasa... skank alhamdulillah back to normal life now