Skank jadual harian aku semakin padat, siang dan malam ada je jadual aku terisi dengan aktiviti sampingan aku . Memandangkan aku dah tak ajar tahun 6 , kini aku dpt menumpukan perhatian aku pada pasukan Sari Tari aku utk persediaan Pesta Muzik pada 30 April ini... 3 minggu g... Dalam pada masa yang sama aku turut mengajar Sek Tinggi Port Dickson yang pertama kalinya aku mengajar sekolah lain dan akan akan bersaing dengan sekolah kengkawan aku... dan pada masa yang sama lagi aku biziii lak ngan persembahan kebudayaan di SMK Teknik Port Dickson yang akan dibuat pada 6 April 2009 malam di Legend Hotel di Tanjung Gemuk PD. Untuk pengetahuan semua, aku dah banyak kali menolak pelawaan badan organisasi dan sekolah lain yang ingin memohon bantuan pengajaran aku dalam seni tari ni.... Minta maaf pada kalian semua... insyallah aku akan terima pada kemudian hari nanti.... aku terpaksa menolak kerna takut menganggu jadual aku sebagai guru dan 3 buah sekolah yang aku kena train..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan