2.Bridge
Ada org kata tanam gigi. Bridge ( atau jambatan) ini bertujuan menggantikan gigi yang telah tiada tetapi masih lagi mempunyai gigi yang bersebelahan. Seperti jambatan yang mempunyai 2 tiang, bridge memerlukan 2 gigi yang sihat dan tidak bergoyang di antara ruang yang tiada gigi itu.
kebaikan
- sangat selesa, tidak terasa seperti gigi tiruan
- warna gigi sangat lawa dan berkilat seperti gigi asli kerana diperbuat dari porselin
- tidak perlu dicabut
Keburukan
- kena kecilkan gigi bersebelahan
-harganya agak mahal . Biasanya Rm450 ke atas ( bergantung pada klinik yang anda pergi) sebatang. Jadi jika nak gantikan 1 batang gigi, kena campur 2 gigi bersebelahan = 3 batang. Jika nak ganti 2 batang gigi , campur 2 gigi bersebelahan = 4 batang dan seterusnya. Jadi harga bridge biasanya dalam RM1350 ke atas.
- Jika gigi bersebelahan yang menjadi pegangan bridge goyang, bridge boleh tanggal.
-Kena floss dibawah bridge setiap hari untuk memastikan gusi sihat, jika tidak gigi bersebelahan boleh menjadi rosak.
Proses Pembuatan
- Temujanji pertama biasanya agak lama sedikit, lebih kurang satu jam. Warna gigi akan diambil, kemudian acuan gigi diambil. Gigi bersebelahan akan dikecilkan dan acuan gigi baru diambil. Gigi sementara akan disarungkan pada gigi-gigi yang dikecilkan.
- temujanji kedua, bridge boleh disimenkan. Biasanya mengambil masa seminggu sehingga 10 hari bergantung kepada lab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan