Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

10 Januari 2009

Goodbye 2008... Welcome 2009




Januari 2008

New Year di Shah ALam...celebrate wit Indra n Lanz in TV3 Carnival....juz g makan-makan n hanging out together then meet Kimz.... then 1st jan also aku decide beli tv lcd plasma samsung..

************************************************

Februari 2008
Bulan yang amat perit kerna aku ditipo oleh seseorang yang aku sayangi selama ni... bukan kali pertama malah kali kedua aku memberi peluang kepadanya. Akhirnya setelah lama aku menderita kerna dia aku memutuskan hubungannya. Tak sangka dia g ke jantan kaberet tue..... Dari itula aku memulakan hidup yang baru ... yang lebey wild and agresif... tekad aku untuk membina imej baru..... 3 month aku merana... walaubagaimanapun kerja mengajar aku tetap diteruskan.

*****************************************



Mac 2008

Aku dalam dunia gelapku... masa ni aku tak menentu sangat memandangkan kisah bulan lepas...anyway aku mula menyibuk diri dengan latihan tarian aku di sekolah aku... aku wat research dan kajian tentang tarian untuk dipertandingkan tahun ni. Dalam sibuk2 tu aku sempat menambahkan koleksi handphone aku....kali ni sony ericsson w910i.

*******************************************



April 2008

Kesibukkan aku dalam latihan tarian membuatkan aku mula melupakan segala pemasalahan dan aku mula membina hidup aku yang baru... New of me.... masa ni banyak dugaan tapi aku menganggap ia sebagai cabaran diri aku. Stronger (britney spear) buatkan aku menjadi lebih kuat dalam menghadapi apa-apa jua keadaan.

Aku mulai menyediakan aksesori dan pakaian budak tarian aku sebelum hari pertandingan semuanya hasil buatan tangan aku sendiri. See all the preparation untuk tahun ni aku sediakan hasil titik peluh aku....huhuhu berjaya juak aku.


Perlawanan Bola Sepak Bwh 12 tahun Peringkat Negeri di SK Dusun Nyiur

*********************************************




Peringkat Daerah Port Dickson SMK SDASA

Mei 2008

Aku kembali dengan penampilan baru dan mula mengorak langkah yang lebey berani... bulan ni merupakan bulan kejayaan aku dalam nyanyian solo , Taza dan kumpulan tarian aku Sari Tari.....smuanya hasil didikan aku dan belajar dari pengalaman... lebey membanggakan Kumpulan Sari Tari menggondol Johan dua kali berturut-turut dan pertama kali sekolah kami memenangi johan petandingan nyanyian solo....



Naib Johan Pertandingan Tarian Melayu dan Johan Pertandingan Tarian Etnik ( Melanau )



Kem Motivasi UPSR di Marin UPM Telok Kemang



Bulan ni aku terpaksa cancel my photoshoot atas kepadatan jadual aku. Sorry bagi pihak Deballz ek....

****************************************




Jun 2008

Persediaan Tarian Jawa untuk Kempori di Bt Kikir....
hanya meraih Naib Johan sahaja di peringkat daerah. Sekali aku design dan buat pakaian sendri dengan design jawa gabungan moden.


Persembahan khas nyanyian untuk Hari Guru Peringkat Negeri .

*************************************************



Ogos 2008

Jamboree N9 di Jelebu....(Jeram Toi)
Johan Kebudayaan Peringkat Negeri.....wakil PD gabungan SMK Lukut, SMT PD, SM Teknik PD, SMK Tanah Merah Site C.



Kembara Berbasikal ke SK Jimah sempena bulan kemerdekaan




Merdeka Runway Sempena Bulan Kemerdekaan



Show Pesta Kompang Kebangsaan



Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk murid tahun 6 (UPSR)

*********************************




September 2008

Bulan pose dah tiba... berbuka pose ngan member memang dah jadi kemestian bila berada di KL.... Chili KLCC dan Pavillion tempat kunjungan kami semua.... sempatla shopping hahhaha
dah lama tak shopping.... masa ni aku tgh mengenali seseorang yang sangat baik.... Takda apa yang dibuat dalam bulan Ramadhan ni.... betul-betul berehat dari segala aktiviti....huhuhu cuma rajin memasak ... biasalah bulan pose mcm2 nak masak.



Majlis Tadarus Al-Quran

***************************




Oktober 2008

Selamat Hari Raya semua.... beraya di Kuching Sarawak lama aku tak balik sana.... banyak perubahan yang ketara termasuklah diriku sendiri totally change especially my image...
Dalam bulan syawal ni aku sibuk ngan rumah terbuka yang sampai tak terkejar dibuatnya.

*******************************




November 2008

Heppy Birthday untuk aku yang pelupa ni.... sebab show makin banyak selepas berehat selama 2 bulan dari kebudayaan....walaupun sibuk ngan exam di sekolah aku tetap meneruskan kegiatan di sekolah aku sampai ke peringkat negeri dan international. Show Hari Anugerah Kokurikulum Cemerlang Port Dickson show terbaik yang pernah Kumpulan Sari Tari mempersembahkan tarian kotemporari Tari Tualang Tiga versi Siti Nurhaliza



MAJLIS RIMUP




Glory Beach Resort...Hari Anugerah Ko-kurikulum 2008



Majlis Kahwin di rumah Cikgu Zakwan



Dance Culturer International Competition....Johor Darul Takzim....pencapaian tertinggi aku tahun ni





The last show for Sari Tari Group.... next year new face were joined this group. Hari Anugerah Sekolah SK Jimah Baru...Thanks to them becoz 3 years give da great names for school.




Kumpulan Sari Tari got second award again.....

************************************



****************************

Disember 2008

At last aku berjaya juga ke sesi photoshoot Deballzz walaupun berkali-kali aku menangguh atas jadual aku yang sentiasa padat. I'm a model now in third agency...




New images in early morning raya haji....





Vacation wit ejalz, wan besar, wan kecil, dan tun - Kelantan Darul Naim




New Year 2009

Tiada ulasan: