2 malam akhir adalah malam yang mendebarkan bagi aku dan abg din sebab malam pertama abg din dah terbau darah tanda ada *** datang mencari mangsa yang membuang pad (tuala wanita) sesuka hati.... walaupun aku ni lelaki tetapi aku ada gak memesan benda ni agar buang di tempat yang betul. Namun *** tu hanya mengelilingi tapak khemah sampai jam 4 pagi sahaja... mujurla *** tu tak sempat menjumpai mangsa yang dicarinya... abg din kata dia boleh terbau darah kotor tu sampai ke pagi... Pagi tu semua budak pompuan dikumpulkan dan mengumpul semua pad yang telah dipakai dan ditanam di belakang.... Malam terakhir selepas pertandingan kebudayaan dan persembahan liar oleh Seremban Barat Band semua budak PD kena balik awal sebab ada benda nak di beritahu oleh abg din... rupa-rupanye kes semalam tu belum abis g.... tapak khemah kami tu rupanya laluan *** tu... patutla kite je yang asyik kena... malam tu semua budak Pd yang muslim amik wudhu dan non muslim basuh tangan dan kaki dengan air garam... abg din kata *** tu dah tunggu kat depan pintu gerbang kem PD kat atas pokok besar tu.... patutla Paezah selalu kata bila malam jangan pandang atas... bukan pandang belakang... *** sempat bisik kat abg din yang abg din dah tahu awal niat *** tu nak kaco budak kami... abg din kata dia nak pastikan semua anak buahnya berada dalam keadaan selamat . Pada malam tu juga... kontijen Sulawesi salah seorang pramukanya dah terkena histeria.... asal *** tu la kejanya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan