Berakhir sudah Jamboree N9 ke 9 yang diadakan di Ulu Klawang , Jeram Toi Jelebu... anyway aku sangat berpuas hati dengan kotinjen aku iaitu Port Dickson yelah memandangkan aku dah kenal ngan bebudak SMK Teknik so aku takda masalah nak rapat dengan mereka tambah je aku kena join kenal ngan budak sek STPD, SMK Tanah Merah, dan SMK Lukut... Aku ke sana bukannya kena jaga mereka tetapi atas tugas yang diamanahkan untuk mengajar mereka tarian untuk Malam Kebudayaan nanti... Aku masih mengekalkan bebudak laki tarian Jawa aku yang lepas...cuma aku kena cari 5 orang perempuan untuk mencantikkan lagi tarian inang, zapin dan joget aku tuh...
Dengan keadaan muka bumi di situ yang baru diratakan adalah tidak selesa pada mulanya sampai ke tapak khemah di situ... aku yang mulanye pembersih akhirnya comot selama seminggu aku berkampung disana... ngan tanah lembik .... ranting kayu yang bersepah sana sini dan akar yang belum dibuang.... aku harungi juga... tetapi itu adalah challeger bagi aku untuk menguji ketahanan aku . Aku berkongsi khemah Baby... agrh biasala member khemah aku dari dulu lagi...
Tugas pertama aku disana adalah membersihkan kawasan khemah ... mana akar2 kayu yang terjojol tu aku potongnya.... bahaya bagi keselamatan bebudak aku. Tambahan memudahkan lagi budak2 aku memasang khemah mereka nanti... bg cikgu perempuan tugas mereka adalah memasak Fifi la mangsanya... hahahha... aku sempat juga membuat gajet untuk kegunaan masa camping ni... yang lain banyak yang wat dapur, tandas, ampaian, dapur basah, surau manakala aku wat papan kenyataan.... dan budak2 wat pagar dan pintu gerbang... Untuk pengetahuan kotinjen PD adalah yang paling ramai sekali take part dalam jamboree ni.... sampai penuh kawasan khemah PD... akhirnya tak dapat wat menara ... juz pintu gerbang yang sangat simple... huhuhu.... tp cantek...
Malam kebudayaan saringan ... wat julung kalinya aku turut serta menari di dalam pertandingan ini.... aku berani berbuat demikian kerna tiada syarat menetapkan had umor dan penyertaan.... jadi bebasla... malam tu memang meriah sangat la ngan joget zapin dan inang... bebudak pun seronok dan bersemangat bila aku join venture ngan mereka... Dan malam akhir (final) , aku bagi peluang my feveret student iaitu Anuar (Ketum) mengepalai tarian ini.... begitu juga ngan Mizal (Chong) yang suka tersenyum.... dengan busana ciptaan aku... aku serahkan mereka untuk menari dengan cantik pada malam final itu.... Dan pada majlis penutupan tadi , aku merasa gembira sangat bila PD diumumkan Johan pertandingan Malam Kebudayaan.... tak sia-sia bakat yang telah diasah oleh aku untuk mereka.... 2 minggu aku melatih mereka.... bebudak aku meloncat kegembiraan... satu benda yang aku puas bila aku sudah mencapai apa yang sepatutnya...alhamdulillah....Malam Kebudayaan (peringkat saringan) giliran ke8
Perpisahan adalah satu benda lumrah yang biasa ditempuhi... akhirnya hari ni aku dan bebudak aku berpisah.... sedeh la juga dan seminggu rapat bersama... walaupun taraf aku jauh beza ngan mereka tapi ia tidak menjadi penghalang mereka untuk berkawan dengan ku.... tambahan dorang tak panggil aku cikgu iezwan tetapi abang wan... apa yang boleh ku katakan ialah i love them all.... n miss all my cutie student ... simpan dalam hati sebagai sebuah kenangan yang terindah.....kotinjen Port Dickson 2008...Sweet memories wit SMK Teknik PD....
2 ulasan:
I could give my own opinion with your topic that is not boring for me.
sempoi sangat cikgu mcm ni..
havoc giler...
mesti best..
ank muridpun sporting..
Catat Ulasan