its about my carrier , my photography , my modelling and my lovely life ...
Jum, Follow Blog Mereka!
Its All About My Photoshoots
30 Ogos 2008
29 Ogos 2008
Program Aku Yang Terakhir Sebelum Puasa Bermula "Fesyen Merdeka"
Wah penat aku berbalas dengan kepuasan hati setelah aku menutup bulan ni dengan aktiviti aku dan menyambut kedatangan bulan puase ni... Segala-galanya aku siapkan hari ni dengan pantas memandangkan sebelum ni pun aku dan buat cuma perbaiki apa yang kurang je... Seronok melihat anak-anak aku menyarungkan pakaian mereka yang berwarna warni.... yang melambangkan rakyat Malaysia... Malam ni laks giliran aku pula berfesyen... hahaha... nak jumpa kengkawan... lama tak bertemu... Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Kita Malaysia...ke 51... hayatila nilai-nilai patriotik yang ada di sebuah negara yang tercinta ni...
27 Ogos 2008
26 Ogos 2008
Kembara Berbasikal Sempena Bulan Kemerdekaan ke 51
Pagi tadi memang pengalaman yang menyeronokkan memandangkan sekolah aku menganjurkan aktiviti berbasikal sempena bulan kemerdekaan ini... Dengan jarak lebih kurang 10 km dari SK Jimah Baru ke SK Jimah Lama mereka berbasikal ... dan aku mengepalai konvoi berbasikal ini... Sebaik sampai disana kami disambut meriah oleh murid-murid SK Jimah Lama dengan nyanyian selamat datang di depan pintu pagar sekolah mereka... Kemudian acara diteruskan dengan senaman Poco-poco yang memang menjadi kegilaan semua kakitangan kerajaan... aku pun tak tahu napa mereka begitu taksub dengan lagu tu .... then kami juga ada perlawanan futsall a ntara murid dan antara guru... manakala perempuan lak permainan bola jaring.... rehat dan akhirnya ada sesi ceramah oleh pegawai pertahanan awam... berkenaan keselamatan jalan raya....jam 12.00 kami beransur pergi ke sekolah asal...
25 Ogos 2008
Pic sepanjang Majlis Penutupan Pesta Kompang Kebangsaan
22 Ogos 2008
Latihan Terakhir... My Dancer
Pagi jam 9.30 kami bertolak ke SMK Teknik Port Dickson wat rehearsal terakhir di pentas sana... Segala-galanya berjalan dengan lancar sehingga timbul satu konflik iaitu pemilihan jenis tarian dan masalah dengan budak SDASA yang mulutnya memang lancang mulutnye... sapa tak geram bila mulut tak insurans mengatakan penari aku 'bodoh' ... &^%^$$(($#@@+!@!!!..... huhu... aku memang jahat tika tu lalu menikam balik apa yang dia katakan pada my luvly child ... dia ingat dia cantik sangat ke... tergedik-gedik mcm kera makan belacan... perempuan camtu memang patut diajar pun... tension ngan sikap budak tu lalu masa tu gak aku sooooooo budak tuh..... tau menangis.... tau melarikan diri.... sampai time make up pun tak muncul.... tambahan cegu tarian dia pun tak profesional langsung dalam menerima pandangan orang lain..asyik dia je yang betul... haprak la orang tuh...
20 Ogos 2008
Hari yang sangat penat....tido je sepanjang hari.
Hari ni aku terlampau penat sebab separuh hari membuatkan latihan tarian untuk pesta kompang lusa ni... walaupun masalah kewangan sekarang meruncing itu bukan menghalang aku untuk tidak meneruskan latihan dan persembahan pada malam Jumaat ni... dengan persembahan pembukaan dan persembahan tarian inang, zapin dan joget (combine) aku berharap ia akan berjalan dengan lancar.... tarian jawa masih belum mencapai kepuasan lagi memandangkan ada yang masih kurang mahir ... manakala tarian melanau aku berhenti seketika memandangkan buluh berada di SMK Teknik PD dan tarian zapin beradat masih dalam proses mencari step....
19 Ogos 2008
17 Ogos 2008
Langgan:
Catatan (Atom)