Tadi ada la budak datang ... maybe anak jiran sebelah datang berjumpa dengan saya. Tanyakan aku ni cikgu ke. Aku pun mengiyakannya....Budak tu tanyakan ... aku mahu tak buat tuisyen... aku tergamam gak yelah ... anak jiran sebelum ni memang tak pernah bertegur sapa... tiba-tiba hari ni bercakap ngan aku... So aku bagi jawapannya bahawa aku tak boleh buat memandangkan diriku dalam belajar gak... nanti susah nak bagi masa tuisyen, sekolah dan belajar aku. Kang lingkup pointer aku naya aje. So aku tak buatla... aku kena fikirkan keja aku gak... Tambahan takkan aku nak fikirkan P&P di rumah lak... Biasanya aku wat assignment atau keja OUM aku je. Kan sekarang ni semua guru kena wat surat kebenaran dari Guru Besar kalu nak tuisyen. Banyak prosedurnya. Selain tu, gerenti tuisyen wat kat umah aku... dah maklum aku tak suka keadaan kelam kabut dalam rumah ... pasti aku berangin bila rumah bersepah nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan