Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

29 Ogos 2007

Tamat Sudah Latihan Tarian Zapin dan Endang

26 hari tu aku drive ke Tanjung Bidara , Melaka melalui jalan PD Telok Kemang ke Masjid Tanah... Anyway aku bersyukur kerna selamat sampai di sana walaupun aku tak tahu jalannya... perjalanan mengambil masa sejam memandangkan aku risau ngan tayar keta aku yang dah botak... So nak dipendekkan cerita...disana aku menimba ilmu tarian zapin dan endang sebagai langkah persediaan untuk pertandingan tarian yang akan datang... banyak pengalaman dari ajaran yang telah diajar oleh mereka... Thanks to Kak K, Kak Yati yang banyak mengajar step zapin walaupun ia dikira asas... Seronok tgk cegu2 lain yang sama2 belajar walaupun usia berbeza...

Di dalam kursus ni gak aku telah ditawarkan masuk ke dalam Kumpulan Muzik Port Dickson oleh Cegu Abdullah...mulanya tak percaya....rupa-rupanya berdasarkan aku menyanyi karaoke malam sebelum tu ... dia buat keputusan untuk mengambil aku dalam groupnya.. So aku dah pun join that groups then sebagai permulaan aku kena latihan dekat 7 lagu untuk majlis makan malam PM di Putrajaya pada 3 November ni... Antara lagu yang diberi ialah Jerat, Demi Waktu, Salam Terakhir, Janganlah ditanya, Izinkan ku pergi, Kasih dan Beautiful Maria...

Tiada ulasan: