Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

29 Ogos 2007

Tamat Sudah Latihan Tarian Zapin dan Endang

26 hari tu aku drive ke Tanjung Bidara , Melaka melalui jalan PD Telok Kemang ke Masjid Tanah... Anyway aku bersyukur kerna selamat sampai di sana walaupun aku tak tahu jalannya... perjalanan mengambil masa sejam memandangkan aku risau ngan tayar keta aku yang dah botak... So nak dipendekkan cerita...disana aku menimba ilmu tarian zapin dan endang sebagai langkah persediaan untuk pertandingan tarian yang akan datang... banyak pengalaman dari ajaran yang telah diajar oleh mereka... Thanks to Kak K, Kak Yati yang banyak mengajar step zapin walaupun ia dikira asas... Seronok tgk cegu2 lain yang sama2 belajar walaupun usia berbeza...

Di dalam kursus ni gak aku telah ditawarkan masuk ke dalam Kumpulan Muzik Port Dickson oleh Cegu Abdullah...mulanya tak percaya....rupa-rupanya berdasarkan aku menyanyi karaoke malam sebelum tu ... dia buat keputusan untuk mengambil aku dalam groupnya.. So aku dah pun join that groups then sebagai permulaan aku kena latihan dekat 7 lagu untuk majlis makan malam PM di Putrajaya pada 3 November ni... Antara lagu yang diberi ialah Jerat, Demi Waktu, Salam Terakhir, Janganlah ditanya, Izinkan ku pergi, Kasih dan Beautiful Maria...

26 Ogos 2007

Si Lebai Malang.... Putera Serapi bertemu Puteri Santubong.

Sebenarnya perkara memang aku kena ingat sampai bila-bila dengan Indra my friend...Kami dua plan nak ke KLCC petang Sabtu tu. Dengan kata lain, nak guna kemudahan awam la katakan... mcm menyahut seruan kerajaan.... mmm lain plak jadinya bila masalah datang menimpa-nimpa kepada kami. Objektif utama nak cari cermin mata EMpirio Armani....kat butik di KLCC.... sementara Indra mencari mana yang berkenaan , aku plak bertemu dengan awek yang nak berkenalan dengan aku. Namanya Winie... mulanya aku ingan Sharifah Amani sebab mukanya sebiji dengan muka artis popular tu... Kami mula berkenalan, makan dan minum, bergambar , bertukar-tukar no. phone dan kami berdua dapat jumpa lagi next time. Tambahan , aku pun dah mula menyukainya... she not bad. So aku pun mula mendekati dirinya. Aku mula berubah agaknya kot....huhuhuhu...

Sambung pasal aku dan indra .... kamu terlepas tren gara2 nunggu design yang datang lambat...tren kami jam 11 malam so terlepas cam tu je.... lepakla kat mCD diKL Sentral.... lama gak nak fikir cara nak balik...akhirnya kena gak tggu tren paling awal di KL Sentral.... Sementara menunggu pulang kami lepak di La Queen ... borinks gak nak tggu 5 jam di situ.... better g sana... takla bosan sangat... habis tu kami dua berjalan kaki ke KL Sentral dari StarHill.... penat nak mampus berjalan....huhuhuhu....jauh gak..... jam 554 pagi naik tren terus ke Nilai....penat wooo pastu terus sampai di rumah tido dalam 2 jam bertolak pulak ke Tanjung Bidara Melaka untuk kursus jurulatih tarian.

Good Luck to Nafeez ... ari tu tgh beli baju kat Topman ...terserempak ngan dia di kedai tu....rupanya dia keje situ...then tgh tggu result Hero Remaja... dan dia dah mula acting kat TV3 cite "peliknya cinta" akan datang... bukan skank...k...

25 Ogos 2007

Penat tapi bes giler di La Queen, Bukit Bintang


Semalam memang borinks tahap gabban betul dok kat umah... sebenarnya member dah rancang nak g pagi tu lepak kat Kay Ell tapi aku keberatan nak g memandang mcm tak biasala....poyo la pulak. Last-last wat keputusan g sendiri tapi selamat ada Indra temankan aku ni... dia biasalah g sana.. So aku baru first time di KL... jadi baru nak bertapak kat sini... tak tahu sangat... Tapi malam tu memang gempak abisla...dekat 2 jam aku menari... sampai tak sedar kejap sangat kul 3... Lagu diputarkan malam tu mmg bes giler... sampai aku tak fikirla penat dan perut aku yang kosong time tu... Malam tu dapat gak aku jumpa Ween.... kiutla dia.... huhuhuu...sepanjang masa aku menari dengan Indra... sekali sekala tu ada x dia jeles la plak.... menari sorang jelah...huhuhuhu....... aku balik jam 3 pagi menyusur highway yang tenang je , sejuk, ringan and puas sepanjang malam di dunia gelap ini.... huhuhu bahasa.... Jam 5 baru sampai rumah terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzz then jam 8 pagi Ja plak kejutkan aku suruh antar kat komuter labu..... dah skanks tgh baring-baring....

22 Ogos 2007

Aku Boleh Tersenyum Puas.... hari ni nape....

3 perkara yang membuatkan aku tersenyum puas pada hari ni...

1} Pagi tadi , aku amik exam PTK ntah camna aku boleh tersalah sekolah. Ingat SMT PD di PD rupanya SM Teknik PD di Lukut... Confius ngan nama singkatan sekolah. Maka aku pun terlewat 15 minit amik test. Dalam jam 1115 baru aku sampai ke dewan peperiksaan. Aku dengan muka tebal dan tak perasan ramai geng aku lihat aku datang lewat. Aku wat muka selamba je masuk. Then terus aku jawab soalan...yang aku heran sepanjang aku jawab ujian aku boleh tersenyum bukan apa , teringat pasal kelewatan dan soalan yang aku jawab berkenaan jawatan aku GPK Kokurikulum so agak senang bagi aku. Sebab banyak soalan berkaitan dengan tugas aku. Hehehehe... dalam aku tersenyum tak sedar la Meor rupanya dok belakang aku dan Sharil , Fifi n Nuar depan aku. Abe lak dari tadi jeling dari jauh.... nape si Iezwan ni...

2} CD tarian aku dah siap... aku kena cari g banyak koleksi lagu untuk tarian. Sempat aku burn lagi masa nak nunggu my dad datang... Aku pun dah plan bahawa tahun depan wat lebih baik... maka cadangan aku nak wat latihan di City Park di pentas sana... motifnya nak biasakan anak murid aku dengan org ramai yang tidak dikenali.

3} My dad datang ... at least lepas rindu aku ngan famili. Walaupun kadang kala aku memang tak rapat dengan my dad tapi sedikit sebanyak aku terasa gak jika dia tiada... so kami menghabiskan masa di restoren dan book store... dia kata nak cari buku mengenai umrah... so aku tolong dia carikan... dia ikut umrah pakej ekskutif dengan Dato' Tufail Mahmud.... kawan baiknya... huhuhu.... sometimes aku marah gak ngan kawannya, sometimes ok lah jugak.... huhuhu . Hari ni aku macam puas je walaupun hari aku dah sengkek ngan duit tapi takpa esok dah gaji....yeaaaa............
My Ikon Hero...heheheh

21 Ogos 2007

Tuisyen ?

Tadi ada la budak datang ... maybe anak jiran sebelah datang berjumpa dengan saya. Tanyakan aku ni cikgu ke. Aku pun mengiyakannya....Budak tu tanyakan ... aku mahu tak buat tuisyen... aku tergamam gak yelah ... anak jiran sebelum ni memang tak pernah bertegur sapa... tiba-tiba hari ni bercakap ngan aku... So aku bagi jawapannya bahawa aku tak boleh buat memandangkan diriku dalam belajar gak... nanti susah nak bagi masa tuisyen, sekolah dan belajar aku. Kang lingkup pointer aku naya aje. So aku tak buatla... aku kena fikirkan keja aku gak... Tambahan takkan aku nak fikirkan P&P di rumah lak... Biasanya aku wat assignment atau keja OUM aku je. Kan sekarang ni semua guru kena wat surat kebenaran dari Guru Besar kalu nak tuisyen. Banyak prosedurnya. Selain tu, gerenti tuisyen wat kat umah aku... dah maklum aku tak suka keadaan kelam kabut dalam rumah ... pasti aku berangin bila rumah bersepah nanti.

15 Ogos 2007

Doakan Kejayaan Mereka... ESOK!!!










Esok adalah hari wakil Dikir Barat Bahasa Arab sekolah aku akan bertanding peringkat negeri di Tampin, N9. So doakan kejayaan mereka. Bes gak lagu dikir barat dalam bahasa Arab... Tahniah pada Aleeya n Atiqah mengajar mereka. Tambahan tahun ni sekolah aku ni banyak betul sampai peringkat daerah dan negeri... contoh paling dekat ialah Tarian aku gak... ke 3 terbaik d N9....huhuhu bangganya bila hasil sendiri menunjukkan prestasi yang cemerlang...

14 Ogos 2007

Adakah aku kuat membebel?

Petang ni , aku balik awal dari main badminton. Saja aku nak rehat malas gak lama-lama di dewan memandangkan mood aku agak kureng kit. Bila mood aku tak elok... mulut aku memang membebel kit. Aku cuma kata sampai bila kain baju dia kat pemidang kat tgh rumah tu nak disimpan. Dia kata aku membebel plak... wah panas betul hati aku... tapi aku cuma diam je malas gak nak balas sebabnya dia tak penah rasa bersalah atau mengalah bila ada apa masalah dia dan aku. Dah bertahun gak aku rasa gitu, tapi aku dapat bersabar...baik gak aku sebab aku jenis ambil tak kisah tetapi sampai bila... Memang betul kata member-member aku dan my dad aku kata boleh ko hidup dengan org Kelantan.... banyak peel nya n susah nak berkompromi. Tapi aku ni jenis suka menyahut cabaran so memang tak kisah.... rupanya beginila cara hidup dengan mereka... Sebab aku membebel tu bukan apa, aku tak sukala rumah bersepah tambah lagi bila baju disidai di ruang tamu... aku cukup pantang bila rumah bersepah... Oklah kalu ada member terbaca blog aku ni... tak kisahla... inila luahan ketidakpuas hati aku.... nak marah ke nak bagitau dia ke atau nak gadoh... aku tak kisahla... yang penting aku puas luahkan dalam blog aku ni...aku pun dah rasa ok ni...ok la tu je rasa tak puas hati saya.

Bila Puan Hajah Kalsom datang ke sekolah....

Hari ISniN hari tu adalah hari yang bz dan banyak keja yang kena buat... memandangkan Pegawai Pelajaran Port Dickson datang melawat ke sekolah pada hari tu... Bukan calang-calang yang datang... bos plak yang datang... Datang dengan bertujuan... Tujuan untuk memantau perkembangan kurikulum di sekolah aku... Pening gak lihat Guru Besar pada hari tu, ke hulu ke hilir bila melihat bos dari PPD tu check segala berkenaan kurikulum di sekolah aku tu. Banyak perkara yang dilihat di dalam.. Banyak kelemahan yang diperoleh setelah boss besar datang ke sekolah. Antara paling teruk kena ialah Kak Biah... mengenai pengurusan dia dalam kurikulum sekolah. Lain macam je bila face to face dengan boss besar... nasib baikla Hajah tu cakap berlapik.... pastu kami plak yang kena...especially tentang buku kerja murid hampir kesemua guru tak banyak bagi latihan.... dia nak kalu boleh lebih 500 soalan dari awal tahun hingga kini... terkejut gak.... pastu dia kaitkan jangan samakan guru yang pedalaman dengan guru macam kita....walaupun memperoleh RM1500 tetapi kesemua duit tu digunakan untuk perbelanjaan tambang sahaja. Huhuh....memang betul , dia cite tu over gak coz aku pernah gak duduk kat pedalaman....hehehhe... Pastu Hajah Kalsom pun bagi nasihat memandangkan semua di antara kami ni muda-muda belaka.

13 Ogos 2007

She Deserve To Win.... Vina Morales,,,simple n beautiful...


Beautiful with her talented...cograt to Vina Morales Ikon Asean yang pertama

Mulanya memang frust cz Jac tak menang dalam Ikon Asean tadi....tapi bila fikir balit dari sudut positive nya masih banyak kelemahan artis Malaysia kite ni.... memang kita tak nampak tetapi bila dicompare ngan artis yang luar yang berpengalaman jauh bezanya. Malaysia masih jauh ke belakang dalam industri muzik kita... Well tahniah pada kedua-dua Ikon Filipina sekaligus menjadi Ikon Asean iaitu Vina Morales dan Kumpulan JWAN....membuat persembahan yang baik dan mengagumkan.... Pengako Sa Iyo mengimbas kembali cerita tu, pandai Vina memilih lagu yang sememangnya cite tu popular di Malaysia. Kepada Jac ... perbaiki kelemahan, cuba lagi, anggap ini satu percubaan dari membetulkan kelemahan diri.... well cuba kurangkan menjerit, bila dah menjerit hilang pula kemerduaannya....ok anyway semua ikon ketiga-tiga negara adalah yang terbaik.

11 Ogos 2007

Cite Malam Tadi...

Semalam selepas aku balik dari Umah Pak MAil sebab nak betulkan keta aku yg buat perangai ni tetapi dia takdala plak... akhirnya buat keputusan g minum kat kedai zul jual sate... aku dan Ja saja pastu Jepun pun ada gak...joinla minum..borak pasal jaga badan n makanan yang dimakan... asyik jumpa Jepun mesti cite pasal tu memandangkan badan dia dah kurus betul sampai aku pun dapat lihat perubahan yang ketara pada dia. Pas minum kami plan ke kedai kat tepi jalan besar, Jepun ajak karaoke kat sana... kami pun g la... layan karaoke. Jepun nyanyi 3 lagu, aku nyanyi 3 lagu... layan punya layan bila time abis je aku nyanyi tetiba plak stage tu blackout... gara-gara over dos karen yang digunakan. Hehehe lucunya ... macam aku plak yang buat blackout.... zam pun datang join kami masa tu... Pastu kami g umah Pak Ali jam 1130 malam , ada kenduri akad nikah kat sana... dapat gak makan free ( tak jadi diet plak) kat sana pun aku layan satu lagu.... khas untuk pengantin. Kemudian abis je makan kat umah Pak Ali, kami g la kedai minum kat jalan besar di Sendayan... Dengar kata sore budak pompuan sedap giler... memang sedap pun.... sempat gak aku duet ngan dia lagu My Heart walaupun sore aku dah buat hal cz makan benda berminyak. Pada masa yang sama adalah mat-mat Indon pekerja kontrak sebelah tu menari bagai nak rak... mabuk lah tu... tapi dorang tak kacau org... Jam 2.33 pagi baru balik umah cz esok nak antar keta ke workshop dan kenduri Kahwin anak Pak Ali...

Semangat Kemerdekaan Ke 50... Saya bangga menjadi Anak Malaysia...

Menjelang kemerdekaan ni banyak aktiviti yang dianjurkan di sekolah...tambahan ia menjadi salah satu aktiviti tahunan yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh budak-budak sekolah aku. Lihat saja dalam pic betapa meriahnya kelas aku hasil kerja budak aku dan inisiatif aku dalam hias kelas sempena Bulan Patriotik ni. Aku pun kena latih budak nyanyi koir patriotik dan kena berlatih betul-betul coz kumpulan yang menang akan menyanyi lagu patriotik di Bulan Kemerdekaan hasil gabungan 4 buah sekolah di kawasan sekolah aku. Then bendera gergasi pun dah dinaikkan hasil kerjasama cikgu-cikgi di sekolah. Baru nampak pemuafakatan di antara guru-guru walaupun sebelum ni masing-masing ada masalah sendiri.

06 Ogos 2007

Keindahan Ciptaan Allah SWT....Langkawi ISlanD...












Great Summer Time in Langkawi...

4 frenz 4ever...Cenang Beach

Nampaknya percutian musim panas kali ni memang menyeronokkan tambahan bersama dengan rakan-rakan sekerja yang lain... Perjalanan mengambil masa 8 jam dari Seremban ke Jeti Kuala Perlis memang memenatkan tetapi tidak mematahkan semangat aku untuk menikmati percutian ini tanpa memikirkan masalah dalam kerja aku... aku berjaya lupakan segala masalah yang ada... Berjalan dengan rakan sekerja memang menyeronokkan tetapi kalu dengan rakan-rakan rapat dan buat aktiviti sendiri lagi seronok... taklah terikat sangat... tambahan aktiviti sendiri lagi menyeronokkan , taklah rushing sangat... so aku , Zam n Ja ngan member kat Langkawi, Man buat aktiviti yang lebih menyeronokkan daripada trip rombongan itu. Thanks to Man kerna rajin bawa kami jalan-jalan kat sekitar Langkawi.... then aku sempat gak g clubbing kat Sheraton Resort pada malam minggu tu , balik jam 4 pagi....member semua dah tido...huhuhu. Oklah dalam pada tue mehla nanga pic tuk....mek mauk share semua blogger kat sitok...heee.
Time nak balik dah....pasya g Padang Besar....last memories in Kuah Jetty


Nite Clubbing at Sheraton Resort...


Ika n Me.... atas Feri nak g Langkawi ISland...


Dulu orang utan dan gajah kini ular sawa plak...hehehe


Wit my cute student...Haziq..... 710 m aras laut...G Mat Cincang


Pic atas gunung Mat Cincang...fuyooo tingginya...

01 Ogos 2007

Masih teringat dirinya..

Ntah napa lak aku masih teringat si dia yang berada di Kuching ni... Yelah sms je la pengerat hubungan kami dua walaupun kami sudah buat keputusan berkawan.... berkawan tapi perasaan masih macam dulu... bagaimana tu? Alhamdulillah sampai kini dia masih contact aku walaupun aku kat sini dah sakit menanggung rindu selalu terhadap dirinya... tu la aku tambah sayang dengannya... aku sebenarnya cuba melarikan diri daripada memikirkannya namun aku tak mampu nak melupakan dirinya...kerna aku sayangkan dia...