Awal pagi aku bangun dan bersiap ke sekolah untuk melihat lawatan yang telah dianjurkan oleh sekolah bawah keje aku dan Daq Wan... Mula-mula agak gabra cz first time uruskan lawatan so agak kekok... aku kena memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar...walaupun hujan turun dengan lebatnya ia tidak mematahkan semangat aku dan murid-murid aku yang lain... kami redah je semasa berada dalam zoo Melaka.... selepas habis ronda-ronda 360 darjah kami beralih ke Taman Boya yang kureng kit namun adanya rumah hantu dan cermin itu yang menyebabkan kami ke situ... Yang lucunya semasa rumah hantu bukannya menjerit ketakutan tapi menjerit sambil ketawa... nak pecah perut aku melihat gelagat anak murid aku dan cikgu-cikgu lain.... Kemudian kami makan tengahari kat Masjid Al-azim then menunaikan solat Zuhur ... kemudian kami bertolak pula ke Bandar Hilir.... aku bawa budak-budak aku jalan-jalan keliling Bandar Hilir... seronok bukan main... tambahan amik gambar yang menarik... macam2 pose bagi menghilang kan penat kami.... Berikut adalah gambar yang kami amik...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan