its about my carrier , my photography , my modelling and my lovely life ...
Jum, Follow Blog Mereka!
Its All About My Photoshoots
31 Julai 2007
Mana yang harus ku pilih....Percutian Langkawi atau Berkursus di Melaka
29 Julai 2007
Kekalahan yang menyeronokan dan Kenangan Manis di Tiara Beach Resort, PD
25 Julai 2007
Hari yang berbaloi dan malang....
Tengah seronok nak bayar bil .... tiba-tiba aku sedari bahawa kad ATM bank aku hilang bersama dengan AEON Credit Card....Waaaa tensionnya ... dah sampai JJ baru perasan... sebenarnya aku tak perasan lebih kurang 4 hari yng lepas cz kali terakhir kuarkan kad masa polis tahan masa road block... maybe tercicir...patutla rasa tak sedap hari sejak beberapa hari yang lepas, rupanya hal ini...... dahla esok nak wat lesen tetiba plak jadi macam ni .... selamat gak aku mintak cuti untuk esok hari.... aku pun dah call ttg laporan kad hilang dan block kad kedit aku tu.... Tak sempat la nak shopping ngan gaji baru aku bulan ni.... malangnya................
24 Julai 2007
21 Julai 2007
Lawatan Sukses Sekali....huhu penat bercampur heppy... Rombongan Che Kiah ahaks..
19 Julai 2007
Bes bangat ari ni deh...nonton film Love Is Cinta
Lepas tu, terus aku g lihat promotion filem ni di bawah Terminal One.... Huhu manusia punyalah ramai... sampai berhimpit-himpit . Puas gak aku menyelit di celahan mereka. Apa yang bes aku dapat salam ngan Acha, Irwansyah n Raffi Ahmad masa autograf kat poster giant mereka.... Sempat gak aku berbual ngan Acha .... cantik banget.... aku terkedu je melihat dia berdiri dihadapan mataku... so cute....especially tang mata n senyuman dia.... tak sangka aku leh jumpa ngan dorang secara dekat hari ni... tak penah tmimpi aku nak dekati artis.... sebanarnya bukan feel aku nak tgk benda cam ni. Ntah napa lak tergerak aku nak melihat mereka secara dekat... waaaa besnya...Jom g nonton .......
18 Julai 2007
Sepetang Membuat Bendera
Perasan tak gambar rumah di bawah ni.... rumah ni betul2 belakang kelas kat sekolah aku... tadi aku terfikir sebab dulu nyaris aku nak tinggal rumah ni... tapi selamat tak diam kat situ g... aku dok umah Zam je sementara rumah sewa aku dapat.... Anyaway bila aku melihat dalam gambar ni....macam seram je rumah tuh memandang tiada orang yang tinggal quarters guru tu... dapat aku gambar kan boleh wat cite seram kat situ...tp memang seram pun.... tgkla pic yang saya amik tu.... seram kan....
16 Julai 2007
Kenangan Kursus Perasa di Hotel Sri Malaysia di Pantai Bagan Lalang....
13 Julai 2007
Frust .... cz tak dapat g Kelong Acheh...Waaaa
lepas abis kursus ni... Sabtu 21 lak g Lawatan ke Melaka...bawa 70 orang budak sekolah. Memandangkan aku terlibat dalam hal lawatan kenalah turun padang. Then Sabtu lagi satu , 28 Julai ada Karnival Pra Sekolah, aku jurulatih tarian kena ikut dorang untuk persiapan dan clash plak ngan Motivasi kat Tiara Beach esoknya plak ada exam paper OUM... lepas abis tu baru sibuk ngan rombongan ke Pulau Langkawi....ngan semua staff....dan akhirnya baru dapat brek...Huhuu..penuh jadual hujung minggu..
12 Julai 2007
Da Bes Film.....Fuyoooo...Transformers...
09 Julai 2007
I Love this film....mesti tonton....
Filem Heart 2: Love Is CINTA - Sinopsis
Berikutan kejayaan box-office filem ‘Heart’, pengarahnya kini menggarap sebuah lagi filem romantis hebat dengan menampilkan pasangan pelakon popular Indonesia, Irwansyah dan Acha Septriasa, dalam Heart 2: ‘Love Is Cinta’. Peminat filem cinta dari Indonesia ini dapat menonton di pawagam mulai 19 Julai 2007.
Filem terbaru ini ialah kisah mengenai Ryan (Irwansyah) dan Cinta (Acha Septriasa), dua sahabat akrab yang baru sahaja menamatkan pengajian di sekolah menengah tinggi. Di sebalik kemesraan mereka sebagai rakan karib, tersemat di hati masing-masing bahawa mereka sebenarnya saling mencintai satu sama lain tetapi malu untuk meluahkan perasaan. Masa berlalu, Ryan mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat. Tragedi malang menimpa Ryan sebelum dia sempat melafazkan kata cintanya kepada Cinta. Cinta kecewa kerana Ryan pergi tanpa memberitahu sejauhmana hubungan mereka berdua. Ryan turut gelisah dan tidak akan pergi sebelum memberikan kepastian hubungannya, walaupun melalui perantaraan orang lain, iaitu Doni (Raffi Ahmad).
Doni berusaha menghubungi Cinta, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai ujian dan dugaan. Malang menimpanya bila keluarga Cinta turut tidak mempercayai bahawa dia adalah Ryan, kawan karib Cinta suatu ketika dahulu. Keadaan menjadi semakin kelam kabut bila Ryan mengesyaki Doni menjalinkan perhubungan sulit dengan seorang lelaki, Papi (Sabar). Pada masa yang sama, Cinta menemui pengganti dalam hidupnya, Ivan (Andhika Pratama). Demi kesuntukan masa, Ryan melakukan apa sahaja bagi membuktikan kesahihan cintanya terhadap Cinta. Namun dia hanya berhasil memujuk keluarga Cinta menerimanya tetapi Cinta masih berbelah kerana Ivan mengakui dia turut mencintainya.
Ryan semakin jauh daripada Cinta dan memutuskan untuk berpisah. Namun dia sempat memberitahu Cinta bahawa dia akan pergi ke tempat mereka selalu berjumpa untuk mendapatkan kepastian.