Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

25 November 2007

Koleksi Pic aku....





3 hari memenuhi undangan show... wah penat dan demam serta risau...

Dari pagi jumaat aku settlekan apa yang patut di bank... then petang tuh terus bergegas ke PD cz malam ada show di expo Port Dickson... dengan keadaan yang tidak berapa sihat aku memaksa diri juga ke sana dan buat yang terbaik... Kemudian sabtu tu plak undangan kerabat diraja N9 ke majlis perkahwinan di Seri Menanti. so dalam tengahari yang panas terik aku dan Elina menyanyi sampai basah baju kami dua sewaktu show yang dijalankan... macam-macam lagu yang kena nyanyi memandangkan penyanyi Aina takdapat datang so terpaksa amik peranan dia...dan aku pun dah makin improve dari nyanyian cuma control voice yang menjadi masalah... Adon pun kata aku menyanyi ni boleh wat penonton tergoda sebab aku menyanyi seksi sgt...seksi tang mana yang di maksudkan...tak tau la......kemudian hari ni pun ada show orang kahwin plak di PD ... abis ujian terus aku ke sana dan menyanyi walaupun audio hari ni tak berapa sgt.....
Then ari ni aku ada exam Algebra kat OUM...eeee susahnya ... lain yang dibelajar lain yang kuar...tensen...dahla tuh aku check my LMS ... assgment aku takda markah ... padahal aku dah antar tetiba lak aku tak dapat markah assg ment aku... last2 aku call Mr Danny ... aku maklumkan aku dah antar my assgment tuh... dia kata ok ... maybe kerana salah letak tugasan aku tuh... takut gak markah aku hilang.... esok aku kena g sana balik...risau aku...kang gagal tak pasal2....

hari ni gak pas aku abis show...aku dan aina g carik cd dan saja buang masa menyanyi kat karaoke jamban... yelah dah bentuk mcm tuh .... hehhe.... bes gak nyanyi yelah baru dapat nyanyi karaoke selalu asyik ikut band je... sampai org kat sekeliling terpegun la bila mendengar sore kami dua nyanyi.... dah pro nak wat cam na... org asyik tgk kami dua je sepanjang kami dua balik dari da Store...lucunya...yelah baju show belum ditanggalkan g...

Alhamdulillah... umoku masih panjang

Pagi Khamis... aku bergegas ke sekolah dulu memandangkan aku nak wat pinjaman peribadi kat Bank Rakyat... jadi aku amikla apa yang diperlukan oleh pihak bank... salinan IC, slip gaji 3 bulan, dan cukai pendapatan EC. Tapi malang memang tak berbau apabila aku mahu keluar dari kawasan sekolah yang aku nyaris dilanggar oleh sebuah kereta... alhamdulillah...aku selamat tapi apa yang membingungkan ialah sejak bila kereta tu muncul padahal aku dah pastikan jalan raya masa tu kosong... jadi apa yang dapat aku anggapkan ialah dia memecut laju... padahal sepatutnya pemilik kereta tu tahu bahawa itu ialah kawasan sekolah dan kawasan kampung.

Then lepas tu, aku g amik Asyraff... janji nak belanja dia makan ... so kami dua pun kuar bersama...first tempat kami g ialah Bank Rakyat...settlekan pemohonan dan seterusnya g settelkan bil api, air , telefon dan astro serta my streamyx kemudian baru la dapat mamam di Secret Recipe....kat JJ

21 November 2007

Dikala aku kesunyian....

Hitam putih warna hidupku... lonely...
Ruang segala-galanya... i likes my sofa... everything semuanya disini...
My luvly gajet...Bisa aku memenuhi masa aku untuk meneroka jauh ...
Aku mempunyai teman yang menemani diriku... TeD, Fro, SpoNge Jnior n Spo B

Yang Terbit di dalam benak fikiranku...


1) Keyakinan diri.... ntah napa sejak akhir-akhir ini aku punya confident diri low...sampai aku sendiri tak yakin yang aku mampu berjaya... bayangkanlah sampai nak kuar rumah pun malas... tambah aku asyik tensen berat badan aku... dan tambah berat lagi yang aku dah mula menjinakkan diri dalam modelling so kenalah berdisplin... aku rasa mcm tak mampu je... nak quit dr bidang ni pun ada....aku rasa macam tak fair sebab kalu nak masuk dunia ni kena turunkan berat badan tambah g ngan badan aku jenis tough... member pun kata badan aku tak elok kalu kurus dan gemuk ... it better medium je... dorang kata badan aku dah ok daaa.... wat pe nak kurus g... nanti jatuh sakit... (thanks cz ada yg sudi ambil berat ngan aku ni...hehehe)

2) Kegilaan .... secara tak sedar aku digilai oleh org di sekeliling... sampai aku tak bleh bernafas... sampai bila la org-org ni nak behenti menagih kasih aku ni...

3)Study Smart - cara aku belajar last minute... ahad ni start exam Mathematic aku...kena wat betul-betul... cz dalam mid year gerenti kondem punya markah... Skank ni dalam masa terluang aku kena paksa diri untuk ingat beberapa formula dan jalan penyelesaian untuk menjawab soalan nanti... diri ni selalu kata chaiyuk...chaiyuk...chaiyuk...

4) Plan cuti di Kuching nanti.... rasa nak abis kan masa dgn kawan-kawan yng tersayang then tak lupa famili.... Daddy plan nak balik umah panjang kat Sebuyau.... besnya....

5)Hutang piutang - harus dilangsaikan .... Nak settle masalah kewangan kad kredit dekat RM7000 then pinjaman lama BSN .... esok g Bank Rakyat nak wat pinjaman RM 30,000 nak settlekan semua hutang dan simpan bakinya untuk masa depan aku ni.... ngah tggu seru je... cadang nak beli kamera digital RM2K*** ....

20 November 2007

Bila aku mengkhianati cinta.....

Ntah napa lak aku mengupas topik ini lak... maybe kerna aku merasakan aku tak jujur dalam hubungan kali ni ... memandangkan cinta lama saya kembali berputik dalam diri ku... aku akui aku memang tak dpt lupakan dia memandangkan aku pernah menyayangi dirinya cuma aku tak tahu dia menyayangi diriku atau tidak... sampaikan aku beralih ke org lain namun hatiku masih dengan si dia yang jauh di tempat asal ku... kini dia kembali dan mula mengimbas kembali aku dan dia..... Isnin ni dia berada d kl... ... i'm sorrie kerna aku terpaksa menjujurkan diriku yang aku still love org yang sepatutnya (S)... kalu dia tahu pun takpa... biarkanlah...

Skank lidah ku kelu untuk berkata... yang aku masih menyayangi dirinya...walaupun jauh di sudut hati ... ku akui dia juga masih menyayangi diriku...

19 November 2007

Bisakah...Datuk Siti Nurhaliza


Daku Terasa Ingin Membawa
Cinta Yang Terlara Ke Titik Mula
Kembali Mencuba Untuk Kali Kedua
Menggilapkan Gerhana Jiwa

Pernah Ku Terasa Ingin Merayu
Pada Kasih Dulu Pulang Padaku
Lupakan Dosaku Putihkan Kelabu
Tenangkan Amarahmu
Namun…

Chorus
Bisakah Yang Terpadam Dinyala
Bisakah Yang Terhina Dicinta
Walau Ku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

Naluri Meminta Kuungkap Kata
Seindah Bahasa Janjikan Setia
Akan Bersemilah Cinta Dihatinya
Percaya Ku Semula
Namun…

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

Bila Senduku Berlinang Sayu
Dalam Rindu Ku Tertanya

Ulang Chorus

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Hatiku Difahami
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

13 November 2007

Deeparaya RIMUP

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya mengelolakan sebuah program perpaduan seperti mana yang telah termaktub di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia... Awal aku bangun hari ni, tujuannya untuk memantau persediaan sebelum program di mulakan lagi dan menyiapkan pakaian dan make-up miak aku... thanks to kak ayu tolong make-up kan miak tok... vogue betul muka mereka... Hari ni ada 8 persembahan yang perlu di persembahkan dalam program ni... SK, SJK T dan SJK C masing-masing mempunyai persembahan mereka... namun yang demikian sekolah aku masih menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam persembahan tarian mereka...

08 November 2007

Lakaran Kasar untuk busana tarian tahun depan...

Tarian Etnik

Akhirnya dapat menumpukan perhatian kepada kerjaya dan study...

Akhirnya aku dapat gak berehat dari segala akiviti seni aku sejak kebelakangan ni... dapatla aku tumpukan keja aku... banyak keja kena selesaikan sebelum cuti sekolah ni.... keja aku sebagai Guru Kanan Ko Ko kena selesaikan secepat mungkin then buku rekod bebudak aku kena selesaikan juga... Selain tu, aku kena prepare ngan study aku kerna exam dah makin dekat... so chaiyuk untuk diri sendiri... kena usaha lebih...dah la susah... Plan aku masa cuti ni banyak...show Istana Seri Menanti g, Glory then ada kenduri kahwin Nizam dan kazen aku di Kedah (aku ni bilala nak kahwin umo baru masuk 27 kelmarin.... dah makin berusia lak aku ni). Badan aku maintain kembali.. sekali sekala ada la aku g gym untuk stabilkan otot2 aku ni... badan pun kira okla.. takla dikatakan gemuk... cuma tough je... skank ni pun bz ngan jemputan rumah terbuka je... pasni nak g umah Kak Ayu... mak tiri aku ahaks.....
wIT aINA DA cUtE gIRl

03 November 2007

Sweet Memories... Show Da Legend Hotel KL

Ni bukan KD...ni Citra...my new fren from Indo


2 hari aku dan member2 muzik bertapa di Da Legend Hotel Kay Ell...seronok bercampur gaul penat... latihan demi latihan aku dan da band buat kat situ untuk memastikan persembahan berjalan dengan baik pada malam semalam... Macam-macam pengalaman yang aku dapat...kena marah, kena paksa untuk buat yang terbaik... huhu....akhirnya ni la hasil malam tadi...penuh glam...


Bersedia untuk show nyanyi....Lin , Citra n Aina

31 Oktober 2007

Show Situ Sini Sana... Penat Siot


Aktiviti harian aku makin bz ngan aktiviti nyanyi aku ngan band SMK SDSA... lusa aku ada show di PWTC makan malam Perdana Menteri. Barulah aku kenal erti penat bila jadual pack sampai jam11 atau 12 baru aku pulang ke rumah. Walaupun penat... bes gak bila aku buat show sendiri kat pentas... Alhamdulillah rezeki melimpah luah... maybe berkat kesabaran dan usaha aku untuk mecemerlangkan diri sendiri... Skank ni bz ngan open house je... sana sini open house sampai muka aku pun dah macam nasi impit....kembang semacam je... puas gak aku nak shape kan balik... dah la ada show... muka plak kembang semacam... Pic kat atas ni adalah contoh muka aku dah mcm nasi impit yang kena himpit..huhuhuhu............

23 Oktober 2007

Doakan kejayaan Adit Iezwan...


Jumaat 26/10- Pendaftaran akan dibuat pada jam 5 petang. Then pertandingan akan bermula pada jam 8 malam.Pertandingan Lagu Patriotik PSKPP Peringkat Negeri... insyallah andai ada rezeki dapat ke peringkat kebangsaaan di Kelantan. Doakan kejayaan gue...

Sabtu 27/10 - Ada kelas ganti lak.... petang latihan

Ahad 28/10 - Ujian pertengahan semester. Then Kuliah En Danny. Kemudian petang bergegas ke PD ada persembahan semasa pertandingan Bola Baling International kat sana.... Show sampai petang...

Isnin 29/10- Show Malam di Majlis makan malam Guru-guru BEsar di Glory Beach Resort PD....

Jumaat 2/11 - Show Makan Malam Perdana Menteri di PD

Ahad 4 /11 - Show Dinner Glory Beach Resort, PD

24/11 - Show di Istana Sri Menanti


See jadual aku mula penuh ngan aktiviti.

21 Oktober 2007

MY Root Of Famili... Who is my grandma...

Tempoh hari balik beraya sakan ke Kedah... selain bertujuan untuk berjumpa sanak saudara my dad ada misi rupanya.... ingin mengetahui asal sebenar arwah nenek saya Chik binti Hassan. Sedikit sebanyak kamu dapat mengorek beberapa rahsia yang telah disembunyikan oleh mereka...

Nama arwah nenek saya yang sebenar Jariah bt Tengku Hassan hasil perkahwinan Tengku Hassan (Orang Kaya Bijih kat sekitar Perak berketurunan kerabat diraja Perak, berdarah Daeng Marewah (5 bersaudara Bugis) merupakan pembesar di kala itu) dengan Tuk A'ha (tak tahu namanya tp gelarannya tahu). Moyang perempuan saya ni berketurunan Daeng Sedeli dari Acheh ada sangkut paut ngan Raja Haji. Memang cantik pada masa tu... menggunakan kecantikkannya untuk memikat orang-orang kaya... Sebelum dia kahwin ngan Tengku Hassan , dia juga telah berkahwin dengan orang kaya gak iaitu Mat Saleh tetapi tak tahu macamana dia boleh kahwin lagi samada Mat Saleh dah meninggalkan atau tidak sebelum tu... tp anaknya skank ada g...


Sambung lagi cerita , bagaimana nama arwah nenek saya boleh bertukar Chik bt Hassan... DIsebabkan orang perempuan ni jenis tak reti nak sabar akhirnya jadi begini... Tengku Hassan kena balik ke Kuala Kangsar untuk berjumpa dengan kaum keluarga pada masa tu tetapi Tuk A'ha enggan kerana perbezaaan darjat. Akhirnya Tengku Hassan balik seorang ke sana dan berjanji 2 bulan untuk kembali semula ke Titi Serong tempat tinggal Tuk A'ha. Maka tinggallah nenek aku dan moyang perempuan aku. Namun 2 bulan Tengku Hassan tak pulang ke rumah juga sehingga bulan 3 Tuk A'ha melarikan diri bersama orang-orangnya. Tapi sebelum tu Tengku Hassan telah meninggalkan tanda bahawa anak perempuan tunggalnya iaitu arwah nenek aku Jariah @ Chik bt Tengku Hassan berbentuk keris diraja kebesaran negeri Perak yang menandakan anak tu merupakan kerabat keluarga diraja Perak... (keris tu skank kat tangan Tok Jang yang enggan memulangkan semula keris tu kepada warisnya iaitu mydad)

Lari punya lari.... apabila Tengku Hassan balik dr kotanya dia begitu marah akan tindakan Tuk A'ha melarikan warisnya. Tengku Hassan dan orang-orang berusaha menjejaki mereka berdua.... sampai ketika itu nama asal nenek saya ditukarkan kepada Chik bt Hassan bagi mengaburi itu bukan anak Tengku Hassan. Segala harta Tengku Hassan dibawa bersama. Sebab tu la orang tidak tahu siapa nenek aku sampai kini.... Dulu ada gak orang mencari nenek aku kerna dia waris tunggal Tengku Hassan.

Sewaktu dia melarikan nenek aku, moyang aku sempat berkenalan dengan Tok Taib Semambu yang merupakan moyang atok lelaki aku iaitu Awang. Tetapi arwah Tok Awang merupakan hasil perkahwinan dengan isteri pertama. Kemudian barula Tuk A'ha berkahwin dengan Tok Taib Semambu. Tok Taib Semambu merupakan orang kaya juga pada masa tuh... dia terkenal ngan stail orang kaya zaman dulu penuh duit di tali pinggang besar dia. Dia jenis tak lokek cuma dia seorang yang tegas. Al maklumla dia berketurunan Bugis tulen...

Maka Tok Awang lak berkahwin ngan arwah nenek aku, Chik. Kiranya zaman dulu ramai sangat yang berpoligami... Yang herannya moyang aku ni mcm jenis Sahara gak macam dalam Manja Lara tuh... Suka hati nak kahwin ngan orang kaya... sebab tu dia kena sumpahan dari Tengku Hassan sepanjang hayatnya... Walaupun dia kaya pada ketika itu.... hartanya tidak sampai ke anak cucu cicit dan piut mcm aku ni... Tok Awang aku pun kahwin banyak.. nenek aku bini yang kedua....maka lahirla arwah Pak Long Talib, arwah Pak Cik Hamzah, Pak Lang Hassan, My dad aku dan Pak Su Majid aku. Tetapi dalam 5 adik beradik didapati hanya my dad yang mempunyai ritual kerabat diraja memandangkan macam-macam benda yang berlaku ke atas dirinya...adik-beradik yang lain tidak merasakan hal sebegini.

Kalu difikirkan aku tak percaya bila aku mengetahui hal sebegini. Tetapi aku kena terima bahawa keluarga kami berketurunan kerabat. Skank hanya adik aku je guna nama gelaran kerabat, Puteri Nurfatihah Aisha... waris yang berhak dalam keris tu hanya my dad dan sebenarnya aku pun susah nak terima bahawa aku la waris lelaki yang terakhir dalam cabang root yang ke8.... untuk pengetahuan Sultan Azlan Perak adalah root yang ke2... Besar juga root zaman berzaman ni...Penin dah kepala bila fikir salasilah keluarga yang dah berkurun-kurun lamanya.

16 Oktober 2007

Beraya sakan tahun ni 5 hari 4 malam ... 360*

ALHAMDULILLAH selamat pulang ke Gadong setelah 5 hari berhari raya dengan sanak saudara di sebelah utara dan Pahang... Seronok jumpa ngan kazen yang dah lama tak jumpa walaupun jarak sebenarnya dekat je. Hari pertama kami bergerak Bandar Bahru, Kedah lawat Mak Long dan Pak Lang Hassan, dan Tok Jang ... saja melawat melihat perkembangan mereka sempat sembahyang raya n ziarah kubur arwah nenek Chik dan arwah Pak Long Talib aku... Hari Kedua Raya balik ke Arau rumah member abah ... Non n famili . Jumpa balik member lama aku disana... Zul...dah kahwin rupa-rupanya....huhuhuhu dah da anak g tu.....jumpa g ngan Adam yang semakin ensem walupun masa kecil lagi comot bukan main. We all sekuarga sempat shopping kat Padang Besar.... aku hanya beli beg je (beg lagi....) dan selainnya aku belanja beli baju untuk adik pompuan aku... Kemudian petang tu terus balik ke Permatang Pauh rumah Tok Chik... bermalam di sana.... Pagi raya ke empat terus ke Felda Sertih Bentong Pahang...

Banyak cite yang diperolehi daripada saudara mara belah abah aku ni... 26 / 11 ni kena balik Kedah g cz ada kenduri kahwin Falie...kazen aku... mmm nantila aku rancang nak bawa kawan aku temankan aku disana... Dalam beraya ni tujuan abah balik kampung ni adalah untuk mengumpulkan semua salasilah keluarga nenek aku.... memandangkan sejarah nenek aku pernah keluar semasa bulan merdeka hari tu berkenaan sistem pemerintahan diraja Perak... mengungkaikan segala keturunan nenek aku yang sebenarnya...

Percaya tak berat aku dah turun sebanyak 79kg... dari 84kg.... berita menggembirakan.