Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

02 April 2010

Pemergiannya dirasai... Era kini tiada gelak tawa..


AL -FATIHAH
Sedih apabila aku mendengar berita sedeh bahawa Din Beramboi telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada lewat jam 1230 pg tadi. Kesedihan ini turut dirasai oleh meja konti radio popular Malaysa ERA... sehingga pagi tadi... semua lagu-lagu sangat menyentuh rasa sampai ada tikanya airmata aku mengalir tanpa disedari sepanjang perjalanan aku ke sekolah pagi tadi... Aznil pula tiada berkumandang suara pagi tadi memandangkan rakan baiknya untuk Pagi di Era telah meninggalkan alam ni buat selama-selamanya... Takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian beliau... tiada lagi celoteh nya pada setiap pagi lagi... walaupun dalam kesedihan apabila terdengar lawaknya pasti kita mampu tersenyum.... bayangkan berapa juta orang yang mendengar dan mampu ketawa mendengar celoteh beliau... beliau adalah seorang penghibur yang disegani dan pasti dikenangi sampai bila-bila... semoga ALLAH SWT mencucuri rohnya dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman....AMIN

Tiada ulasan: