its about my carrier , my photography , my modelling and my lovely life ...
Jum, Follow Blog Mereka!
Its All About My Photoshoots
29 April 2010
25 April 2010
SINDO - Teater Tradisional Mak Yong
Salute to student yang bukan asalnya negeri Kelantan boleh kecek kelate dengan moleknya..
18 April 2010
Tarian Etnik Kuda Kepang
KUDA KEPANG
SEJARAH PERMAINAN KUDA KEPANG
(Dipetik dari: www.e-genius.com.my)
Permainan kuda kepang merupakan salah satu permainan rakyat di negara ini. Jika di negeri Pantai Timur Semenanjung terkenal dengan permainan wau dan wayang kulit, kuda kepang pula mendapat tempat di hati rakyat Johor. Kehalusan seninya begitu terpelihara walaupun arus kemodenan begitu ketara dalam beberapa aspek kebudayaan.
Salah seorang pencinta permainan ini di Pt. Kemang Muar ialah En.Margono bin Hj. Anuar atau lebih mesra dipanggil "Wak Gono". Beliau sudah lama berkecimpung dalam permainan kuda kepang tetapi faktor usia menyebabkan beliau terpaksa melupakan permainan ini. Permainan kuda kepang disebarkan kepada rakan-rakan serta orang-orang kampung dan hingga kini di Kampung Parit Kemang sudah mempunyai sebuah persatuan "Persatuan Kuda Kepang Pt. Kemang Muar". Menceritakan sejarah awal, beliau yang kini berusia 80 tahun menyatakan kuda kepang berasal dari Tanah Jawa Indonesia dan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh rakyat Indonesia yang berhijrah ke negara ini. Pada mulanya ia hanya permainan biasa seperti "Sepak Raga". Namun sambutan dari penduduk tempatan menyebabkan ia berkembang dari sebuah kampung ke sebuah kampung.
Pada zaman sekarang, permainan kuda kepang dimainkan di majlis perkahwinan atau sesuatu majlis keramaian. Pemain kuda kepang memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang dimana 9 orang menari, 5 orang pemain muzik, 15 orang penjaga kawasan dan dua orang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih". Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan jumlah ahlinya adalah seramai 40 orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang". Pakaian permainan pula biasanya seragam.
Peralatan Kuda Kepang
Peralatan yang diperlukan untuk permainan kuda kepang ialah alat muzik yang terdiri daripada 5 buah Angklung. Angklung diperbuat daripada buluh dan rotan yang boleh didapati daripada kawasan persekitaran. Angklung bersaiz segiempat dan ianya dimainkan dengan cara menggoyang dan menggoncang buluh tersebut. Bagi buluh yang kecil, apabila diketuk akan mengeluarkan bunyi nyaring, manakala buluh yang besar akan mengeluarkan bunyi bergema dan dari kombinasi kedua-dua bunyi ini akan menghasilkan bunyi yang indah dan menarik.
Perkakas lain yang digunakan ialah sebuah gendang. Gendang ini diperbuat daripada kayu Leban dan kulitnya dari kulit lembu. Kulit lembu diperoleh dari saki baki kulit lembu yang dikorbankan semasa Hari Raya Haji. Kulit lembu ini dikeringkan. Sementara pengikatnya diperbuat daripada rotan. Gendang mempunyai panjang diameter lebih kurang 3 kaki. Gendang ini dipalu mengikut irama yang tertentu.
Perkakas lain yang digunakan ialah pecut. Pecut diperbuat daripada buluh dan tali. Kedua-duanya dipintal menjadi satu. Fungsi Pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan atau penari kuda kepang.
Perkakas terpenting ialah kuda-kuda. Ianya diperbuat daripada kulit lembu. Dibentuk menyerupai kuda dan diwarnakan merah,putih atau kelabu.
Selain itu perkakas lain ialah tali sepanjang 30 meter. Tali sepanjang ini digunakan untuk dibuat pagar bagi mengelak penari kuda kepang yang mabuk berkeliaran dan mudah untuk bomoh mengawalnya. Alat-alat lain ialah gong. Gong apabila dipalu akan mengeluarkan bunyi "goooong" dan meyedapkan lagi bunyi muzik pengiring.
Pantang Larang Ketika Pemainan
Pantang larang dalam permainan kuda kepang ialah pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal.
Namun pantang larang yang utama ialah tidak boleh melihat kain berwarna merah kerana ia adalah pantang larang semulajadi. Selain itu tidak boleh terlihat atau melihat kaca atau serpihannya kerana ditakuti akan dimakan oleh pemain.
Apabila muzik mula bergema, masuklah pemain-pemain yang dipimpin oleh "danyang" memasuki gelanggang. Pemain-pemain akan menari menurut rentak dan irama lagu. Tiap-tiap penari akan menunggang atau memacu kuda anyaman(kuda kepang). Tarian yang kerap dipersembahkan dalam sesuatu majlis tarian kuda kepang ialah Tarian Solo, Tarian Selendang, Tarian Pucuk Rebung dan Tarian Kuda Kepang dinamakan "Lenggang Kiprah". Penari-penari menari sehingga mabuk atau tidak sedarkan diri selama 2 jam. Keadaan ini disebut sebagai "naik syeh".Mereka boleh melakukan perbuatan atau gerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi 6 kaki dan sebagainya. Kadang-kadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya.
Semasa penari dalam keadaan demikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak maka penari akan naik berang dan akan menerkam atau menendang pemain muzik. Kelakuan ini tidak ubah seperti kuda yang sedang berang. Jika keadaan bertambah liar, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, seterusnya dijampi. Penari-penari itu akan dipulihkan semula oleh Tok Bomoh dan kembali normal seperti biasa.
Menurut keterangan pemain yang mengalami kejadian seperti ini,ketika mabuk mereka bermimpi menunggang kuda sambil menari-nari dengan iringan muzik. Semakin lama bunyian itu sayup kedengaran. Kerana itulah mereka cuba mengejar muzik itu. Jelaslah tarian Kuda Kepang mempunyai semangat yang menjadi asas kepercayaan dan peminat mereka. Selain itu alat-lat kuda kepang mesti disimpan dengan baik kerana ditakuti akan dimarahi oleh 'rohnya'. Ini menunjukkan bahawa permainan kuda kepang mempunyai kepercayaan tersendiri.
13 April 2010
DEMAM GLEE>>>> AMAZING DRAMA
12 April 2010
Adit Iezwan Esqanda
11 April 2010
Hentikan SPEEDO mu terhadapKu...
06 April 2010
Statement di http://aquazarr.blogspot.com/.....
Introducing, he is Muhd Esfainizam Hisyam b. Dato' Abd. Rahim. Dia telah kembali ke rahmatullah pd 4 April 2010.
He is a good fren n a bro to me. Dia sgt baek, dia byk inspired aku jgk as we were in the same field, which is engineering. Dia sgt caring as aku slalu x sihat n dia slalu gak tnya psl diri aku n life aku. He knows bout my ex. Our last ym, few weeks b4 dia meninggal, aku gtau dia yg aku dh lama break dgn my ex. Dia slalu bg nasihat kt aku.
Aku kenal dia masa DaVom dlu. dlu aku knl dia as ezly aka ess. Dia prnh suruh aku panggil dia abg long since time tu ramai dak2 DaVom panggil dia abg long tp aku x prnh panggil dia abg long. Aku panggil dia 'Weh', 'Ko' jer. teruknya aku ni kan =(
Mcm yg aku dh citer td, dia sgt caring psl diri aku n life aku. dan aku pun dh tau lama dh yg dia ada sakit cancer. tp tu pun aku tau sbb baca kt mana ntah, yg pasti bkn dia sendiri yg gtau aku. Ntah mcm mana, aku bleh lupa yg dia ada sakit cancer. Sedangkan dia sgt caring psl aku, tp aku bleh lupa yg dia ada sakit cancer. betapa teruknya aku ni kan =(
Setiap kali ktorg ym, aku slalu tnya dia, dia ada kt mana, kt mesia ke dgn harapan ktorg geng DaVom yg x prnh jmpa dia akan dpt jmpa dia. Tapi slalunya time aku tnya tu dia xde kt mesia sbb dia keje. Then dia slalu ckp, "Ko ni mcm ada problem jer" =(
Aku akan ingt font biru Italic yg dia slalu guna kt ym tu smpai bila2 =(
Dia mmg seorg abg yg baek, aku ni lak adik yg teruk =(
Slalunya dia akan ym aku dlu, aku x prnh ym dia dlu. yea, mayb sbb dia invi ym dia but still kan, aku mcm xde usaha nk ym dgn dia. Maafkan aku, abg long =(
Ktorg slalu gaduh, but bkn gaduh btol2. but gaduh2 manja gitew. gaduh abg dgn adik. Maafkan aku long, klo kdg2 gurauan aku mcm kasar n terhiris hati ko. Aku x prnh berniat nk sakitkan hati ko, long =(
Hari Ahad tu, aku terkejut dpt phone call dlm kol 3 pg. rupanya Nurt yg call aku n gtau long ninggal. Mula2 aku sgt blur bila nurt sbb Es, aku terfikir Es lain lak. bila dia ckp Es yg aku tlg buat fb dia tu, baru aku teringt Ezly n trus nangis. Dari kol 3 pg tu aku nangis smpaila kol 5 lbih smpai sakit pale, sakit idong. Seharian hari Ahad tu, aku mmg xde mood lgsg. Smpaila mlm pun aku msih xde mood but late nite tu baru aku ok skit, after tgk abp. Tu pun aku jd sdih balik bila tgk performance Munif Hijjaz, Nazrey Raihan n Rabbani kt abp yg nyanyi lagu 'Kau Pergi Jua'. Rasa nk nangis tp mcm malu lak dpn family aku =(
Masa nurt call aku n gtau Long dh ninggal, aku sgt terkejut. Yerla, mcm aku ckp td, ntah mcm mana aku bleh lupa dia ada sakit cancer (mayb sbb aku bkn tau psl tu dr diri dia sendiri) n time ktorg ym pun dia mcm sihat jer, mcm xde problem jer. So agak terkejut la kan bila ko dgr org yg ko tau sihat walafiat ttiba meninggal. That's y aku sgt sdih bila ingt balik, betapa teruknya aku ni kt dia. Aku kesal sgt sbb x care enough kt dia =(
Hari Isnin, aku lalui mcm biasa but still rasa janggal. Ntahla, terasa kehilangan sangat =(
Teringt balik...on the 21st Dec 2007, one of my fren yg aku kenal dr DaVom gak, Hj. Muhammad Zarith Zulkarme'en b. Datuk Hj. Zakaria, org Sarawak, student UTM Skudai, kembali ke rahmatullah sbb barah otak. Dia muda lg sbnrnya, tua setahun jer dr aku (lahir thn 1987). Then, 28th Dec 2007 lak, our advisor DaVom, ktorg panggil dia Mamachik jer, kembali ke rahmatullah jgk. Terasa mcm byk sgt kehilangan =(
Even ktorg kenal Long n Arith ni di internet jer n x berkesempatan nk jmpa, tp rasa mcm ktorg rapat sgt. Aku even rasa lebih rapat dgn kwn yg aku kenal melaui internet. Terpulangla kpd org yg fikir persahabatan n perkenalan yg bermula di internet ni xleh dipercaya, but for me, aku fikir lain. aku lg rapat n mesra dgn kwn yg aku kenal melalui internet. Nk bg contoh, xlaratla sbb terlalu ramai. but antara kwn yg aku kenal melalui internet ni la arwah Arith n abg long =(
Td, nurt ym aku, dia tnya psl fb abg long. Then, aku g check, rupanya dh xde. Aku heran gak. The truth is bkn aku yg delete sbb aku langsung x ingt email n password fb dia even fb dia tu aku yg buat as his request. Ntah sape yg delete, sdihla sbb xde dh kenangan dia. Seb baek aku smpt save skit pic dia. Pe pun, dia dh selamat dikebumikan di Tanah Arab (sbb dia keje kt sana) =(
Aku teringt dlu, masa aktif kt website DaVom, slalu chatting dkt chatroom DaVom. Chatting dgn arwah Ess, arwah Arith, Ling, Nurt, Uchu, Wawa, DD. Kadang2 smpai tgh mlm smpai pagi ktorg chatting. Rindunya masa tu =(
Hari ni, 6 April, 2 hari after dia kembali ke rahmatullah, is his birthday. Even dia x smpt nk celebrate bday dia kt dunia ni, i think lg bgs sbb lg berkat dia sambut kt 'sana'. =(
Anyway, Long, ktorg sume rindukan ko n sygkan ko. Ktorg doakan ko tenang n bahagia kt sana. Semoga ko ditempatkan bersama golongan yg beriman. Akhirnya, dpt jgk ko jmpa Arith kt 'sana' kan =(
B4 terlupa, 2nd April 2010, Din Beramboi or nama sebenar dia Mior Ahmad Fuad telah kembali ke rahmatullah atas jangkitan denggi berdarah.
Kepada yg membaca, sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Muhd Esfainizam Hisyam b. Dato' Abd. Rahim, Mior Ahmad Fuad dan x lupa juga kpd Hj. Muhammad Zarith Zulkarme'en b. Datuk Hj. Zakaria. Semoga mereka tenang di sana dan ditempatkan bersama golongan yg beriman. Al-Fatihah...
http://aquazarr.blogspot.c
Aku DipLagirism Oleh Orang Yang Tidak Bertanggungjawab...Sengalz
Labels: Dak Itam