Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

31 Mac 2009

Alhamdulillah...akhirnya berjaya juga dalam penganjuran sukan ni...





Sekalung tahniah pada mereka yang menjayakan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Jimah Baru Kali Ke 17 2009 pada mereka yang telah terlibat secara langsung dan tak langsung. Begitu juga dengan penyumbang yang begitu pemurah moga diberkati oleh Allah SWT serta dirahmatiNya.
Komen yang aku dapat berikan ialah kejohanan kali ni lebeh baik daripada 3 tahun yang lalu memandangkan kepelbagaian aktiviti yang diacarakan serta penglibatan ibu bapa dan masyarakat sekitarnya.
En Azwa juga telah mengatakan bahawa SK Jimah Baru wajar diberi pujian dan patut berbangga kerna menampilkan imej sukan sekolah yang unik dan menarik perhatian....


Persiapan Cheerleading SKJB




Rumah Merah aku Menjuarai Tahun Ni

30 Mac 2009

OIAM Season 3.... Naluri Lelaki Ridzuan...

Jam 7 aku bergegas ke Plaza Alam Sentral untuk menonton persembahan adik angkat aku iaitu Ridzuan dalam OIAM ... hari tu adalah adalah Top 7 baginya...tak sangka lak fify yang terkuar memandangkan si simon kena kuar pada hari tu... sedeh kan... ANyway malam tu si Ridzuan membawa lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Samson iaitu Naluri Lelaki.... dengan gaya tersendiri tanpa meniru penyanyi asal kumpulan tu.... itula diri Si Ridzuan ni ada gaya tersendiri dan vokal yang unik..... malam tu aku ditemani oleh PA aku sendiri iaitu Si Tun hehehehhehe.... yang sentiasa menemani aku dimana-mana saja....

26 Mac 2009

Latihan Tarian Tetap Diteruskan...Kredit pada mereka sebab masih ingat step walaupun dah lama tak berlatih





Kejohanan Olahraga SK Jimah Baru...perit dan jerih bercampur dengan macam-macam perangai yang memeningkan.

29 ni aku akan mengadakan satu function besar sepertimana yang telah dijadualkan pada setiap tahun... Namun ia lebeh besar dari tahun lepas... Walaubagaimanapun segala persiapan telah disediakan oleh aku walaupun ada masalah sedikit yang telah diselesaikan aku... Skank aku baru betapa seksa menganjurkan satu function yang agak besar gakla ni... banyak rintangan yang aku lalui... dan perit gak bila GPK yang masih muda belum ada pengalaman menganjurkan hal begini... Aku terpaksa berkeras juga walaupun ada sebilangan mereka adalah kawan-kawan aku sendiri... Tambahan aku terpaksa mengarahkan mereka bukan mereka yang sepatutnya memulakan dahulu seperti mana yang telah dibahagikan dalam jawatankuasa tertentu. Aku boleh berterima kasih kepada Ja dan Zam yang banyak membantu aku dalam penyediaan kejohanan sukan ini....Thanks U allz... Dan tak lupa gak aku ucapkan tahniah pada anak murid aku dan 2 member aku tadi sebab berjaya melayakkan sekolah aku ke peringkat akhir pertandingan bola sepak.... Tahniah pada mereka..... Malam ni aku kena attend meeting melibatkan ahli PIBG dalam penyediaan kejohanan sukan ini. Tambahan semua penyumbang bantuan kewangan pun turut hadir pada malam ni....

22 Mac 2009

TURN OFF YOUR LIGHTS ON 28TH MARCH 2009



Have you guys sign-up for switch off your lights for one hour from 8:30-9:30pm? Well I did. Over 74 countries and territories have pledged their support to VOTE EARTH during Earth Hour 2009, and this number is growing everyday.
We all have vote, and every single vote counts. Together we can take control of our future of our planet, for future generations.
VOTE EARTH by simply switching off lights for one hour, and join the world for Earth Hour,
Saturday, March 28, 2009, 8:30pm - 9:30pm


More info log on to http://www.earthhour.org.my/ma... this is courtesy of WWF (Wildlife World Foundation)

20 Mac 2009

Ada Persamaan Tak.... Motif?


HaKim.....RIdzuaN Oiam....aLeem


Persamaan
  • Kocik badannya
  • Lincah giler
  • Comei
  • Perangai pun hampir sama....motif...




19 Mac 2009

Ingat lagi tak Ridzuan... skank tukar kepada Rizu... salah seorang peserta OIAM tahun ni.

Sememangnya aku memang terpukau giler masa dia membawa lagu Permata Kasih sewaktu aku melayari Youtube last year... merupakan artis harapan AIM 2006 yang lepas... walaupun usia masa tika tu terlalu muda namun kejantanan sorenya memang tak boleh dipertikaikan... dan bertambah gembira lagi aku ialah dia berjaya memasuki OIAM salah satu rancangan realiti yang memberikan ganjaran yang sangat lumayan... Anyway dengan kembalinya semula ke pentas suara ini setidak-tidaknya dapat memenuhi ketandusan artis lelaki yang agak kurang sejak kebelakangan ini... so marilah sama-sama menyokong usaha dia dalam meletakkan bakal juara OIAM 2009 ini.... chaiyuk Rizu...


sorie ya Rizu.... amik pic u kat myspace u...

Situasi Paling Pantang dalam hidup aku... aku harungi semalam...



Aku sememangnye menjadi pantang dalam hidup aku apabila mengharungi jem yang panjang berjela-jela.... kalu lah aku memasak dalam time tu juga dah boleh buat 4 jenis hidangan agaknya... demi menghantar orang tersayang aku bersabar la jugak walaupun muka aku macam kerang busuk je gamaknya.... sian kat babe aku terpaksa menatap muka hubby dia yang masam mencuka ni dengan gigih mengharungi kesesakkan di kota metropolitan ini....

15 Mac 2009

Minggu yang memenatkan dan gigih gitu...




Cuti pun dah bermula.... namun bagaimanapun aku tak dikira bercuti memandangkan aku masih sibuk ngan aktiviti-aktiviti latihan tarian, show nyanyi, kuliah dan mendapat tawaran casting di Kuala Lumpur. Namun ada sebahagiannya aku tolak memandangkan schedule aku padat ngan aktiviti-aktiviti part time aku yang len dan keja tetap aku sebagai cekgu nie... Di waktu ini, aku berada di belakang pentas Dataran Telok Kemang menunggu persiapan untuk show pada malam ni... anyway sepatutnya semalam aku datang tp memandangkan kesihatan sore aku yang tidak mengizinkan aku batalkan saja niat aku semalam. Harap pada malam ni, dapat melakukan yang terbaik dan tiada memperolehi gangguan suara aku ni....insyallah... oklah tak bleh lama ni... aku nak dress up dulu.... tema putih....wish me luck k....adios aribaaa....

Aktiviti Maulidur Rasul

11 Mac 2009

Kesibukkan Aktiviti namun hanging out ngan kengkawan tetap berjalan....

Aku dok pening memandangkan kerja makin menimbun hinggakan tak cukup tangan nak mengapai semua tugas yang dipikul... walaubagaimanapun aku tetap mereleasekan tension aku .... at least bersama kengkawan dah cukup melapangkan fikiran aku.....

06 Mac 2009

Laporan Nilai Prestasi Tahunan

2006 - 82.3
2007 - 87.5
2008 - 92.3

Kesimpulannya, last year aku berjaya dalam meningkatkan mutu kerjaya aku ni.... alhamdulillah.... cemerlang la gak..

Rehearsal memenatkan ... Anugerah Ko-kurikulum Peringkat Negeri

Bukan apa ... penat menunggu... banyak sgt protokol. Last2 tak nyanyi juz nampak muka je... Aku dan Nadia yang penat... nadia banyak tradisional song dan aku bawa moden song....

04 Mac 2009

Hikmah di sebalik PERPISAHAN

Hidup aku lebey baik dari sebelum ni antaranya ;
  • aku mempunyai keyakinan dalam membentuk daya tahan diri menjadi beremosi dan berfikiran positif'
  • daya usaha meningkat dalam kerja dan pembelajaran
  • peluang datang bergolek dan menikmatinya
  • banyak offer persembahan dan show tari
  • rezeki semakin murah , sampai aku membeli satu lagi laptop tambahan
  • berjaya melayakkan diri sebagai salah satu Jurulatih Tari Seni Budaya Negara
  • menjadi org kepercayaan atas usaha yang dibuat bersungguh-sungguh
  • yang terkini....tercalon untuk kenaikkan pangkat dari DG29 ke DG32 yang sepatutnya 10 tahun berkhidmat tetapi memandangkan aku baru 7 thn itu yang menjadi keistimewaan aku ini.... dan sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum yang berjawatan hakiki.... bukan lagi pemangku seperti yang lepas.... Alhamdulillah atas apa yang diberi oleh NYa..

Dua pilihan dalam menentukan kecemerlangan karier aku...

Kegusaran aku rupanya diperhatikan oleh Gnam yang selama ini bijak mengenal pasti apa yang tersirat dalam lubuk jiwa aku ini... thanks la sebab menjadi kaunselor aku pagi tadi... tetiba pula dia mengusul soalan bahawa aku tahan tak dengan komitmen untuk tenaga pengajar tahun 6 tahun ni. Memandangkan dirinya dan orang len melihat aku mempunyai banyak komitmen dalam sekolah ni. Faham jelah aku menumpukan sepenuh perhatian aku dengan kumpulan tari yang betul2 fresh tahun ni... so masa banyak terbuang ke situ...that y aku merasakan aku tsangat tak sesuai untuk mengajar Tahun 6 memandangkan aku banyak komitmen len.... memandangkan aku mempunyai komitmen sebagai guru kanan kokurikulum sedikit sebanyak tugas aku terabai. Bayangkan aku belum siapkan rancangan tahunan dan perancangan strategi tahunan lagi sebab asyik menumpukan tahun 6 aku tu...


Setelah aku berfikir esok hari aku akan berjumpa dengan GB untuk menyatakan perletakan tugas aku dalam mengajar sains dalam Tahun 6. Dalam erti lain aku takmo aku dipersalahkan 100% sebab budak Thn 6 gagal sebab aku tak da masa mengajar mereka. dari tu lebey baik aku mengundurkan diri awal bagi mengelakkan hal ini berlaku. Tambahan jadual belajar aku di OUM semakin hari semakin padat menambahkan beban aku dalam hidup aku dalam Tahun 2009 ni....


Oleh itu, aku wat keputusan bahawa aku akan melepaskan jawatan guru Sains Thn 6 bagi menumpukan tugas aku yang lain.... antaranya:
  1. Sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum...insyallah aku akan datang aku mendapat jawatan hakiki...
  2. Pembelajaran aku d OUM tinggal setahun g yang merupakan tahun kena mantapkan gred dalam setiap semester.
  3. KTB dan setiap aktiviti kokurikulum yg dipertandingkan. tumpuan 100% terhadap pertandingan
  4. Kegiatan Pengakap di peringkat Kebangsaan...

01 Mac 2009

Latihan Vokal dan Show yang diundang...



Dalam seminggu dua ni, kehidupan aku dipadati dengan jadual latihan nyanyian untuk jemputan show-show yang mula memenuhi schedule aku ni. Aku kena menjaga vokal aku supaya prestasi persembahan aku akan datang bertambah baik. Semalam aku baru abis show pertama aku untuk tahun ni.... buat di Dewan Bahasa dan Pustaka majlis perkahwinan dengan meriah dihadiri oleh beberapa selebriti malaysia dan tetamu kehormatnya Rosyam Nor dan keluarganya....emcee masa tu DIdie Alias yang melahar aku jap masa aku ngah menyanyi... time aku nyanyi time tu juga dia nak nyanyi..... aku datang lewat sikit memandangkan aku perlu menghadiri kuliah aku terlebeh dahulu dengan diiringi dengan rakan baikku Tun Fareed...