Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

17 Disember 2008

Coretan Juara Lagu Ke 23


Akhirnya, dengan berlangsungnya Separuh Akhir Muzik-Muzik Kategori Pop Rock pada Jumaat lalu, kita dapat mengetahui senarai lagu-lagu finalis yang akan bertarung merebut takhta Anugerah Juara Lagu. Dan Budiey ingin mengucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada semua finalis ini:

Finalis Kategori Etnik Kreatif
Doa Dalam Lagu (Mawi & Heliza)
Persoalan Cinta (Farawahida).
Dusta Berkalang (Aiman)

Finalis Kategori Pop Rock
Kalis Rindu (Elyana)
Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)
Yang Pernah (Estranged)
Aku Stacy (Stacy)
Bukan Di Sini (Sofaz)

Finalis Kategori Balada
Bila Nak Saksi (Spider)
Dingin (Ziana Zain)
Lagu Kita (Aizat)
Cuba (Faizal Tahir)
Sampai Syurga (Faizal Tahir)
Hanya Di Mercu (Ayu)

Kumpulan Estranged terus mengulang kejayaan yang sama apabila berjaya melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu )AJL) untuk tempoh 2 tahun berturut-turut selepas mempertaruhkan lagu ciptaan mereka sendiri, Yang Pernah dalam kategori yang sama iaitu Pop Rock.

Kejayaan Estranged dipilih sebagai finalis Pop Rock itu disifatkan vokalisnya, Richael L Gimbang atau Rich sebagai satu hadiah perkahwinan yang cukup istimewa buatnya yang baru-baru ini telah mengahwini bintang Akademi Fantasia 4 (AF4) Velvet dalam satu majlis perkahwinan yang dirahsiakan di Sabah. Tahun lalu, Estranged tampil dengan lagu Itu Kamu. Lagu itu bukan saja terpilih sebagai juara bagi kategori Pop Rock tetapi juara bagi keseluruhan pertandingan AJL22 .

Apakah Estranged sekali lagi akan mengulang semula kejayaan yang sama menerusi Yang Pernah pada AJL23 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 18 Januari depan?

Sungguh begitu, laluan Estranged kali ini dilihat tidak begitu mudah kerana Meet Uncle Hussein turut tersenarai sebagai finalis. Kehadiran Meet Uncle Hussein yang sealiran dengan perjuangan muzik Indie pastinya akan memberikan saingan. Lebih-lebih lagi apabila Meet Uncle Hussein mempertaruhkan lagu hit mereka, Lagu Untukmu ciptaan angota kumpulan ini sendiri iaitu Taja, Tass dan Lan manakala lirik oleh Taja dan Lan.

Persaingan semakin bertambah sengit apabila Sofaz turut layak. Tahun lalu, Sofaz mempertaruhkan lagu Janjiku. Tahun ini mereka kembali dengan lagu Bukan Di Sini ciptaan anggota sendiri Sofaz iaitu Zimi dan Ameer serta lirik daripada One yang disifatkan lebih baik daripada Janjiku jika dinilai dari sudut melodi dan kompisisinya.

Sofaz turut menyifatkan pemilihan mereka itu sebagai satu rezeki kerana kemasukan mereka separuh Pop Rock ini adalah disebabkan pengunduran penyanyi Syes Fadhley Shah atau Shah menerusi lagu Ku Merindu.

Shah mengambil keputusan menarik diri pada saat-saat akhir selepas kecewa dengan tindakan penyanyi duetnya, Ella yang tidak dapat memberikan komitmen semalam. Dalam pada itu, kejayaan Elyana melayakkan diri sebagai finalis Pop Rock dalam peringkat akhir menerusi Kalis Rindu ciptaan Aidit Alfian dan Ad Samad juga tidak boleh di pandang ringan.

Seorang lagi finalis, Stacy juga berazam melakukan yang terbaik dalam AJL23. Dia mendendangkan lagu Aku Stacy ciptaan Intan Norul Azlin/ Layla Ismail). Antara lagu lain yang bertanding pada malam tadi ialah Separuh Masa (Edry Abd Halim/ Flava), Bila Cinta (Audi Mok/ Ad Samad/Mila), Cinta Si Rama-Rama, (EdrieHashim/Hattan), Aku Lebih Tahu (Ajai/ Loloq/ Mila), Bukti (Tony Iskandar/Loloq/Fiq), Rimas (Cat Farish/Roxy Tail/Fabulous Cat) serta Mabuk (Tam/Loloq/Spider).

Lagu Dingin ‘dilayakkan’ pula untuk Balada! Pertandingan Separuh Akhir Kategori Pop Rock itu turut mengundangkan kejutan apabila pihak penganjuran mengumumkan kemasukan lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan Azalea, Dingin, nyanyian Ziana Zain sebagai salah satu finalis kategori Balada. Minggu lepas, keputusan Balada mencetuskan kontroversi apabila Dingin tidak layak ke final sedangkan ramai menganggap ia karya bermutu serta persembahan mantap daripada Ziana.

Mengulas tentang kelayakan Dingin, Azhar Borhan selaku ketua juri berkata ia terjadi kerana kuota AJL23 ditambah kepada 14 buah lagu. Katanya barisan juri berpendapat selepas semua kategori selesai, kategori Balada menunjukkan lebih banyak karya yang bermutu pada tahun ini.

“Markah untuk lagu Dingin tidak jauh berbeza dengan lagu lain yang menjadi finalis dalam kategori Balada. Namun pemilihan ini bukan atas desakan sesetengah pihak yang mahukan lagu ini dan Ziana bertanding ke final,” katanya. - sumber murai

Sumber Dipetik Dari: www.budiey.com

Tiada ulasan: