Untuk buat kali pertama tahun ni sekolah aku tak membuat Majlis Hari Raya Sekolah untuk murid-murid sekolah aku... Pelbagai perancangan yang dibincangkan oleh cegu-cegu aku akhirnya ditolak mentah-mentah oleh guru besar aku tu...Aku pun tak faham kenapa dia tidak benarkan ... takda alasan yang munasabah yang diberikan... Dia kata boleh buat cuma buat semasa rehat dan murid tidak dibenarkan memakai pakaian raya mereka serta P&P berjalan macam biasa. Stakat P&P memang kami akui cuma selepas rehat berila peluang menjamu selera dengan makanan raya mereka sampai mereka balik. Sepanjang masa tu, murid boleh melakukan aktiviti yang dirancang oleh cegu seperti persembahan kebudayaan, tayangan raya or pelbagai aktiviti yang boleh dibuat seperti games show. Tetapi jawapan yang dapat.... tidak.... keras hati betul dia dan kedekut juga.... ada ke dia taknak hidangkan murid dengan nasi impit seperti yang dijanjikan sebelum ni... huhuhu...janji tinggal janji betul... pendirian pun tak tetap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan