Minggu ni merupakan bulan pose yang seperti mana dihadapi tiap-tiap tahun di bulan Ramadhan... Aku bersyukur kerna diberi peluang untuk membersihkan hati ini yang telah sekian lama berkelodak dengan dosa-dosa sepanjang tahun ini. Saat ini la aku mendapatkan peluang yang ada. Cuaca di luar sana pula tidak menentu sepanjang hari ni hujan asyik turun je kemudian panas... boleh dikatakan suhu di sekitar sini sejuk sahaja.... mungkin ia bermanfaat dengan bulan ni agar pose dapat dibuat dengan lancar tapi lain jadinya apabila kesihatan aku terganggu bila aku termakan udang yang merupakan pantang menjadi makanan aku... yelah alergikla katakan... badanku terus tidak dapat menerima lalu mulai seram sejuk dibuatnya. Akhirnya aku mengambil keputusan pagi Khamis untuk time sleep dan bergegas ke klinik di KLIA. Dengan suntikan dan ubat antibiotik serta sedikit ubatan diberi aku balik ke rumah terus dan melelapkan mata sehingga waktu berbuka. Sebenarnya aku terpaksa berbuka memandangkan demam aku semakin teruk. Jadi, doktor benarkan atas sebab kesihatan... dan aku pula kena menggantikannya selepas raya nanti. Skank pula anak tekak aku macam bengkak je... takut gak sebab besar gak bengkak tue...hosemate aku kata sebab badan aku panas....hmmmm....
1 ulasan:
moga cepat sembuh..=)
Catat Ulasan