Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

13 Jun 2008

Aktiviti Senamrobik....2 hari berturut-turut... sengal tulang aku huuhuhu...

Nampaknya seminggu berkampung di dalam dewan memandangkan GB tak benarkan semua murid duduk di dalam kelas atas sebab keselamatan penyambungan wayar elektrik di dalam kelas belum selesai ... Tambahan kelalaian pekerja wiring ni mengancam keselamatan murid-murid sekolah aku.... bukan murid sahaja malah cikgu pun boleh terkena kejutan elektrik.


So pagi selama 2 hari ni, aku membuat aktiviti senamrobik.... seronok bukan main murid-murid aku ni ... yelah dah lama tak buat senamrobik beramai-ramai rasanya dekat 2 tahun juga.... Kak Asmah yang menjuarai ratu joget lambak pun join gak ahaks.... sekepala kan... selepas aktiviti tayangan dan kuiz dijalankan di dalam dewan.... kesian meka sebab aktiviti P&P tak dapat dijalankan dengan baik memandangkan keadaan yang tidak sesuai... aku pun dah naik muak nak dok dalam dewan tuh.... pagi tu sempat juga aku buat permainan Jangan Lupa Lirik... semua lagu yang diajar oleh aku .... aku nyanyi kan kemudian murid aku menyambung lirik tesebut.... seronok sebab murid-murid semua enjoy dalam game ni....heheheh

Tiada ulasan: