Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

29 Disember 2008

Kenangan Percutian di Kelantan pada 24 - 28 Dis 2008


Berakhir sudah percutian kami yang sungguh indah ni dengan penuh gelak tawa dan kegembiraan yang disahut dengan pelbagai celoteh di antara kami berlima.... wah rasa seronok tak terkira walaupun kena beringat juga di sebalik keseronokkan kami ni.... walaubagaimanapun akan datang kemungkinan lagi ada trip lagi yang akan menyusul

25 Disember 2008

Yea berjaya mengharungi 7 jam perjalanan dari Danau Kota Ke Kota Bahru

Suka Ria Dalam Percutian Cuti-cuti Malaysia...

Wah dah sampe rupanya kami orang.... teka sine tempatnya...nangga di belakang... B.A.L.I......salah.....kat Kedai Hayaki Kopitiam.....sambil bekfast sambil cuci mata....
Abg Hairul n Tun Fareed pemandu pelancong kami....
Kumpulan indie band baru......Group Meet Aunty Khadijahn....bakal menggantikan Meet Uncle Hussien
Layout terbaru cover album....persoalan.....sila buat rumusan dan komen tentang photo ini..

24 Disember 2008

Kembara Percutian Warna warni Malaysia

Destinasi Kelantan Darul Naim, negeri Cik Siti Wan Kembang bermula.....

He has a great voice...


Ridzuan - Permata kasih

Setiap mata memandang
Setiap kata terucap
Mendamaikan
Dicipta tanpa pengganti
Janji yang seikhlas hati
Sayang

Bermulalah kisah cinta pertama
Antara manusia dan di syurga
Cahayanya menyinari alam semesta

Setiap dari diri mu
Setiap dari jiwa mu
Ada aku
Inginku mendekati mu
Keayuan bidadari
Kasih

Kerana ku tahu kau masih sangsi
Tanpa disedari tercipta engkau untuk ku
Doa ku kepadanya
Telah di kabulkan

Dari dusta dan ternoda
Terhumban kita ke dunia
Terpisah terasing
Sendirian berduka

Akan ku jejak kau
Walau bulan tak bersinar
Gelap malam bukan
Penghalang untuk kau menempuhinya

Bertemu kita di penghujung dunia
Berpaut rasa cinta yang dibina
Engkau lah yang satu permata kasih ku
Terukir indah kenangan yang teragung
Kasih

Gigih ke Kay ell jam 1.00 pagi






Ntah camna semangat nak turun kl selepas beberapa jam sampe daru kuching.... Anyway saja turun awal memandang kan keta kan sik banyak sia... senang la sampe dan cari jalan ke Mali (umah hapis) dalam 40 minit mek dah sampe area wangsamaju cuma sik jumpa ne jalan umah hapiz yang.... last2 hapiz call mek lalu la jadi pandu arah jalan mek. Cuak gilak mek coz sik jumpa jalan yang dicari. sampe mek terjumpa pompuan gila gurin tengah jalan dengan dikerumini polis dan ntah mana dtgnya Bulan Sabit merah....Ahakz.... alhamdulillah jumpa juak jalan lalu kamek, hapis dan Shila (miak swak juak wah ada geng da).... terus g ampang ... motif jalan-jalan cari makan.... makan dan borak-borak ngan hapiz dan shila until 3.30 am... Balik jak umah kamek nanga design gaun hapiz ya....huhuuhu macam sik berapa kena....lalu mek bagila tip agar dibah kain metalic ya nya bubuh kain organza senada dengan gaun nya.... aram kitai nanga modelnya dari shila....hehehhehe....

Minta maaf hehehe background selambak mcm joget lambak jak.... good pose shila...budak brutal jadi budak ayu plak.... mun ada cadangan idea para blogger... bolih jak kongsi idea nak memurnikan design si hapiz ni...

23 Disember 2008

Sekembali dari Kuching....esoknya bercuti di Kelantan...

my New Handphone N95 8GB


Maafin kepada kalian blogger aku nie... aku tak sempat nak update blog walaubagaimanapun aku akan update ni jika ada ruang dan masa aku di Kelantan nanti.... selamat bercuti .....mai rest kan minda anda dengan cuti-cuti Malaysia....

17 Disember 2008

Kuching....Im back....ayuh sambut mek tuk ahakz...






I miss so much my hometown.... segala memori ada disini..


Main office company my dad...Sibu... Sanyan Building


Thanks to Khairul Onggon ..... great pictures,,,,

Persembahan Bertenaga dan Vokal yang Mantap Dari Stacy , Malam Separuh Akhir Pop Rock 2008

Cograt to Stacy sebab malam tu dia memang bagi persembahan yang superb ngan chareografer yang simply tp cathcy... dia memberi impak pada lagu yang dibawanya.....excited giler bila dia diumumkan calon yang layak ke final Anugerah Juara Lagu ke 23 nanti .

Coretan Juara Lagu Ke 23


Akhirnya, dengan berlangsungnya Separuh Akhir Muzik-Muzik Kategori Pop Rock pada Jumaat lalu, kita dapat mengetahui senarai lagu-lagu finalis yang akan bertarung merebut takhta Anugerah Juara Lagu. Dan Budiey ingin mengucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada semua finalis ini:

Finalis Kategori Etnik Kreatif
Doa Dalam Lagu (Mawi & Heliza)
Persoalan Cinta (Farawahida).
Dusta Berkalang (Aiman)

Finalis Kategori Pop Rock
Kalis Rindu (Elyana)
Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)
Yang Pernah (Estranged)
Aku Stacy (Stacy)
Bukan Di Sini (Sofaz)

Finalis Kategori Balada
Bila Nak Saksi (Spider)
Dingin (Ziana Zain)
Lagu Kita (Aizat)
Cuba (Faizal Tahir)
Sampai Syurga (Faizal Tahir)
Hanya Di Mercu (Ayu)

Kumpulan Estranged terus mengulang kejayaan yang sama apabila berjaya melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu )AJL) untuk tempoh 2 tahun berturut-turut selepas mempertaruhkan lagu ciptaan mereka sendiri, Yang Pernah dalam kategori yang sama iaitu Pop Rock.

Kejayaan Estranged dipilih sebagai finalis Pop Rock itu disifatkan vokalisnya, Richael L Gimbang atau Rich sebagai satu hadiah perkahwinan yang cukup istimewa buatnya yang baru-baru ini telah mengahwini bintang Akademi Fantasia 4 (AF4) Velvet dalam satu majlis perkahwinan yang dirahsiakan di Sabah. Tahun lalu, Estranged tampil dengan lagu Itu Kamu. Lagu itu bukan saja terpilih sebagai juara bagi kategori Pop Rock tetapi juara bagi keseluruhan pertandingan AJL22 .

Apakah Estranged sekali lagi akan mengulang semula kejayaan yang sama menerusi Yang Pernah pada AJL23 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 18 Januari depan?

Sungguh begitu, laluan Estranged kali ini dilihat tidak begitu mudah kerana Meet Uncle Hussein turut tersenarai sebagai finalis. Kehadiran Meet Uncle Hussein yang sealiran dengan perjuangan muzik Indie pastinya akan memberikan saingan. Lebih-lebih lagi apabila Meet Uncle Hussein mempertaruhkan lagu hit mereka, Lagu Untukmu ciptaan angota kumpulan ini sendiri iaitu Taja, Tass dan Lan manakala lirik oleh Taja dan Lan.

Persaingan semakin bertambah sengit apabila Sofaz turut layak. Tahun lalu, Sofaz mempertaruhkan lagu Janjiku. Tahun ini mereka kembali dengan lagu Bukan Di Sini ciptaan anggota sendiri Sofaz iaitu Zimi dan Ameer serta lirik daripada One yang disifatkan lebih baik daripada Janjiku jika dinilai dari sudut melodi dan kompisisinya.

Sofaz turut menyifatkan pemilihan mereka itu sebagai satu rezeki kerana kemasukan mereka separuh Pop Rock ini adalah disebabkan pengunduran penyanyi Syes Fadhley Shah atau Shah menerusi lagu Ku Merindu.

Shah mengambil keputusan menarik diri pada saat-saat akhir selepas kecewa dengan tindakan penyanyi duetnya, Ella yang tidak dapat memberikan komitmen semalam. Dalam pada itu, kejayaan Elyana melayakkan diri sebagai finalis Pop Rock dalam peringkat akhir menerusi Kalis Rindu ciptaan Aidit Alfian dan Ad Samad juga tidak boleh di pandang ringan.

Seorang lagi finalis, Stacy juga berazam melakukan yang terbaik dalam AJL23. Dia mendendangkan lagu Aku Stacy ciptaan Intan Norul Azlin/ Layla Ismail). Antara lagu lain yang bertanding pada malam tadi ialah Separuh Masa (Edry Abd Halim/ Flava), Bila Cinta (Audi Mok/ Ad Samad/Mila), Cinta Si Rama-Rama, (EdrieHashim/Hattan), Aku Lebih Tahu (Ajai/ Loloq/ Mila), Bukti (Tony Iskandar/Loloq/Fiq), Rimas (Cat Farish/Roxy Tail/Fabulous Cat) serta Mabuk (Tam/Loloq/Spider).

Lagu Dingin ‘dilayakkan’ pula untuk Balada! Pertandingan Separuh Akhir Kategori Pop Rock itu turut mengundangkan kejutan apabila pihak penganjuran mengumumkan kemasukan lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan Azalea, Dingin, nyanyian Ziana Zain sebagai salah satu finalis kategori Balada. Minggu lepas, keputusan Balada mencetuskan kontroversi apabila Dingin tidak layak ke final sedangkan ramai menganggap ia karya bermutu serta persembahan mantap daripada Ziana.

Mengulas tentang kelayakan Dingin, Azhar Borhan selaku ketua juri berkata ia terjadi kerana kuota AJL23 ditambah kepada 14 buah lagu. Katanya barisan juri berpendapat selepas semua kategori selesai, kategori Balada menunjukkan lebih banyak karya yang bermutu pada tahun ini.

“Markah untuk lagu Dingin tidak jauh berbeza dengan lagu lain yang menjadi finalis dalam kategori Balada. Namun pemilihan ini bukan atas desakan sesetengah pihak yang mahukan lagu ini dan Ziana bertanding ke final,” katanya. - sumber murai

Sumber Dipetik Dari: www.budiey.com

Perkahwinan Rich Estranged dengan Velvet Af4

15 Disember 2008



Shila OIAM - Memori Tercipta

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita

Mungkin disini kita kan terpisah

Kenangan bersama tiada kulupa


Mengalun suara sesuri bisikan hati

Seiringan mencari haluan berseni

Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi

Tiada pun terduga pintunya terbuka


Di sini jua memori tercipta

Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis

Semuanya bagiku terindah

Kuingati buat selama-lamanya


Di sini jua memori tercipta

Walau seketika terjalin kasih kita

Mungkin disini kita kan terpisah

Kenangan bersama tiada kulupa
Mungkin disini kita kan terpisah

Kenangan bersama (3x)

Mungkin disini kita kan terpisah

Kenangan bersama tiada kulupa

Dedicate to my lil sis ... Puteri Nurfatihah Aisha....

Semoga kehidupan baru membawa seribu kebahagiaan yang diimpikan

14 Disember 2008

Terima akan suratan takdir yang telah ditentukanNya dengan REDHA...

Memang ia merupakan dugaan paling getir dalam hidupku walaupun keadaan aku seperti biasa namun aku masih terkejut dengan apa yang diberitahu oleh my mom... still now im still remember wat my mom saying...terlalu awal bagi my lil sis untuk menerimanya dan me also.....



Tetapi aku kena berfikir rasional dan mengapa ia terjadi.... aku juga belajar untuk menerima segala ketentuan yang telah ditentukan...qadak dan qadar....... Pada pemikiran aku maybe ni satu jalan lebih my lil sis aku memperbaiki masalah peribadi dirinya dengan berada di ibubapa kandungnya. Mungkin dari situ dia belajar tentang tanggungjawab dirinya memandangkan dia ada ramai g adik2nya... suke aku sebab dia mempunyai beberapa orang adik beradik dia....wah.... dan kalu meka tu adik my lil sis that mean dorang juga adik beradik aku juga....huhuhuhu.... nenek nya pun dah cakap ttg aku... adik ku promote ke.....siap mintak gambar lagi....ttp aku belum bersedia apa-apa g untuk tu....



Kalu tiada aral melintang adik aku juga akan pindah ke Kem Sg Petani Kedah ikut familinya tinggal dalam Kem Askar di sana...... wah kembali jadi anak askar dia seperti mana aku dulu.... merasai semula hidup di dalam kem tentera.... sebelum dia tak merasai seperti mana aku dibesarkan di dalam kem.....maybe inilah peluangnya mengenal ibubapanya....kehidupan baru.... suasana baru di dalam menempuh alam masa depannya..... aku sedih gak bila aku terfikirkan dirinya.....isk isk isk....... kami sekeluarganya pun memang menadah luas tangan kami jika dia kembali ke dalam keluarga kami....... bila-bila masa dia boleh balik ke pangkuan kami .... sebab kami menyayanginya tanpa mengenal siapa dia sebenarnya... dia tetap my lil sis aku yang baik dan penyayang.....

10 Disember 2008

Aku Kembali Keseorangan 16 tahun dahulu....

Sedeh memang sedeh... sapa tak sedeh bila my luvly adik pompuan aku Puteri Nurfatihah Aisha mahu dituntut kembali semula ke pangkuan ibunya... Kenapa 16 tahun dahulu dia tak wat begitu... ini kan sekarang. My mom very sad about this new. Ini bermakna aku kembali menjadi anak tunggal famili aku semula dan sunyila aku..... aku skank buntu nak memikirkan hal ni memandangkan tambah rumit bila aku berada jauh dari mereka...harap aku sempat melihat adikku Puteri setibanya aku pulang pada 17 Dis ini...

Pic Photoshoot Deballz Studio Collection...dah siap da..






08 Disember 2008

Tranformasi Terkini Sempena Rayo Haji...


Guess What?

Selamat Hari Raya Aidiladha...


Salam Aidiladha wat pembaca blog yang kamek sayangi....huhuhu...amcm raya haji kali tok...tahun tuk mek berjauhan gik ngan famili... asal raye haji jak nang beraye sorang jak...but this year mek beraya ngan Ejal di Kay Ell.... Bebeza ngan raye sebelum ni balik Johor takpun beraya sorang-sorang jak...

Selamat Hari Raya Haji kepada semua pembaca blog yang saya kasihi....semoga keberkatan hari yang mulia mewarnai hari-hari ceria anda...Amin....

Pengertian Haji dan Syariatnya

Haji ialah perlakuan ibadah yang diakui syarak mengandungi niat dan perbuatan, khusus dilakukan di Mekah dalam beberapa bulan tertentu, bagi memenuhi perintah Allah dan mencari keredaanNya. Ia merupakan syariat agama yang utama yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Ibrahim a.s. Fardu Haji diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun kesembilan Hijrah (S.Sabiq 1:625). Pengsyariatannya diperkuatkan dengan dalil Al-Quran, Al Sunnah dan Al-Ijma', menjadikan salah satu rukun Islam yang lima, mengingkari kewajipan dan segaja menggalakkan boleh membawa kufur dan terkeluar dari Islam.

Dalil daripada Al-Quran di antaranya dalam surah Ali Imran, 3: 96& 97 yang bermaksud :

"Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia ialah Baitullah yang di Bakkah(Mekah) yang diberkahi dan menjadi peruntuk bagi semua manusia. Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata (diantaranya) Maqam Ibrahim; barang siapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia;mengerjakan haji adalah kewajipam manusia terhadap Allah; iaitu (bagi) orang yang sanggup (mampu) mengadakan perjalanan kepadanya. Barangsiapa yang kafir (engkar terhadap kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam (ini)". Lihat juga Surah al-Hajj, 22:26&27.

Dalil al-Sunnah dijelaskan dalam satu hadis yang bermaksud:

"Islam itu dibina di atas kekuatan lima perkara, diantaranya ialah haji". Selain al-Quran dan Al-Sunnah, kewajipannya juga disepakati oleh para ulama" dari dahulu hingga sekarang. Ibadah haji juga adalah sebahagian daripada sebaik-baik amalan seperti dijelaskan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang apakah dia sebaik-baik amalan, Baginda menjawab: beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian jihad fisabilillah, seterusnya hajinya mabrur.

Ibadah haji juga boleh menghapuskan dosa-dosa dan mengembalikannya bersih seperti ia masih kecil; ia juga merupakan jihad, perutusan Allah yang setiap doa dan istighfarnya diterima Allah, dan yang paling utama ialah balasan bagi orang yang mendapat haji mabrur ialah syurga (S.Sabiq, 1:627)


Hikmah Haji

Haji bukan ibadah yang menjadikan seseorang itu merasa malu jika tidak menunaikannya. Ia juga bukan ibadah pelancongan untuk menunjukkan diri ke Baitullah, sebab dengan solatpun boleh mengarahkan diri mengadap ka'abah. Pada hakikatnya ibadah haji mempunyai hikmah dan falsafahnya yang tersendiri yang cukup dalam dan sangat bermakna dalam kehidupan umat Islam.

Ibadah Haji merupakan ibadah yang mengarahkan umat Islam kepada sesuatu matlamat iaitu keredaan Allah; ibadah yang menuntut keikhlasan dan pengorbanan seuntuhnya, baik dari segi raga mahupun harta bendanya; ibadah yang menuntut kesatuan umat, bukan perpecahan, menyatukan diri dengan umat Islam di seluruh dunia; ibadah yang menuntut saling berinteraksi dalam usaha mendekatkan diri dalam kesatuan jama'ah muslimin yang teguh. Nikmat kesatuan tujuan, matlamat dan ukhuwah ini hanya boleh dirasai oleh mereka yang yakin dan ikhlas dalam mengerjakan ibadah haji, dan faham dengan jelas konsep peribadatan dalam Islam.

Umat Islam tidak hanya semata-mata digalakkan untuk mengejar kebahagian di akhirat dengan bertawakal tanpa usaha, tetapi ia juga wajib berusaha untuk mencari kebahgiaan di dunia yang menjamin kebahgiaan di akhirat. Oleh sebab itu, ibadah haji diwajibkan ke atas mereka yang mampu. Ibadah haji memberi makna orang Islam wajib berusaha mencari kebahgiaan dunia dan akhirat. Mereka yang ingin menyempurnakan agama dengan menunaikan haji maka ia wajib mencari harta bagi membiayai perjalanan ke tanah suci Mekah. Usaha yang paling minima ialah sehingga ia mempunyai lebihan wang setelah digunakan untuk keperluan diri, keluarga dan tanggungjawabnya dan juga setelah menunaikan zakat. Ini bermakna ibadah haji mendorong umat Islam berusaha lebih kuat bagi menjamin kebahgiaan hidup dan keselesaan beribadah dengan cara yang lebih sempurna.

Iman bukan semata pengakuan lidah tetapi juga disertai dengan amal. Ibadah haji merupakan ujian, perngorbanan dan keikhlasan seorang muslim dalam mengukur keimanannya. Setelah imannya teruji dengan baik dengan melakukan solat dan sawm, pengorbanan harta seperti berzakat dan bersedekah atau infaq fisabilillah maka datanglah ibadah haji yang mengandungi kedua-dua sifat pengorbanan, yang menuntut umat islam mengorbankan jiwa raga atau fizikal untuk berusaha mencari harta dan pengorbanan wang serta seluruh kepentingannya yang lain untuk menunaikan haji. Ujian meninggalkan segala yang berbentuk keduniaan merupakan sesuatu perkara yang menguji keikhlasan seseorang dalam mengerjakan ibadah haji. Hasil keikhlasannya itu akan dapat dinikmati di dunia dengan rasa puas apabila pemergiannya itu dapat merubah sikap dan amalannya ke suatu tahap yang lebih baik dan mantap dalam kehidupannya. Itulah yang disebut mendapat haji mabrur.


Rukun Haji dan Umrah

Rukun haji lima perkara iaitu ihram beserta niat, wuquf di Arafah, tawaf keliling Ka'abah, melakukan sa'iy di antara Safa dan Marwah dan bergunting dan cukur rambut. Sementara rukun umrah pula empat perkara seperti di atas tetapi tidak termasuk wuquf di Arafah dan boleh dikerjakan bila-bila masa sepanjang tahun. Ibadah haji dilakukan mengikut cara-caranya yang tertentu dan berperaturan.

  • Rukun pertama umpamanya, memakai ihram berserta niat. Apabila ihram dipakai serta niat ihram haji diucapkan maka segala perkara yang dilarang wajib dijauhi. Ihram haji terbahagi kepada tiga, iaitu Haji Ifrad, Tamattu dan Qiran. Haji Ifrad ialah dilakukan ihram berserta niat haji. Setelah selesai barulah dikerjakan umrah, dan umrah itu hendaklah dilakukan pada tahun itu juga. Tamattu pula dilakukan ihram beserta niat umrah terlebih dahulu, setelah selesai baru dilakukan ihram haji. Sementara Qiran dilakukan kedua-dua ihram haji dan umrah serentak, maka amalan umrah termasuk dalam amalan haji, begitu juga Miqat dan perbuatan menjadi satu, tidak ada lagi muqat atau perbuatan yang terpisah-pisah.

  • Rukun kedua ialah tawaf di Arafah. Ia merupakan rukun haji yang paling penting dikira wukuf walaupun sekadar lalu atau berhenti seketika di Padang Arafah. Waktu wuquf bermula dari masuk matahari hari Arafah (hari yang ke 9) sehingga terbit fajar pagi.

  • Rukun ketiga ialah tawaf keliling ka'abah, disebut tawaf ifadah atau tawaf rukun semasa tawaf, keadaan seseorang itu hendaklah suci darpada hadas dan najis pada badan pakaian dan tempat. Jika berlaku hadas ketika tawaf maka wajib mengambil wuduk semula dan sambung semula tawaf hingga selesai tujuh kali pusingan. Dimulakan dari hajar aswad mengadap hajar sepenuhnya, kemudian jadikan ka'abah sebelah kirinya, terus berjalan mengelilinginya.

  • Rukun keempat ialah mengerjakan sa'iy di antara bukit Safa dan Marwah, sebanyak tujuh kali. Dilakukan secara tertib, dimulakan dari Safa ke Marwa. Tidak disyaratkan suci seperti dlam solat, afdalnya berjalan kaki, jika syak bilangannya enam atau tujuh hendaklah ambil yang sedikit.

  • Rukun kelima ialah bercukur atau gunting rambut kepala, sekurang-kurangnya tiga helai, afdalnya bagi lelaki ialah bercukur bersih. Apabila kesemua lima rukun ini dilakukan secara tertib, maka selesailah ibadah haji. Mengenai wajib dan sunat haji atau umrah dilakukan bersekali dengan rukun ketika menunaikan haji atau umrah.

Secara amalinya ibadah haji (ifrad) orang dari Malaysia seperti berikut. Sebaik sahaja masuk petang hari ke sembilan (mereka yang tinggal di Mekah) memakai ihram, menuju ke Tan'im, mengambil wuduk, solat dua rakaat sunat ihram di Masjid Tab'im, terus menaiki kenderaan menuju ke Padang Arafah, kenderaan akan sampai Arafah pada waktu malam dan kutip batu lontar jumrah sebanyak 21 biji dan wukuf di Arafah.



07 Disember 2008

Deballz Studio... akhirnya....


Alhamdulilah... akhirnya kamek berhasil juak menyiapkan tugasan mek dalam modeling di Deballz Studio. Walaupun segaut ngan Tun yang lambat siap mengalahkan anak dara tapi sempat juak menjejakkan kaki mek di studio dalam jam 9.10 minit... Gementar juak perasaan mek time ya memandangkan rame juak yang datang untuk sesi photoshoot tu... Pagi ia mek memakai pakaian glam warna hitam, kasual phylosophy dan smart ngan kot warna gold.... Alhamdulillah juak proses pada pagi ya berjalan dengan lancar dan baik sekali hasil bimbingan Bro Harris dan yang membantu Ash serta thanks to Kak Lin atas make up yang dipolah ya...cantik sekali...


Balik pas dari photoshoot lepak ngan Tun di mamak stall then di tasik sementara menunggu kawannya amik dia untuk balik berhari raya di Kelantan.... so sempatla wat photoshoot sendiri gitew hahahhaha.... balik ke nilai pada pagi tu sangatlah menyampah, jem giler sampe ke tol nilai.... then balik umah aku terus berehat dan petang balik umah abg long.... dan tetiba balik umah org tersayang untuk berhari raya....