Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

17 Jun 2007

Program Perkembangan Staff....16 Jun ...


Alhamdulillah ... habis gak kursus pendek yang diberikan kepada kami sebagai warga pendidik...SK Jimah Baru dan SK Jimah .... Hari ni kami diberi pendedahan dalam etika bekerja oleh Unit Kaunseling PPD Port Dickson... ANyway kalu orang lain dengar mungkin dorang kata kami bermasalah hehehehehe... Tapi sebenarnya tidak ia sebagai pendedahan bagaimana hendak menangani masalah di sekolah terutamanya berhadapan dengan boss... So jadi hari ni kami diberi peluang bagaimana menangani masalah sikap guru-guru sekarang... banyak gak yang terasa dalam ceramah pagi tu... aku di belakang juz gelak-gelak jela... memandangkan ia adalah satu benda baik yang perlu dicontohi hasil daripada apa yang dikatakan oleh Encik Jamaludin tadi.... Then giliran Encik Zulkarnain yang sememangnya pekat bahsa Nogri nya....aku ni terkulat-kulatla nak memahami bait patah yang dicakap olehnya... tajuk yang dikupas ialah berkenaan komunikasi yang berkesan.... tentang bagaimana cara kita berkomunikasi dengan baik dan akhir sekali Puan Rosnani membentangkan isu pengurusan Stress... seronok gak dalam slot yang ini kerana menyentuh tentang bagaimana mengawal perasaan stress.... ada aktiviti yang menyeronokkan juga....teknik urutan stress... titik pengawalan saraf...wah macam doktor lak....yg pasti tahniah pada mereka bertiga kerana memberi satu input dan output yang berkesan kepada kami .... hehehe ....berkesan ? Harap yang terasa tu dapat sedarkan diri k huhuhuhu

Tiada ulasan: