Hari ni aku bagaikan tak percaya kerna my GB memberi harapan pada aku untuk menyandang jawatan Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum.... Pada mulanya , aku ingatkan dia bergurau je rupanya serius dia berkata demikian.... So aku tak dapat terima kerna tugas itu memang berat untuk dipikul... tambahan lagi aku tak mau member-member yang lama kat sini rasa terpinggir lak... yelah aku baru 1 tahun lebih berkhidmat di SK Jimah Baru ni...tup tap tup tap kena jadi GPK Koko dalaman. Yelah kalu di sekolah ulu aku boleh la terima kerna kekurangan guru tapi dalam sek ni banyak-banyak guru aku gak yang terpilih... Gb bagi alasan bahawa aku dah lama berkhidmat dalam service aku sebagai guru ni...tambahan lagi aku aktif dalam koko then hari cemerlang dalam jayakan Kejohanan Olahraga Sekolah yang lepas.... Oleh jadi, Gb kata jadikan ia satu cabaran then kita belajar melalui kelemahan dan kalu tak faham sama-sama akan cuba menyelesaikan... anyway dia kata Koko ni aktivitinya bermusim....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan