Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

30 Mei 2007

Goodbye My Luvly Person....im still luv u....n forever.....:(

HAZRUL NIZAM

Kaulah Segalanya

Kau merubah segala,
Cinta yang ku dahaga,
Kehadiran dirimu menyinarikan semula hatiku,

Kaulah segalanya,
yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai

Hulur tanganmu kasih,
sambut cintaku,
jangan tinggalkan aku seorang diri
tak sanggup lagi dilukai

Maafkan aku, jika salahku,
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu, betapa pahit mu,
menerima sejarah hidupku

Kaulah segalanya,
yang menyinar hidupku, kasih
Hanya satunya yang ku cintai

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu ikhlas sejati

Cintaku padamu, ikhlas sejati

26 Mei 2007

Sayonara buat Kak Aziah....

Semalam gak merupakan hari terakhir berkhidmat di sekolah aku... Sudah 6 tahun beliau berkhidmat sebagai guru disini... tambahan beliau merupakan penggamat keceriaan sekolah aku ni tanpa dia bererti sunyila bilik guru nanti... Aziah ni memang terkenal ngan mulutnya yang becok... yelah anak mami Penang kan.... Sempat gak kami gelar Mami Jarum... Yelah... takda sore dia memang tak sah sekolah ni...akan dtg lepas cuti sekolah bilik guru kami sunyi sepi.... anyway kami gak ada gelar Ratu Air Mata... sebab mudah sangat mengalirkan mata dia.... Semalam hari terakhir dan majlis perpisahan yang serba ringkas di buat dihadapan murid-murid... bermulala siaran airmata dari dia dan aura Aziah menyampaikan ucapan membuatkan semua murid SK Jimah Baru menangis kesedihan mengenangkan cikgu dedikasi sepertinya akan berlalu pergi ke sekolah lain. So dari aku...agar Aziah dapat bekerja lebih baik di sekolah barunya nanti...then chaiyuk !!!!

Transformasi


Malam tadi aku bertukar dari insan biasa jadi punk rock plak... huhuhu semata-mata untuk Celcom Karaoke Competition tu... so aku telah menukar imej aku ke punk rock... so lihat perubahan drastik ku yang hanya beberapa jam je....hehehehe

24 Mei 2007

Celcom Singing Competition....Chaiyuk

Sebenarnya aku tak mau masuk dalam pertandingan ni memandangkan keadaan sore ku yang masih serak akibat jeritan aku mengajar tarian...Ntah macam na niat aku terdetik nak masuk last minute.... malam ni g amik borang...kat Sendayan ... Sebab nape aku gatal nak amik risiko ngan sore aku dah serak-serak basah ni...Bcoz maybe rezeki aku ada jadi bolehlah dapat wang tunai...bolehla wat belanja balik sarawak... aku pun tension cz tgh sengkek bayar semua bil then tiket Air Asia yang makin mahal ni... so takda pilihan cuba je... tambahan semua member sokong aku ni amik competition ni... yelah last year juara belah kawasan aku... pa salah aku cuba kat area Sendayan... anjuran Celcom lak tuh... Pilihan lagu kali ni aku wat keputusan untuk ambil Pop Rock memandangkan sore pun sangat sesuai... So wish me luck dalam competition nanti...yang pasti dress aku esok di sebelah ni... Rock Beb!!! Dalam pada tu aku nak hitamkan area mata ku esok... saksikan esok hari.... aku pun akan pesan semua murid-murid aku yang tinggal area tu...supaya datang tengok cikgu mereka plak beraksi...Chaiyukkkk.......

Bongkar album lama terjumpa yang ini....

Tadi tengah selongkar album lalu terjumpala pic yang aku sayangi...pic my mom n my dad masa muda.... ada la gak muka iras-iras ngan aku exspecially my luvly mom then gaya tu boleh dapat kita lihat kat my dad lak.... yang sebelah kanan tu....bukan yang pakai jaket tau...

22 Mei 2007

Cabaran Lebih Mencabar

Hari ni aku bagaikan tak percaya kerna my GB memberi harapan pada aku untuk menyandang jawatan Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum.... Pada mulanya , aku ingatkan dia bergurau je rupanya serius dia berkata demikian.... So aku tak dapat terima kerna tugas itu memang berat untuk dipikul... tambahan lagi aku tak mau member-member yang lama kat sini rasa terpinggir lak... yelah aku baru 1 tahun lebih berkhidmat di SK Jimah Baru ni...tup tap tup tap kena jadi GPK Koko dalaman. Yelah kalu di sekolah ulu aku boleh la terima kerna kekurangan guru tapi dalam sek ni banyak-banyak guru aku gak yang terpilih... Gb bagi alasan bahawa aku dah lama berkhidmat dalam service aku sebagai guru ni...tambahan lagi aku aktif dalam koko then hari cemerlang dalam jayakan Kejohanan Olahraga Sekolah yang lepas.... Oleh jadi, Gb kata jadikan ia satu cabaran then kita belajar melalui kelemahan dan kalu tak faham sama-sama akan cuba menyelesaikan... anyway dia kata Koko ni aktivitinya bermusim....

21 Mei 2007

Kelong Acheh - Percutian pada 30 Jun bersama Otai2 Scout...

Wah tak lama g kami akan bercuti di atas Kelong Acheh...pada 30 Jun.... So aku akan g ngn semua member scout yang lain... Petang ada meeting kat Linggi...aku tak pergi sebenarnya....malas kit...so Meor n Zam informkan kat aku...so hanya bayar RM 50 ringgit je.... Rm 100 sponsor dari mereka... Kat sini sedikit sebanyak tentang Kelong Acheh...Huh tak sabar nak g sana....

20 Mei 2007

Jadual dalam percutian nanti.... 31Mei - 3 Jun 2007

Waaaa...hujung bulan ni aku akan kembali ke kampung ku iaitu Kampung Stakan Melayu, Muara Tuang so pelbagai aktiviti yang aku akan lakukan sepanjang masa di Kuching nanti.... Rindu ngan famili, my luv mom, my dad n Deq Putri n kucing-kucing peliharaan Deq Putri. Dah dekat 8 bulan sik pulang sinun.... Nak tengok sangat apa yang berubah di sekitar sana... Ntah macamana perihal bilikku disana...

Antara aktiviti aku sepanjang 31 Mei hingga 3 Jun nanti :
  • Balik kampung ninek kat Kpg Merdang Lumut....cz Hari Gawai...Gayu Guru Gerai Nyamai...

  • Rindu nak makan kuih ninek aku....

  • Rindu nak drive Prado n Kembara yang tersadai kat umah...

  • Jumpa Chimi, Pris, Deb dan ED ... yelah susah nak jumpa bila dah keje ni

  • Nak picnic kat Santubong atau Sematan ngan members

  • Makan-makan, jalan-jalan n' nonton wayang dengan Fie....heheheh

  • Nak tido sepuas-puasnya

  • Jalan-jalan kat India Street

  • Makan kat restoren di Tun Jugah

  • Jalan kat my dad office di Bandaraya Kuching

  • Jalan Pasar Malam Satok

19 Mei 2007

Siapakah Bakal Menjadi Juara AF5


Di dalam undian di laman web Akademi Fantasi mengatakan bahawa Mila mendapat ranking undian ramalan juara sebanyak 33.7% berbanding rakan-rakanya yang lain. Ebi 25.3%, Heliza 15.5%, Aswad 13.1% dan Candy 12.5%. Adakah juara pada kali ni adalah perempuan... sama-sama kita nantikan pada malam ni jam 9 malam di Astro Ria. Jika Mila menjadi juara AF5 maka terjawabla bahawa Mila adalah juara wanita yang pertama di dalam Akademi Fantasia selama 5 musim. Sebelum ini kita dapat melihat bahawa AF ni banyak dipelapori oleh lelaki bagi juaranya. Anyway aku boleh melihat pretasi Mila dari awal konsert hingga kini. Setiap konsert Mila menunjukkan peningkatan dari segi vokal, kawalan, eksperisi wajah, pentas dan keyakinannya dalam menarik perhatian pengundi... so strategi Mila dalam memancing undi pengundi menjadi... apatah lagi sikap dan tingkah lakunya sering diperhatikan dalam diari setiap hari. Anyway congrat tu Mila sebab setiap kali konsert, Mila sentiasa menunjukkan persembahan yang cemerlang...

Suka tgkMila nyanyi lagu My Heart versi mereka sendiri ngan Ebi....

17 Mei 2007

Hikmah di sebalik No 3

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi atas limpah kurniaNya, rezeki kumpulan tari aku ni melimpah ruah... Baru masuk hari keempat... Kumpulan tarian aku akan dijemput untuk membuat persembahan sempena opening ceremony Tesco Xtra di Seremban 2... Wah , terkejut gak aku bila dengar jemputan tu... Ini yang membuatkan aku takkan berputus asa dengan apa yang dialami smasa Isnin lalu... Tambahan juga ada hamba Allah yang sudi memberikan sumbangan kepada budak tari aku atas usaha yang dibawa oleh mereka....Thanks to someone who care about my dance groups... May Allah Bless U.... dan dengar kata Naib YDP dalam perancangan nak bawa kami g buat persembahan di SElesa Beach Resort...Port Dickson...Huuuuu besnya.... nampaknya rezeki budak tari akula tuh .... kira miak aku dah terkenal kinek tuk....heheheh

Selamat Hari Guru... Tahun ke 5 mengajar


16 Mei 2007

3 Terbaik d Negeri Sembilan...Pesta Muzik (Tarian Rampaian)













Isnin lalu, 14 Mei merupakan hari yang memenatkan dari jam 900 - 500 petang berada di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah. Aku bertolak bersama budak, Kak Sue, Kakbiah dan GB kesana. Firstly ucapkan terima kasih banyak-banyak kat GB cz belanja sarapan dan makan petang di Ulu Bendul untuk budak tarian aku. Disini sedikit coretan sepanjang pertandingan.
  • Datang awal tapi mula jam 2.30 petang...Kesian tgk miak aku yang terlentok keletihan.
  • Sokongan daripada En Rosli n wifenya, bapa Leen Md Fadzilah, Ketua Kampung, GB cukup membuatkan aku terharu semasa pertandingan ini.
  • Make up miak kali ni adalah paling cantik yang pernah aku buat.
  • Persaingan dengan 8 daerah di Negeri Sembilan ni memang sengit dan hebat. Ku akui kita perlu bersaing hebat.
  • Daerah aku mendapat giliran kedua terakhir iaitu ke 7...
  • Kebanyakkan jurulatih yang menghantar adalah daripada Yayasan Kebudayaan Negeri Sembilan. Hanya aku sebagai guru biasa yang berani menghantar miak hasil ajaran aku sendiri.
  • Semasa Tarian Rampaian Melayu, persembahan miak aku mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton yang melihatnya terutamanya sewaktu tarian zapin Johor.
  • Kipas yang dipegang oleh Aina terjatuh namun dia pandai cover kelemahannya dan kesannya penonton tidak perasan.
  • Aku besemangat bila GB di bawah pentas standing up untuk sekolah kita....HUHUHU terharu....Sempat promotion persembahan itu adalah daripada sekolahnya. Di belakang pentas aku asyik menjerit supaya penari aku senyum dan lenggok patah. Over gak aku masa... gerenti cikgu-cikgu kat belakang tu cop aku jurulatih tarian paling garang macam jurulatih bola sepak je....padahal kebanyakkan jurulatih lain semuanya yang akak-akak....
  • 20 minit masa yang diambil untuk menukar kostum Tarian Etnik. Sampai berebut bilikla dengan sekolah lain.
  • Bermandi peluh didalam bilik persalinan kerna nak cukup masa menyiapkan penari. Kak Biah, Bapa Aleen, Wife Abg Rosli tukang kipas aku yang sibuk mengikat samping dan cucuk sanggul.
  • Melukis corak etnik di bahagian kiri muka penari lelaki... banyak bantuan...wah aku appreciate sekali lagi... UNIK....
  • Sepanjang persembahan tarian etnik , penari aku semuanya menari dengan cantik...
  • Aku hampir pengsan kerana panas di belakang pentas dan tak makan dari pagi tu sewaktu berlari-lari di belakang pentas untuk memastikan alatan tarian disediakan .
  • Sebaik sahaja selesai, aku terus terduduk di bawah dewan...penat...dan terlelap sewaktu ucapan dari PPD Kuala Pilah.
  • Kak Sue sibuk tanya kenapa nama sekolah kita tidak tersebut... namun Leen datang kata sekolah kita tersenarai dalam calon pemenang....
  • Rupanya sekolah kita berjaya menempatkan diri ke 3 daripada 8 buah sekolah untuk peringkat negeri ini... Ada sedikit frust terpancar di muka aku... memang frust pun... ke 2 SK Bandar Baru Serting dan Johan SK Paroi Jaya.
  • Terdengar ura-ura hakim bahawa kalu kami mengekalkan tarian buluh (Melanau) itu gerenti kita boleh pegang Naib Juara atau ke 2
  • Beza 3 mata dengan sek tempat ke 2
  • Pakaian sek aku tidak selengkap dengan sek yang menang . Itu yang menyebabkan kurang sedikit markah dalam bahagian Busana.
  • Namun ramai hakim mengatakan tarian sek kami UNIK dan mempunyai pembukaan dan penutupan yang menarik...satu-satunya sek yang menggunakan teknik sebegitu.
  • Balik makan pada jam 5 di Ulu Bendul....rupa frust memang ada cuma GB dan Abg Rosli asyik pujuk aku je....
  • Keesokkan hari aku terus demam cz frust kot....bila tak dapat wakil ke Sarawak walaupun tempat ke 3. Semua budak kat sekolah suspek Cikgu Iezwan frust terus tak datang ke sekolah....Datang pada Hari Guru keesokkannya....

09 Mei 2007

Pelakon Terbaik.....Sebuah Drama Soap Opera.... SK Jimah Baru

Dulu masa sekolah dan masa kolej selalu gak mengikuti kelas teater... kiranya student popular lah di sekolah dan kolej dulu... Dari situ aku belajar untuk mewujudkan keberanian dan keyakinan diri kita... Apatah lagi masa tu aku dikira pemalu kit... then untuk membuang kemaluan diri ni aku pun banyak melibatkan diri dalam kesenian dan kebudayaan di sekolah dan kolej.... Anyway teringat lagi aku memegang watak Tun Aman dalam Keris Laksamana Bentan, budak Kampung (Wasiat), Raja Dasar Laut (Batu Buaya) dan banyak lagi... sehinggalah aku berjaya merangkul penulis skrip terbaik untuk cerita Kerana Wasiat... dan pementasan Kerana Wasiat memang berjaya dengan pelakon yang baik iaitu budak kelas aku sendiri.... Fendi, Ahmad Kamal, Rosman, Khalid Suhaili, ALice dan rakan sekelas yang banyak membantu... So terasa gak aku merindu teater masa kini... aku gak tak berpeluang untuk melibatkan diri dalam teater muzikal yang memang impian aku selama ni pada tahun 2002...anyway tahniah pada David ( hosemate kat Baram dulu ) coz merangkul pelakon terbaik dalam teater muzikal yang sepatutnya aku pun join sekali....

Kini aku terpaksa menggunakan bakat aku ni dalam situasi bekerja di SK Jimah Baru... Yelah, hidup di dalam sekolah ni penuh kepura-puraan... Jika aku tidak menjadikan diriku yang kental sudah tentu aku senang-senang di perlakuan (buli) di sekolah ni. So aku juga mengenal pasti beberapa orang yang dikenalpasti antaranya...Rabiah, Azizi, Asmah, Aziah, Imah, Haida.... Golongan inilah aku perlu berhati-hati... Bukan apa mereka ni adalah jenis org yang penuh hasad dengki, kata-kata mengata adalah amalan mereka.... Anyway aku sudah terkena 3 daripada mereka.... so aku kena berhati-hati... tetapi perlulah diingat aku bukan jenis melepaskan sahaja orang begitu saja bila aku dipermainkan.... sorry to say... Bukan aku sorang saja yang berlakon malah beberapa rakan aku gak turut serta dalam drama di dalam sekolah aku ni...........Orang begini kita harus berhati-hati...manis dimulut , tp dalam hati tak taula mcmana dibayangkan kita ni...

Latihan Intensif.....Tari Miak Lenggok...14 Mei bertanding di Kompleks Rakan Muda , Kuala Pilah...Peringkat Negeri..







07 Mei 2007

If you are Msia's 80s baby

If you are Msia's 80s baby,
read through this,
we grew up watching Transformers,
Thundercats, Woody Woodpecker,
Chipmunks, Mickey Mouse, Jem, Mask,
Ninja Turtles, Voltron, Baja Hitam,
Ultraman n not forgettin POWER RANGERS
n BUGS BUNNY!!!and anderra yippa mice?
:), McGyver ?

had to brush our teeths during recess
at primary school? had to hold plastic
cups, line up with your classmates side
by side and start brushing our teeths
at some open area... or maybe near some
drain??

do you still remember that we had
'dentist' rooms where we had to have
our
teeths check?

not to forget our 'program minum susu'
in primary school.. everybody is
suppose
to buy like cartons of milk that costed
30 cents.. and you would see everyone
drinking it everyday...its d UHT
milk...

the teachers who would want to punish
us must use yellow rulers to hit us on
our palms?? 1 metre length..

that a bowl of mihun soup or some soup
only costed 50 cents at the school
canteen...

went to some sundry shop near the
school
or to the 'roti' man waiting outside
our
schools so that we can buy junk food
like chickedees, mamee, ding dang with
some toys in it, 'Ti Kam', ice-cream
and
we would play games like monopoly, uno,
old maid, and all other card games like
that...

another fun time would be during
Pendidikan Jasmani. the boys would
play football while the girls would
play netball... and it would be like we
were playing in the world cup...

but of course. the best would be main
guli, batu seremban, bottlecaps, ice-
cream sticks, 'Pepsi Cola
one-two-three', Cops and Robbers, main
kejar-kejar duduk,getah... and for the
not so active, those kind of 'book
games' where we would use buku latihan
to draw and ask our friends to play...

do you remember the ice-cream tubes
which are actually ice and colouring
that are sold for 10 to 20 cents.. the
colourful ones.. where you usually bite
off the top to glup it down.orange
tastes b best..(pop-ice)

what about days when we felt like doing
naughty things such as folding papers
so small to make 'lastik' amd shoot
each other... how about throwing
chalks??

back then, micheal jackson was just
turning white.. and still had albums
coming out.. compared to CD's, we were
listening to tapes that sold for RM9.90
...

in computer class, we were still using
black and white computer moniters..
played 'Atari'... maybe SEGA or
NINTENDO..

well, are we all getting older or what?

1) if you understand what you have read
and you are smiling...

2) we have friends from school that are
already married...

3) we shake our heads everytime we
see high school students fussing about
their handphones in school..

4) we don't hang on phone with our
friends for hours a day talking about
nothing...

5) when we meet back with our friends
from time to time, we feel excited and
happy talking about old times, the
funny 'adventures' or stories that we
experienced as a kid..

6) last but not least, that when you
read this, you would think of all the
happy & sad memories that you have
experienced when you were still a kid
and would think of forwarding this to
your old friends that you have known
since forever... i'm sure they would
have a huge smile on their face after
reading this.....

06 Mei 2007

Lepas Azab Aku daaaaaaaaaa.......Kejohanan Olahraga SK Jimah Baru Kali Ke15

Akhirnya Kejohanan Olahraga SK JImah Baru Kali ke 15 berakhir dengan jayanya. Berkat kesabaran dan ketabahan dalam mengelolakan sukan sebesar ni... Aku selaku Setiausaha yang banyak menyediakan kertas kerja dan kerja untuk melancarkan sukan amat berbesar hati kepada rakan-rakan guru dan beberapa org kampung yang terlibat dalam meringankan tugas guru semasa berlangsungnya sukan ni...Seperti biasa rumah Merah (1), Kuning (2) dan Biru (3) masih mempertahankan kedudukan seperti tahun lepas... Apa yang aku suka masa tu... aku dah takda keje sangat hanya memantau org bekerja je.... huhuhu macam manager kelapa sawit lak....Dengan perut yang tidak diisi semalaman dan tak tidur malam sebelumnya aku masih mengagahi diri untuk melihat kelancaran majlis tersebut. Apa yang paling aku ingat aku kena masuk acara 100m n 4 x 50m untuk acara pegawai sukan.... Ceh! Bayangkan berat badan aku kini mencecah 80 kg kalu dulu 60kg aku masih mampu berlari pecut g...Tapi kesian lihat my Sis Noorul jatuh tergolek bila berlari... padahal dia nombor satu last-last yang dijangka menang ialah Kak Sue....hehehehhe. So banyak kenangan manis dalam sukan kali ni....


Kaulah Segalanya ..... F


Lagu Kaulah Segalanya nyanyian Hazrul Nizam merupakan lagu utama dalam blog ni, anyway terdapat kisah disebalik lagu ini...kisah aku dan seseorang yang aku sayangi kini... Aku banyak memendam apa yang aku rasa... terhadap dirinya...Semalam maybe salah aku kot tak pasal-pasal aku cemburu dengan dia... walaubagaimanapun aku sedar siapa diri aku ni....

Anyway komen kit pasal bawa lagu ni masa konsert AF ke 8... agak menyakitkan dia menyanyikan lagu tu...padahal lagu ni lah paling banyak feel yang boleh kita ungkaikan... dan banyak main vokal... anyway aku pun tgh belajar nyanyi lagu ni... manalah tau boleh bawa ke pertandingan nanti..

02 Mei 2007

Spiderman 3 change to Seed......



Semalam jam 700pm aku sampe di KL Sentral g umah Ash di Setiawangsa... Anyway saja aku jalan Kay Ell cz dah lama aku sik g sinun... Lepak umah Ash then... plan nak g nonton wayang di KLCC nonton Spiderman 3 ... bayangkan terkezut gak aku lihat punyelah rame manusia di ruang legar kaunter beli tiket... rasa tak sanggup je nak beratur (memang saya tak suka beratur pun). Aku tinggalkan jap then g makan nasi ayam kat tingkat bawah di KLCC dgn Ash... Then aku g lagi..kat atas... Ash punye pasal aku pun beratur gak.... last-last bila nak dekat kaunter tiket abis lak... so kami dua cadang nak g Berjaya Times Square... Tu pun umat manusia penuh di kaunter ... baris-baris last2 gak abis juga tiket.... so no Spiderman la jawabnya... Aku pun change plan nak cari sweater ala-ala korean style... puas cari dari KLCC, Berjaya Times Square, Sg Wang Plaza n Isetan... akhirnya beli jenama Seed...berharga 119.... mahal gak tp beli gak takut nanti tak jumpa lak di kemudian hari ....

01 Mei 2007

Raikan kemenangan di JJ Seremban 2


Thanks to Encik Rosli yang memang seorang naib YDP yang berkaliber dan terima kasih cz belanja kami akan kemenangan kami dalam Action Singing n Tarian yang lepas... So sebagai ganjaran hasil usaha miak aku yang bertungkus lumus dan tahan ngan pekikan sore aku (skank dah hilang sore dah), Encik Rosli (bapa Haziq) sponsor makan di McD... Dia juga berjanji kalu menang peringkat kebangsaan dia akan sponsor di hotel laks.... Eee baiknya dia... So seramai 21 orang miak aku berserta Kak Sue, SIs Noorul, Atiqah n Zam g makan kat sana... Meriah giler sampai semua dalam JJ tu asyik tengok kami je... Maybe tak percaya aku ni cikgu kot....heheheh perasanla tuh... Anyway ada sedikit pic untuk dikongsi bersama... Chaiyuk.....