Jum, Follow Blog Mereka!

Its All About My Photoshoots

31 Mac 2007

Dah lama aku geram....

Sebaik saja aku balik dari UM terus aku ke JJ...Mulanya nak beli minyak rambut Loreal dan pencuci muka Bio E. Ntah nape plak hati terdetik nak tgk jam yang aku geram sebelum ni...B4 ni aku suka kat jam Guess harga mak oiii RM 1200.... namun tiba2 lak aku berkenan dengan latest Swatch yang terbaru... Harga RM 600 jadi tanpa buang masa aku pun g beli...tanpa fikir apa2...apa2 pun b4 ni kalu ada duit memang nak beli jam tangan sejak kena curikkkk oleh seseorang yang dikenali...Ok kali ni...aku dah ada jam baru kena la berhati-hati waima orang tu kita kenali....

Amali Plants N Animals Diversity di Universiti Malaya

Hari ni dari jam 530 pagi aku bertolak dari rumah ke Universiti Malaya....Aku, Munzir dan Shah menaiki kereta milik Munzir ke sana... Alhamdulillah selamat tak sesat bila ke KL...Sebaik saja sampai ke sana...terus kami memulakan ujikaji ke atas tumbuhan dan di sebelah petang uji pulak haiwan.....Penat gak melukis sepanjang hari...selamat ada kawan-kawan yang saling bantu-membantu.

25 Mac 2007

Berat Badanku Naik dan Turun...Huhuhu...buntu...gimana nak maintainkan berat yang ideal.......Help me.....



Gambar Anak Didikku sebelum dan selepas persembahan....





Konsert Ke2 pelajar sudah mula fokus pada pelajaran mereka

Anyway sebanarnya aku nda mau lihat Af malam tadi but ntah nape lak aku mau gak melihatnya... Cz melihat persembahan mereka last week yang agak mengecewakan... By the way.. all pupils Af5 last nite their performance memang baik daripada konsert pertama dulu... Berbaloi gak Kak Ogy laser mereka sebelum ni.... Anyway cograt to them.... for Afiq jangan berputus asa... Jadi malam tadi aku baru lihat mereka takla over menangis atas pemergian Afiq hasil undian orang ramai...Keep well 4 next konsert... Kat sini aku sertakan beberapa persembahan dari pelajar Af yang mula mencurik perhatianku.... Aswad dan Shawal tak sempat tgk cz amik hosemate kat terminal....

Latihan Berterusan...Ke Peringkat Negeri

Bila aku mendapat tahu ada pertandingan Tarian Rampaian Tradisional (Inang, asli dan zapin) dan Tarian Rampaian Etnik (terus pilih lagu Rumpun Sarawak) terus aku call my GB yang aku mahu menghantar wakil sekolah aku dalam pertandingan itu. Anyway kebetulan aku ada latihan tarian untuk persembahan PIBG jadi aku selitkan dengan latihan untuk dipertandingkan. Seramai 10 org pelajar aku terpilih dalam menyertai pertandingan ini. Pada 12 April kami akan bertanding SDASA... Dah lama aku tak praktis kebolehan aku... anyway kali lebih gempak daripada pertandingan 2 tahun yang lepas. Dan aku berharap pertandingan nanti akan membuka mata pihak disini bahawa aku kena buat satu bentuk pergerakkan yang kreatif... So kali ini , Chaiyuk for my luvly pupils...Aufa, Aileen, Aina, Wanie, Afie, Ezmer, Iz, EPul, Arash dan Aziq... Buat yang terbaik.... Tari seperti mana semangat dalam diri bersatu dengan lagu....Kalu bernasib baik balik ke hometown saya di Kuching untuk peringkat Kebangsaan.....

18 Mac 2007

AF5 Pakej Lengkap Bakat Kureng....


Sedikit ulasan berkenaan konsert pertama yang ku lihat semalam... Anyway apa yang aku dapat rumuskan bahawa persembahan konsert kurang memuaskan. Maybe kerana ia konsert pertama so takla terasa sangat ketidakpuasan itu. Namun kita akan lihat pada masa konsert kedua nanti. Anyway aku hanya berpuas hati dengan persembahan dari Heliza berasal Terengganu. Yang lain semuanya boleh dikatakan pandai menyanyi ala karaoke je... Kita hendakla mencari penyanyi yang betul-betul berbakat. Tapi tahun ni kita takda bakatyang semulajadi seperti FARHAN, IDAYU, KAER, ZAHID, FAIZAL.....yang bisa membuat kita menunggu nyanyian seterusnya. Takda sorang pun vokal yang betul-betul menonjol...Puas aku menunggu dorang menyanyi sampai BOOM lagu yang mereka nyanyi... sorang pun takda.....uhhhh... Anyway malam tadi, Heliza membawa lagu Kau Pergi Jua membuatkan penonton bersorak mendengar vokalnya yang gemersik...Satu permulaan yang baik dalam konsert pertamanya...berbanding rakan-rakannya agak lemah dalam vokal.....So Keep Well for next stage...

17 Mac 2007

Otak dah Ringan....Yeaaa....

Lego rasa bila beban kat kepala sudah hilang...Petang tadi aku g ambik exam Matematik kat OUM seremban.. Ponat cz dari Pasir Panjang (kenduri kahwin) terus ke Seremban... Alhamdulillah Mate kali ni aku dapat menjawabnya dengan tenang. Ntah camna plak otak aku bergeliga sikit hari tak spt Kimia kelmarin sampai aku lupa masa tu rupanya ujian Kimia...Belajar Mate tapi Ujian nye Kimia...Huhuhu.... Anyway thanks to diri sendirila sebab ada gak inisiatif untuk majukan diri sendiri. Bolehlah aku sambung tgk Smallville Season 5 and 6... Cerita semakin menarik...Yolah aku ni dah ketagih ngan cite tu sejak awal dan siri Superman dulu...Peminat Superman.....Okayla aku layan dulu...Chow ow...

Selamat Pengantin Baru Wat Zakuan (Pak Cik Ardat) dan Zalila

Hari ni hari sibuk ngan kenduri Z... Jam 12 tadi aku, Ja dan Zam pergi Pasir Panjang...Huhuhu meriahnya bila sampai sana. Aku rasa seronok betul bila g kenduri kali ni... meriah...ngan kawan-kawan dan sanak saudara mereka... Tambahan tema hijau menjadi latar belakang majlis mereka.... Sempat gak aku menepung tawar kat kedua-dua mempelai... Sempat gak my luvly Guru Besar mencelah,"Hari ni hari dia, kat lama lagi hari kamu bertiga pula," Aku, zam dan Ja terkekeh-kekeh bila my bos kata gitu... Sedikit sebanyak aku adalah gak ambik gambar untuk tatapan kalian..... Terfikir plak hijau pokok pisang masih popular lagi tahun ni. Tahun lepas memang femes warna baju pengantin ni...Huhuuhu...

15 Mac 2007

KAHWIN....HUHUHUHU....

Persoalan yang sering menjadi bualan my mom n my dad bila aku balik ke kampung.... Malah menjadi soalan cepu emas bagi member-member aku sini dan Kuching...Huhu puas gak aku nak menjawab... Umur aku pun dah kira 26 tahun walaupun belum tiba masanya bulan November. Dan juga aku ketawa sendirian bila aku call my mom kat Kuching. She always said, "Dit u dah ada calon ke belum,". Nampak macam dah tak sabar-sabar menerima menantu. Nanti lepas kahwin plak lain plak, bila nak dapat cucu...huhuhu... takdapat ku bayangkan aku akan berumahtangga...hehe...jadi suami orang, kemudian bergelar papa then datuk bila sudah melangkaui masanya. Mom always said aku tak pandai uruskan diri sendiri...lemah dalam pengurusan kewangan dan keperluan diri... ye ke.? Ntahla tapi rasa memang betul pun... Tgk member semuanya dah kahwin dan dah anak 3 pun... Tempoh masa dulu aku memang dah bersedia namun jodoh dgn Dyana hanya di pertengahan jalan.... 7 tahun bercinta banyak meninggalkan kenangan dan kepahitannya masih berbekas sekarang. Tapi aku harus tabah dan bina hidup baru yang lebih bermakna... memang benar cinta yang lama amat sukar dilupakan walaupun aku banyak yang admire tetapi Dyana juga tetap dihati. Huh...sodeh plak cite... anyway tu cite lama... Walaubagaimanapun...ingat nak kahwin ni macam beli barang kat kedai ke...banyak preparationnya... Budget nak kahwin kena fikir gak.... alhamdulillah rezeki aku masuk bulan ni... boleh simpan untuk belanja kahwin... skank ni sibuk nak serve rumah... memandangkan bila dah kahwin mesti dok kat umah sendiri kan takkan nak dok ngan famili g.... susah kalu dok ngan famili...susah nak bergurau senda, segan kalu parent lihat aku plak....xxxx nanti....malu siot..... Anyway skank ni mana ada calon g...Juz angan-angan mat jenin la...Itu aku cakap ngan my mom kalu dah umur 27 tahun minta tolong carikan...ada ke my mom said boleh cari kat KULIM...kampung my dad...huhu... Dah masuk isu kahwin ni, aku nak ucapkan ngan Pak Cik Ardat sebab dah kahwin dah dia...dah tak teruna g huhuhu...17 ni umah pengantin laki lak...SELAMAT PENGANTIN BARU...SEMOGA KE ANAK CUCU... mesti glamer minggu ni cz banyak sgt majlis kahwin.

DEMAM AF dah pun bermula...

Demam AF5 kini bermula... 16 pelajar akan berentap untuk musim ke-5 ni...Siapalah yang menjadi juara tahun 2007 ni...Kualiti atau kuantiti... tak taulah... Tahun ni aku dah malas nak tahu sangat pasal siapa yang jadi JUARA cz dah 2 tahun berturut kite menerima juara af yang hebat dari segi kuantiti SMS. Hinggakan salah seorang juara af iaitu MAWI digelar Raja Sms apatah lagi bukan sahaja AF... ABP pun turut menerima tempiasnya...Huhuhu world la katakan....ntah nape dari dulu aku memang tak bminat langsung ngan mamat tuh...Skank dgr khabar dia terpilih masuk IKON ....huh menang la tuh...

Banyak yang tidak puas hati selepas AF1. Ini kerana banyak perubahan yang berlaku dalam AF 2, 3 dan 4....Jika dilihat Af1 lebih better dari Af baru-baru ni. Antaranya:

a) Undian masuk semula yang diperkenalkan masa AF2. Kalau Linda tak masuk malam tu...gerenti Farah yang menang at least no 3... Hal sama berlaku pada Lotter... Kalu tidak Farhan yang menang.

b) Panggil calon semula seperti berlaku kepada Marsha dan Mawi...akhirnya masuk dan sampai peringkat final dan jadi Juara.

c) Pengundi buta kualiti.... lihat saja Farah, Rosma,Shahri, Farhan (vokal yang tak dapat dipertikaikan). Harapkan muka yang ensem je dan berwajah anak-anak ikan... daya penarik kepada budak sekolah yang fanatik giler rancangan sebegini.... Harap perempuan yang menang tahun ni. Kalu perempuan yang menang tahun ni bermakna dialah Juara Af perempuan yang pertama selama 5 musim ni.

d) Kualiti peserta kureng dan kurang mantap....Harapan boleh jumpa semuanya kualiti vokal yang bagus....Lihat saja American Idols...semuanya vokal memang bes giler... Contoh paling dekat, Amirul ... miak Kuching ya... Harap rupa kiut jak...sore hancus...

e) Malaysia masih memandang kepada pakej rupa yang menarik untuk menang.... badan besar sikit tersingkir... asal org berbadan comel atau gempal mesti terkuar....Huhuhu nampaknya metaliti rakyat Malaysia masih lemah...Lihat saja Likisha dan Melinda dalam American Idols badan memang besar tapi vokal lebih besar daripada badan mereka... thats mean mereka di appreciate akan bakat mereka memang dikagumi....

Well apa-apa pun...terpulangla kepada pengundi mana satu nak mengundi...kita lihat sama ada berubah atau tidak mentaliti...saya tak sokong mana-mana pun...juz lihat dan dengar....


13 Mac 2007

Tempat feveretku hehehehe

Di antara tempat yang bisa membuatkan diriku rasa puas bila aku menghadapi tekanan dan masalah serta meninggalkan kesan yang selesa bila menghadapi masalah. Kadang kala aku lebih suka ke laut kerna tempat itula membuat kan aku tenang. Ombak yang berdesiran bisa membuatkan fikiran ku melayang memikirkan keindahan ciptaan Allah SWT. Atau berjalan di padang rumput yang terbentang luas....(Untuk Fid sorry aku guna gambar U....jelas sekali memang cantik sekali shoot yang diambil). Dan baring di celah-celah rumput....Wah bestnya kalu ada di Malaysia. Kalu ada dah tentu aku cari tempat cam tu. Then , aku suka sekali menikmati alam belantara.... dulu kat Sarawak selalu gak jalan-jalan atau trekking masa mengajar kat Ulu Baram dulu....menikmati air sungai yang memang sejuk giler dan mandi kat water fall.... Dan dua tempat je saya teringin nak g....Eiffel Tower kat France....kota romantik di dunia dan bandar cinta iaitu Venice...uuuuuu....



Home Deco Kali Ke 3 kali ini....anyway saya puas hati....

10 Mac 2007

Biah dan Ida Wanita Bermasalah



Jangan terkejut kalu sesiapa membaca isu kali ini. Isu kali ni memang PANAZZZZZ.....Tanggal 9 Mac memang tarikh yang tidak akan dilupakan dimana 2 wanita yang berada di sini adalah salah satu contoh tak baik bagaimana institusi pendidikan kita semakin kurang kualitinya sekiranya sikap yang ditonjolkan oleh mereka berdua. Well, maybe apa yang aku tuliskan ini adalah memalukan tetapi this is a reality bila kita bekerja sebagai pendidik. Bagaimana sikap dan hidup penuh kepura-puraan mewarnai kehidupanku sebagai seorang pendidik. Setahun lebih aku berkhidmat disini dan tambah 4 sebelumnya aku mengajar di Miri. Inilah first time aku jumpa 2 orang di bawah satu bumbung yang betul-betul melampau. Aku tak tau la bagaimana seorang ustazah yang memberi didikan agama kepada anak-anak didiknya mempunyai sifat hasad dengki dan suka mengata atau kata lain mengumpat menjadi seorang pendidik. Semua orang tahu pekerjaan pendidik adalah salah satu pekerjaan yang mulia di sisi Allah SWT. Namun yang demikian tidak semua yang tahu bahawa di dalam pendidikan ini... hidup penuh kepura-puraan. Oklah sambung balik cite awal tadi, bagaimana ia terjadi kepada diriku sejak tahun lepas....dan aku menelan segala kepahitan bekerja dengan mereka. So, satu saja yang membuatkan saya masih bertahan ...BERANI menghadapi mereka dan kita perlu berani kerana benar.... Bayangkan namaku di burukkan oleh mereka yang memang suka menjaga tepi kain orang....Tahun lepas memang namaku tetap berada di ranking atas senarai umpatan mereka berdua. Bukan saja mereka... ada juga konco-konco yang terlibat. Tak perlula aku cerita yang lain. Cukupla mereka berdua saja yang aku geramkan selama ini. Berbalik 9 Mac tadi, kali ni bukan saja aku diburukkan malah kawan baikku sendiri, Zamani. Kesian dia bila aku terdengar Kak Biah betul-betul memburukkan diri dia. Hanya aku dan Aleeya yang duduk di dalam office tuh. Maybe mereka berdua tak perasan akan kami disitu. Silapnya aku disitu aku tak sempat merakamkan apa yang diperkatakan oleh mereka berdua. Dahla pagi itu, dia menghadapi masalah dengan Kak Ida yang suka bertindak sebagai seorang Guru Besar padahal dia hanya tukang sapu sekolah sahaja. Sikap kedua-dua wanita ini memang banyak menyusahkan dalam aktiviti di sekolah. Bayangkan kerja GPK1 Kak Biah yang sepatutnya di buat olehnya, diserahkan bulat-bulat kepada kami yang memang bukan keja kami. Kesian Kak Nurul dan Zam , buat keja orang. Sudahla dia mempertikaikan keja orang padahal dia yang sudah 20 tahun berkhidmat masih membuat kesilapan dalam pengisian borang markah. Yang tegurnya sapa lagi...orang yang freshie kami ni la....HUHUHUHU.... Manakala seorang lagi ni namanya Kak Ida yang memang melampau seolah-olah dialah bos kami padahal dia hanya seorang TUKANG SAPU . Selain itu , suka membuat ketupat dan menjajakannya ke seluruh kampung itula yang membuatkan kami berasa orang tu patut diberhentikan. Bukan saja aku tetapi hampir semua orang mengatakan bahawa dia patut diberhentikan.....melampau juga aku mencadangkan macam tu.... tapi apa taknya aku geram last year aku dah sound direct ngan mereka berdua...tahun ni buat lagi kali ni bukan aku sound direct tetapi Zam yang memang sudah dikenali panas baran meletupkan bom atom yang memang sudah sedia untuk diletupkan kepada mereka berdua. Zamani cukup marah bila mendapat tahu Kak Biah mengatakan dia berlagak walaupun baru mengajar setahun saja disini. Samalah dengan Kak Ida yang suka hati nak ubah tempat duduk guru yang asal. Pastu mengatakan pasal Zam dan Nurul berdua di bilik SPBT. Wah tu rupanya seorang ustazah... untuk pengetahuan pembaca, aku dah lama tak menghormatinya sebagai seorang ustazah mahupun dia guru aku dah hilang kepercayaan dengannya. Begitu juga dengan Kak Ida, dah menangis kena hentam aku masih nak buat hal dengan cikgu-cikgu disitu. Last-last kena hentam sekali lagi dengan Zamani pulak. Kalau pembaca fikir aku ni jenis tak baik... takpa...itu adalah prinsip aku. Aku memang dikenali seorang yang berani menyuarakan apabila sesuatu perkara yang tidak puas hati dan menikam diriku di belakang....its better berterus terang di hadapan...daripada bercakap di belakang....

09 Mac 2007

Banyak Keja....Huhuhu

Minggu ni paling bz dalam bulan ni....semuanya buat kerja sampai tak cukup tangan.. dengan menguruskan atlit lagi...head account... ujian OUM...assignment yang kena antar sabtu ni...huh memang memenatkan.... tambahan masalah cek yang tak habis-habis bermasalah...ada ke patut mereka letakkan no akaun BSN yang dah 4 tahun tak digunakan. Last-last aku marah giler cz keje mereka cam tu... Dah dekat sebulan aku menunggu cek tuh...terpaksa lagi aku menunggu... Rita pun satu bawa cek tu pulang ke rumah plak. Kini, mereka antar balik cek tu ke Jabatan Pelajaran Miri... nak tukar no akaun aku...ntah bila pulak aku boleh dapat cek tuh plak...rasa dah putus harapan lak... yelah bukannya ratus ringgit... dekat berbelas ribu gak tuh....tensionnya. Dengan tak dapat cek tu bermakna aku tak jadi pulang ke Kuching....alahai...tak dapat balik lagi....huhuhu....terpaksala aku attend kelas tambahan Tahun 6 cuti semester ni... Dalam minggu ni sempat gak aku g pantai ambik ketenangan kit lepas budak saya menang dalam acara 200m n 100 m semalam...lepak kat pantai sampai kulit aku dah hitam plak.... sekurang-kurang aku boleh lupakan cek tuh dan fikir macamana nak bayar bil streamyx dan bil telefon aku ni....